Archive for January 2012

I'm desperado!!!


.

Assalamualaikum


Aku adalah seorang surirumah yang desperate nak online 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : nasib baik budak tecik tu balik kampung,leh gak online walopon dikecam hebat oleh datin sri emak

Mungkin ini yang terakhir


.

Assalamualaikum


End?


16 hari di tahun 2012

Selamat tahun baru masihi,bloggers! hoi,baru nak wish ke?hahaha
Hari tu malas nak up pasal ni..erk,leh time tak alasan ni?apo-apo jo la jang..tapi yang pasti hari ni hari ke 16 dalam tahun 2012 yang mana adalah tahun yang saya sendiri takkan tahu apa yang akan jadi..tahun 2011 berlalu dengan tak banyak perkara yang mengujakan sangat..like-like je tapi Alhamdulillah, Allah berikan saya kesihatan dan kehidupan yang baik, walopon mungkin tak sebaik orang lain..cis, masih lagi nak compare ngan orang lain!hahaha

Jap, nak recall ape yang dah jadi sepanjang tahun 2011..haha macam tahun-tahun sudah la kot..tapi yang pasti pada tahun 2011, saya mengenali seseorang..walo belom tahu apa kesudahan, saya tetap berharap ianya ada penamat yang baik..

Azam tahun 2012? erk malas nak berazam leh tak? saya mengharap yang terbaik pada tahun ni..just follow the flow, aturan Allah adalah yang terbaik..dan mahu enjoy semahunya as a single woman until the end of year 2012..nape?sebab ada azam lain untuk tahun 2013..ceit!2012 takde pon azam, tetibe je ada azam untuk 2013..apepon, moga semuanya akan termakbul..insyAllah (^_^)


19 hari di tahun 2012

Saya akan menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang menjalani cuti semester dengan pulang ke kampung halaman..bila dah balek kampung, mungkin tak online, so tak blogging la nampak gayanya..esok saya ada paper, lusa pon paper..19hb tu pulak, pepagi lagi nak kena gi campus, amek baucer buku untuk membeli novel hahaha keji gile niat..19hb malam dah nak balek kampong, naik bas kat Terminal 1 Seremban, platform 37..sila skodeng!

Kalo dilihat pada pernyataan di atas, berkemungkinan besar saya dah tak dapat nak up entry baru..dan mungkin ini yang terakhir sebelum saya balek kampung..so,saya selaku Princess Katak nak minat maaf la kalo ada entry yang boleh melukakan hati korang-korang semua..dan bagi pengomen tegar dan juga readers tegar blog ni, jutaan lemon mekasih ya..maaf kalo tak mampu nak membalas kujungan dan komen..tapi korang memang best..

Apapon saya akan kembali untuk sem seterusnya yang akan bermula pada 20 Febuari 2012..insyAllah kalo dipanjangkan umur oleh Allah..mati itu pasti, rite?Doakan dengan sekembalinya saya ni, nafsu blogging saya mencanak naik seperti dahulu kala..pastu korang pitam sendirian sebab baca entry lucah tak hengat dunia yang ditulis oleh saya hikhik

Tapi andai kata lepas tarikh tu, blog ni masih terbiar sepi, mungkin juga saya sudah tiada..andai itu berlaku, doakan saya dan mohon dibacakan Al-Fatihah..moga dapat terangi kubur saya yang mungkin saja kelam..luv u all! semoga masih diberi kesempatan untuk berjumpa lagi (^_^)



Notes akhir : Jodoh itu misteri takdir.




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : fuih,panjang!mengalahkan perutusan PM (+________+)

Review Movie Baru : Misteri Blog Lama


.

Assalamualaikum


Blog dalam filem?


Filem ini mengisahkan tentang sebuah blog yang dimiliki oleh seorang blogger yang mana dahulu kala sangat beriya buat blog sampai publish entry berentry-entry sehari. Blogger tersebut merupakan seorang student dimana sebaik sahaja beliau bergelar blogger, dia bertukar status. Jika sebelum mempunyai blog, beliau adalah pelajar kaunseling sepenuh masa tapi sejak bergelar blogger, beliau telah mengambil keputusan untuk menjadi blogger sepenuh masa, pelajar separuh masa. Kadang-kadang langsung takde masa untuk jadi student.

Blogger ini berusaha mencari identiti dan akhirnya beliau dikenali sebagai blogger lucah memandangkan tajuk entry merepek meraban yang dipublish adalah berkaitan dengan kelucahan semata. Tapi tidak pada isinya. Mungkin kepada pencari kata kunci lucah, itu sungguh sial sekali. Oh maaf, tiada perkataan makian patut ditulis dalam review ini contohnya sial. Eh makian lagi? Maaf.

Pada waktu kegemilangan blogger tersebut, ramai blog lain yang membuat kunjungan hormat ke blog beliau. Ramai yang meninggalkan komen setiap kali entry di publish. Tahap kerajinan beliau untuk blogwalking terangsang mendadak dan ini menjadikan follower beliau makin bertambah dari hari ke hari. 

Namun, semua itu hanya seketika. Kenapa? 
















































Nak tau tengoklah sendiri filem ni.
Eh bukan!bukan!nak tau tanya lah saya sebab blogger tu adalah saya




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sape cakap subjek psikologi tu senang?meh sini,aku nak sula!

Bila Kak Azzah Bergosip Pasal Blog Saya


.

Assalamualaikum

Azzah sayurlemak.blogspot.com

Nak tau sape Kak Azzah?
Teringin nak menggedik join macam saya?
Serius?
Ok,klik je banner tu
Done?
Good!
Psst blog beliau best kan?banyak doodle
Blog saya best tak? 
*sambil buat muka garang*
Keji tol perbuatan saya ni
Ptuiihh
Kbai!




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : nape saya tulis centre ek?effect exam kot *tetibe*





Camne gambar ni leh tersebar?adeih!!!


.

Assalamualaikum


#1


#2


#3


#4

#5

#6


#7


#8


#9

#10

#11


#12

#13


#14


A picture tells a thousand words



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Adik Marikh mesti jeles sebab saya dapat cari gambar yang best (^_^)

Perempuan sekarang sudah hilang seri


.

Assalamualaikum


Kan?blog ni dah hilang seri..tak macam dulu..entry macam hape je,komen pon ala kadar je,macam like-like je la blog ni..tahu tak kenapa?haa tuan blog ni punya angkara la..malas nak blogwalking,takde masa nak update stori merepek meraban cam dulu,busy mengalahkan pengetua sekolah henry gurney..kan?kan?memang patut la dah hilang seri sekarang ni..

7hb dah setat paper,18hb last paper,19hb balek kampung..ok,tang balek kampung tu korang higlisght tau,isi penting..wakakaka dasar student tak reti-reti nak menganggap exam tu penting,cenggini la..hasih bila la nak insaf ni?dah masuk tahun baru pon..

Haa cakap pasal tahun baru,umo saya pon dah cecah 26 tahun (pitam)..nape la dah sampai 26?tak paham betul..ok nampak tak permainan saya kat sini?seakan nak menganggap diri tu muda belia lagi..kawan-kawan yang lain dah kawen..saya?jodoh tu hak Allah..itu je la mampu saya jawab bila ada yang bertanya..

Eh lupe nak bitau,hari tu saya gi program kat Ipoh..seronok!nanti saya upload gambar banyak-banyak sampai korang muntah nak melihatnya..hahahaha..okla,sampai di sini sahaja entry hambar di saat mata mula kuyu mahu melelapkan mata tanpa mempedulikan exam yang bakal menjengah padahal satu hape pon tak stadi lagi..penat baca tanpa tanda baca?sori hehehe




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : kalo malas nak buat p/s,boleh tak?