Aku Adalah Alien


.

Assalamualaikum


Alien dan aku berpisah tiada
Aku adalah alien dalam lautan manusia normal

Manusia normal : umo 28 dah kawen
Manusia aku : umo 28 masih lone ranger

Manusia normal : umo 28 dah ada anak
Manusia aku : umo 28 hanya ada anak tekak

Manusia normal : umo 28 dah ada keje tetap
Manusia aku : umo 28 masih bergelar full-time student

Manusia normal : umo 28 dah ada aset tetap
Manusia aku : umo 28 aset adalah hp rege rm60 pas nego

Dan manusia aku adalah alien 
Alien di kalangan manusia normal


Aku juga blogger alien

R. I. N. D. U.


.

Assalamualaikum


Rindu.
Rindu nak post entry.
Rindu nak follow blogger.
Rindu nak komen entry blogger.


Aku rindu aku yang dulu.
Aku rindu aku seorang blogger.



come back?

Berubah dan Perubahan


.

Assalamualaikum



Berubah dan perubahan. Ok tajuk langsung tak catchy. 

Dulu bila aku tengok muslim yang tak pakai tudung, tak pakai pakaian proper, aku selalu terfikir kenapa mereka tak rasa langsung nak berubah. Bila ada jawapan yang cakap, bukan senang nak berubah, lagi la aku jadi heran. Susah ke nak berubah? Berubah je la, apa susah. Pakai je tudung, pakai je pakaian elok, apa susah. Sejujurnya itu aku. Aku yang dulu.

Sebab aku rasa aku dah cukup sempurna sebagai Muslim. Sempurna kerana aku berada di kalangan mereka yang pada perkiraan aku jauh dari ruang lingkup sempurna. Kawan-kawan aku tak pakai tudung, pakai sexy, tak solat. Dan aku pulak pakai tudung, pakai sopan dan solat. Aku patut berasa sempurna bukan?

Takdir Allah membawa aku ke USIM. Tau ape USIM? Universiti Sains Islam Malaysia. Takdir Allah juga untuk aku melihat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sempurna. Kalau kat tempat belajar yang dulu, aku rasa aku sempurna dan orang di sekeliling aku jauh dari ruang lingkup sempurna. Tapi di sini, beza. Orang di sekeliling adalah sempurna dan aku lah orang yang jauh dari ruang lingkup sempurna. 

Aku jadi kerdil di sini. Ya, aku masih bertudung, masih berpakaian sopan dan masih solat. Sama saja ketika aku merasakan diri aku begitu sempurna. Tapi mereka, orang-orang di sekeliling aku, bertudung dan dengan labuh, berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya, solat dan membaca Al-Quran sesudah solat. Dan siapalah aku di bandingkan dengan mereka.

Dulu aku fikir berubah itu perlu bagi menjadikan tidak sempurna itu kepada sempurna. Tapi sekarang, perubahan daripada sempurna kepada jauh lebih sempurna adalah di peringkat sangat perlu. Jadi aku mula memahami bagaimana rasanya percubaan untuk berubah. Aku mula menganggukkan kepala bila ada jawapan yang cakap, bukan senang nak berubah. Dan aku mengaku, memang susah nak berubah.

Moga hati ini kuat.
Moga iman ini kental.



"Blogger is my self, blogging is my life"

Bye 2+, Hi 3+


.

Assalamualaikum



Ini bukan entry hari jadi.
Ini hanya menungan si 27.


Ketika umo 20 tahun, saya curious nak tahu apa yang seorang 27 tahun akan buat, apa yang seorang 27 akan rasa dan bagaimana keadaannya menjadi 27. Itu dulu, sewaktu di awal 20 an. Dan sekarang saya, seorang 27, sedang melalui kehidupan 27 saya.

Bagaimana? 

Sedikit hambar. Biasa sahaja. Mungkin berbeza dengan yang lain tapi begini lah yang saya rasa dengan kehidupan 27 saya.

Dan kini saya menghitung detik umur menginjak ke angka 30. Benar, umur hanya angka tapi angka itu sangat menakutkan saya. Ianya menjadi sangat menakutkan bilamana saya mengandaikan kehidupan 30 saya akan sama seperti kehidupan 27 saya. 3 tahun akan berlalu hari demi hari dan saya terfikir adakah akan ada berlaku magis dalam salah satu hari yang bakal berlalu itu?

3 tahun akan datang, saya tetap akan berumur 30 tahun. Itu suatu kenyataan yang tak dapat disangkal. Ianya satu peringkat umur yang perlu saya lalui jika saya masih diberi peluang untuk hidup. 

Apa yang normalnya terjadi pada umur 30?
  • Bersuami
  • Beranak-pinak
  • Bekerjaya *surirumah pun satu kerjaya
Saya bukan mahu merungut, mengeluh jauh sekali. Cuma saya berharap saya dapat mencapai tahap kenormalan yang sepatutnya. Saya hanya mahu menjadi 30 yang normal setelah saya jalani 27 yang di tahap biasa. 

Ya, menjadi manusia normal bukan lagi manusia biasa.



"Blogger is my self, blogging is my life"

Blog boleh deactive macam facebook tak?


.

Assalamualaikum


Comel tak Kak Ton?
*pang pelempang

Mudik tuan mudik ke hulu
Mudik hamba tidak bermudik
Tuan-tuan jangan close dahulu
Hamba nak mudik tapi tak mudik  *????

Ok dah muncul kembali selepas beberapa bulan kekaraman di lautan sepi. Entahlah, online dah 24 jam mengalahkan cyber cafe tapi blog tidak diupdate apetah lagi dijeling. Kenape?kenape?kenape?

Haritu macam heran gak nape la semangat berblog macam dah kena telan ngan segitiga bermuda. Pikir punya pikir sampai dah tak pikir langsung, akhirnya jumpa gak jawapan. Dan jawapannya ialah treeeeng treeng tentegteng (suketi kome la nak bunyikan camne pon, teman idoklah kesah) : 99% barisan kekatak saya yang diletakkan dalam bloglist pun dah karam hentah ke mana. Haa gitu kekdahnye menyalahkan orang.

Tapi betul ape? Kalo up entry pun, dah takde pembaca tegar dan pengomen tegar cam dulu. Kalau dulu, dorang la yang dok komen sume tapi dah dorang takde, so? Haku bukan la hadap sangat ngan komen tapi contoh mudah la dalam dunia realiti, ko dan kawan-kawan ko. Ko cakap pape, mesti kawan ko ada untuk dengar dan amek tau kan? Then tetibe ko kena pegi tempat lain, means kawan-kawan ko dah takde dan ko kena membina persahabatan yang lain.

Persahabatan tu kalo diterjemahkan dalam dunia blog ni, kawan-kawan blogger la. Untuk menjadikan blog ko kekal hidup di saat kawan-kawan yang dah terbiasa tu hilang tanpa dikesan, ko kena memulakan semula dari awal. Kena pegi tegor orang sana-sini. Blogwalking la kan? Haha dah lupe term (malu!) Then kena bermanis muka mengomen memfollow dan mensegalanya. Arggghhhh!

Aku bukan nak berlagak blogger pemes sebab aku bukan lama sangat pun dalam dunia blog tapi bila kita dah dikemuncak (puii) and then tetibe nak balik semula ke permulaan, memang rase sucks gila woih. Macam hopeless. Macam dah takleh nak buat ape. Penat nak daki sampai ke tahap yang aritu aku dah rase camne perit jerih and then nak kena ulang balik, memang tak mampu. Then macam ni la jadinya. Blog sepi. Usang. Berhabuk. Bersawang. Kalo ade yang jengah pon, aku syak mesti dah tukar jadi spiderman sebab terkena gigitan lelabah (T____T). 

Serius, aku rindu zaman aku tengah naik. Aku rindu kat kawan-kawan blogger aku. Aku rindu nak macam dulu. Di mana aku ada dunia aku sendiri bila aku rasa aku takde sape di dunia realiti. 



p/s : cenggini ke yang dipanggil entry?aku dah lupe camne huhuhu



"Blogger is my self, blogging is my life"
(Tipu!!!!!!)

Aku dan dia (sad story)


.

Assalamualaikum

(erk lama gila tak berblogging)



Aku duduk sendirian di bangku taman. Sedih mengenang nasib diri, lalu aku menangis. Menangis dan terus menangis. Kemudian aku didatangi seorang makcik. Mungkin seusia ibuku jika dilihat dari parasnya. Makcik itu lantas duduk di sebelahku sambil menghulurkan tisu. "Anak, berhentilah menangis. Ambil tisu ni", makcik itu seakan bersimpati. Aku berpaling dan berhenti menangis. Sungguh aku rasa terharu, masih ada manusia berhati mulia seperti makcik itu dalam dunia ini. Aku rasa senang sekali dan tanpa segan, bercerita tentang punca tangisanku sebaik sahaja ditanya. Lama kami disitu, ditemani remang senja tanpa sedar masa yang kian berlalu pergi. Perbualan terhenti tatkala terdengar azan maghrib berkumandang dari surau berdekatan. Aku lantas mengucapkan terima kasih dan meminta untuk pulang. Setapak baru ku langkahi, terdengar makcik itu memanggil namaku. Aku memandangnya dan dia tersenyum manis padaku. Sejenak kemudian dia menyambung bicara, " Anak, tisu tadi 30 sen satu. Anak ambil 3, maksudnya 90 sen. Maafla, makcik ni penjual tisu sebenarnya". Dan saat aku terdengar bunyi cengkerik menggantikan suasana sepi dan hening senja itu.


p/s : or tajuknya lebih sesuai begini : "Makcik Jual Tisu Bikin Troll" (kriik kriik kriik)



"Blogger is my self, blogging is my life"
(tagline menipu kriik kriik kriik)

Akademi Sastera 2012 # Seksa 1


.

Assalamualaikum

source : encek gugel


Hai anda semua iaitu 710 followers!

Gituh greeting. Terus karang unfollow. Kalian iaitu 710 followers sila berdiam diri di situ ye. Tak baik tau unfollow. 

Ok intro jelas menunjukkan gaya penulisan kekonon ade orang akan baca. Ala-ala komunikasi dua hala. Tapi itu bukan fokus utama penulisan. Cuti sem dah habis dan saya dah kembali berkuliah. Ok ini pon bukan fokus utama gak. 

Fokus utama ialah apabila mengenang kembali keberadaan di semester lepas. Sem lepas ialah sem yang paling mengujakan walopon haku langsung tak teruja. Dan lantaran ketidakterujaan kepada penerujaan sem lepas membuat diriku ini tingtong tintong *jangan bukak pintu rumah korang, ini bukan bunyi loceng pintu* di tahap maksima.

Benda paling gile dibuat pada sem lepas ialah join Akademi Sastera anjuran DBP tanpa kerelaan tapi ade la rasa nak gak sikit tapi bila dah terpilih ke final, terus rasa damn gila. Frankly speaking, semua material lecturer ai yang setel. Tapi untuk presentation, ai tau! Nak kena paham novel. Nak kena relatekan dengan teori kaunseling. Nak kena hafal segala benda untuk dipresent kepada juri. Ai tau! *jadah!terus jadi "ai" sekelip mata*

Paling genting ialah malam sebelum final. Laptop inilah yang menjadi saksi aku menangis teresak-esak lantaran tensen keterlaluan. Ok, ade dua housemate aku nampak gak aku nangis. *ai jiwa kental tapi nangis, malu bai!* 

Nampak tak betapa tensen dan stress hati nurani saya ketika itu? Tu first time kot rase loser gile. Lama gak la nangis. Then baru ok. Esok pergi bertanding dengan hati walang *ade sesape leh explain maksud walang?tq*. Dahla ai ini presenter pertama. Pastu tak pegi rehearsal pulak. Terus tak tahu pembahagian masa presentation. Slide yang disediakan ialah 40 slide. Nak kena present dalam masa 20 minit. Tak ke gile?

Khennnnnnn! Gile sangat uols! Yang jaga masa tu kejap naikkan die punye reminder tentang masa. Kejap naik lagi. Aku dah kelam kelibut. Aku pon main present je ape-ape sampai kawan yang jaga slide dah pening lalat. Haha loser! Tapi orang yang jaga masa tu lagi loser sebab die tunjuk reminder tu time aku present je. Time orang lain tak. Naharom!

Tapi kan, die punye makanan best kot. Haha. Dari 8 yang layak ke final, saya dapat tempat no 8. Haha. Tapi tak mengapa, mereka yang tidak berjaya ke final juga dijemput untuk ke pentas untuk ambik sijil untuk penghargaan. Eh banyak pulak aku guna perkataan untuk. So takdela memalukan sangat sebagai orang paling last. At least aku masuk final keh *sambil kembang hidung*.

Pastu lega yang teramat dan mula la rasa nak menghargai setiap detik ketika berhempas pulas untuk present tu. Saya ialah seorang manusia yang bercakap tanpa nada mostly time present. Dan aku prektis habis-habisan di depan lecturers dan kawans aku bagi mengadakan nada ketika presentation. Mesti korang takleh imagine kan gaya takde nada tu. Takpe. Tak perlu. Sakit tekak jangan kata lah. And masa pertandingan tu, berjaya la gak menadakan presentation. Alhamdulillah.

Panjang pulak entry aku kali neh. Sesaje nak up entry camni supaya 10 tahun nanti, bila saya bukak blog ni, saya dapat tahu ape yang jadi masa 10 years back. Gituh die punya sentimental value. Well, nice gak kan kalo anak-anak baca kejayaanketakberjayaan emak dorang neh. Wink! Wink!

Anyway, i'm looking for a husband. 

Jadah iklan camtuh. *blushing*



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : ...to be continued.

(smile)


.

Assalamualaikum


Jap lagi gerak gi seremban, malam ni balek kampung. Yeay! 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : gaya macam update kat pesbuk je. papai mr.blog!

Tikus jadi blogger


.

Assalamualaikum


Ye, itu tikus. Tikus pun ada masalah. Nak kuar cari makan bukan mudah. Kena hadapi beribu rintangan yang mendatang. Nak kuar dari tempat persembunyian tu ingat senang ke? Ingat ala-ala rumah macam dalam Tom & Jerry tu ke? Itu strategi penjajah sebenarnya. Dahla tempat sempit, risiko nak jumpa tuan rumah lagi. Mesti tuan rumah tak suka sebab menumpang tapi tak nak bayar sewa. Eh? Kalau berjaya keluar pun, ada halangan jerat percintaan pulak. Ek eleh tuan rumah, setakat nak rasuah ngan ikan kering, baik tak yah lah. Takkan terpedaya punya. Kite pandang sebelah mata je tau perangkap itu. Ok lupekan perangkap tu, pastu jalan lagi, bahagian belakang peti ais tu ada pulak getah kaler hitam. Haha ape ingat kite tak tau itu guna untuk tangkap kite. Ingat kite tak sekolah ke? Cikgu yang ajar kite tu memang dah bagi manual tau tentang segala jenis perangkap kat Malaysia ni. Kite dah master la dengan semua tu. So jangan harap kite akan terperangkap. Take note k! 


Notes dari tuan umah yang jelita *pang!

Tikus ade sekor je tapi nak tangkap die memang makan tahun. Liciknye memang hado. Aku pon tak gheti dah camne lagi nak handle kau. Silap hari bulan, aku ajak kawan-kawan aku pindah pastu kau dok la sorang-sorang. Sewa kau setel sendiri. Boleh camtu?



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : tikus, aku harap kau pon blogger gak dan dah jadi follower aku.

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu


.

Assalamualaikum



Demi memenuhi azam ai iaitu menjadi blogger tegar, jadi ai mulakan pentegaran ai dengan menjoin segmen ini. Harus bermula dari bawah uols! Nampak kan gigihnye ai. Ok lah, kepada yang lain, join ler jugak segmen ini. Bukan untuk di follow je tapi untuk mendapat follower. Eh bukan sama je? Erk sila abaikan. Ai kan newbie. Kbai!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : dah 2 entry aku up, dedua guna "ai"..jadahnya haku neh! 


Amaran : Jangan Baca!


.

Assalamualaikum


Awak, kite nak jadi blogger tegar balek bulih dak?
Kali ni betol punye, kite tak tipu macam selalu dah
Bulih dak awak? Nanti awak nak bace dak blog kite?
Huhu kite malu neh sebab dah banyak kali kate nak kambek
Tapi last-last mengembek je jadinya, dah macam kambing
Eh kite bukan kambing tau awak, kite orang la
Tu dalam gambar kite tutup muke sebab malu
Macam fefeeling korea pula letak pic cenggitu
Tapi itu bukan kite, itu ehsan gugel namanye


Yeay! First entry untuk tahun 2013 berjaya di up! Tahun 2012 harem ke mana tah blog ai neh. Tahun ni nak try jadi blogger balek la. Kuikui. Eh tapi baru ingat, esok luse dah nak balek kampung..camno nak online? Errr kalo jadi BLOGGER TEGAR SESEKALI je boleh? Kuikui harem tol ai ini. Kbai!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : ai punye trademark memang terserlah menipunya ~kahkahkah

(>_____<)


.

Assalamualaikum


STRESS!!!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s: tajuk,gambar dan entry adalah sangat berkaitan. ambe setegheh!



Hidup in macam roda. Kalo guna rim sport, semat la sikit kan?


.

Assalamualaikum


"Aku nak kawen dengan anak raja" ( K. Rajagobal, hai!)


Cuti sekolah. Masa bergembira untuk budak-budak sekolah. Masa berehat untuk cikgu-cikgu. Masa bekerja untuk pemain-pemain kompang majlis. Masa berdebar untuk para pengantin.

Ok dah sampai pun ape yang perlu difokuskan. PENGANTIN.

Pengantin mengikut kamus dewan edisi ke 4 ialah seorang individu yang mengikat perhubungan melalui ikatan perkahwinan dengan seorang atau dua orang atau tiga orang individu (bagi lelaki) dan seorang individu (bagi perempuan) melalui akad yang disempurnakan oleh kadi. Tahniah sebab baca dan takziah kalau rasa ditipu sebab kejadahnya aku nak letak maksud dari kamus dewan bagai. Wakakakaka

Ok maafkan saya.

Jadi saya rasa sentap dengan kalimah itu. PENGANTIN. Sangat sentap. Sebab sorang demi sorang kawan saya dah jadi pengantin. Dan makin berkurang jumlah kawan yang lom jadi pengantin lagi. Dan yang belom jadi pengantin itu salah seorangnya adalah saya. Dan saya ialah sedih. 

Ok sekian sahaja luahan hari ini. Kbai!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Jodoh di tangan Allah. Sabarlah hati.

Cakkk Baaaa!!!


.

Assalamualaikum


Kemain letak gambo besor bebenor umpamanya makhluk planet marikh pon mampu tumpang teropong tengok. K fine! Ceq bukan Hanis Zalikha sampai orang nak teropong *sentap*

Perasan tak tajuk entry? Tajuknya sedikit wutdehall dimana ianya sangatlah menggambarkan kecelaruan minda yang nan hadoo. Itu juga sebagai alasan yang kukuh kenapa dah lama tak terupdate. Paham??

Ok tentu tak paham. Saya sebenarnya takde idea. Tetiba terasa dah sampai satu tahap di mana berpikiran seperti "Eh aku nak tulis ape ni?" "Waaaa hotak haku hejang." Maaf sebenarnya kejang, bukan hejang. Haku saje je wat salah wakakaka *ini tak lawak kan?*

Boleh tak nak ubah konsep? Dulu terasa tak nak poyos berdiari sangat tapi sekarang rasa fefeling Blogku Diariku. Macam ala-ala seronok dua ronok beronok-ronok pulak la kan buat macam tu. Cara cakap macam la termampu sangat nak update sehari 10 entry macam zaman hadap-blog-gila-punya-tahap-nak-muntah. 

Eh baru je tau yang Farid Kamil tu anak Datuk. Tu la, low profile sangat. Kalau tak dah lama aku masuk minang kau wahai Farid Kamil. Pssttt u ada adik sebaya i tak encik Farid Kamil? Sila rekemenkan. *dasar perempuan kan???

Apepon, hai kembali tok kawan-kawan blogger seangkatan yang kelihatan juga sudah suam-suam kuku kambing dalam berblog. Dan hai jugak untuk kawan-kawan blogger yang baru menjejak di sini. Awak follow kite tau, nanti kite follow awak balek *ppffffttt*



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : berjaya up satu entry perasaannya sama macam dapat berak pas 5 hari sembelit. Lega wa cakap lu!




Lecturer saya cakap "I love you" kat saya!


.

Assalamualaikum



Apa yang korang buat bila lecturer korang kemain berbesar hati tanpa segan silu lagi mengungkapkan "I love you" masa borak ngan korang dalam phone? Situasi ni jadi kat saya tadi tau. Benda betul ni, saya tak tipu. Punya la kencang debaran time dengar dia cakap macam tu tadi. Tau apa saya buat? Saya cakap "I love you too".

Tau nape lecturer saya berani gila cakap camtu? Tau nape saya berani gila reply camtu?

Sebab dia lecturer perempuan dan dia cakap camtu lepas dia melepaskan segala ketensenan dengan share stori ngan saya tadi. Biasa la, masalah pentadbiran. Dia kan ketua program kaunseling.

Eh? Ketua program kaunseling cakap "I love you" kat saya? (sambil kembang lobang hidong)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : (sambung kembang hidong)


Kapal karam jadi tukun, blogger karam?


.


Assalamualaikum



Anda terasa nak up entry tapi tiada idea?
Anda ada idea tapi tak dapat nak online waktu tu?
Anda dapat online tapi dah terlupa idea yang datang tadi?

Anda ada gejala-gejala ini?
Ya! Anda la blogger yang kami cari!
Anda blogger karam

Ok paham!
Saya lah blogger itu.
Sekian.



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : Karam Singh Walia gak karam yang best!

Secara rasminya saya...


.

Assalamualaikum


...dah Tahun 3!!!




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : bila la plak nak buat entry "Secara rasminya saya dah dipinang"..ops!

Cerpen 2 # Cinta Bunga Tahi Ayam


.





“Nah, untuk kamu”.

Lalu sekuntum bunga tahi ayam bertukar tangan. Dan seperti biasa penerimanya, perempuan itu, sedikit kaget namun bibir segera mengukir senyum. Ya, bunga tahi ayam, seperti hari-hari yang sudah berlalu.

“Kenapa bunga tahi ayam?”, dan soalan yang sama meniti di bibir.

“Kerana ia bunga paling special, sama seperti kamu”, juga jawapan yang sama.

Sudah 3 tahun berlalu dan inilah rutinnya. Lelaki ini akan memberikan perempuan itu sekuntum bunga tahi ayam saban hari, tanpa pernah jemu, pada setiap kali pertemuan mereka. Bunga yang sama, soalan yang sama dan tetap jawapan yang sama.

Perempuan itu perlahan-lahan membawa bunga itu ke hidung. Dihidu bau bunga itu. Namanya pun sudah menjelekkan, apatah lagi baunya namun bibirnya tetap menguntum senyum. Lantas dia membuang pandang ke arah lelaki disebelahnya.

“Saya suka bau bunga ini. Bau ini istimewa. Ada bau ini, maknanya awak pun ada”.

Lelaki ini tersenyum nipis.

“Esok aku pasti akan datang lagi bersama bunga istimewa ini.”

“Saya akan tunggu awak di sini. Saya janji”, lembut perempuan itu membalas.

Usai saja perempuan itu bersuara, alam mula dibungkus sepi. Tiada bicara diurai, tiada kata diuntai. Hanya sesekali terdengar halus desir angin menampar wajah. Lelaki ini hanya mencerna apa yang ada di hadapan dan perempuan itu masih setia menghidu bunga tahi ayam itu tanpa jemu.

“Awak”, lelaki ini segera berpaling ke sebelah tatkala terdengar perempuan itu memanggilnya, menunggu agar kata diteruskan.

“Suati hari nanti, bila saya tiada, awak akan tetap di sini?”, perlahan sekali suara seakan melirih.

Lelaki ini kaget. Entah mengapa rasa sayu bergayut di ruang hati.

“Jangan tinggalkan aku”, balas lelaki ini. Di saat itu, mata mereka beradu. Ada rasa tak terluah, ada cinta tak terungkap. Getaran di hati saat mata bertentang seakan mengiyakan.

“Kalau kamu tinggalkan aku, pada siapa lagi harus ku berikan bunga tahi ayam ni? Kamu yang istimewa, seistimewa bunga ini. Kalau kamu pergi, aku mati”, sayu sekali tuturnya, remuk sekali hatinya.

Perempuan itu hanya menunduk. Sepi mengisi ruang.

“Jangan mati. Saya tak akan pergi. Saya akan sentiasa di sini. Saya akan menanti awak, seperti hari-hari yang sudah. Saya akan menunggu bunga tahi ayam awak. Saya tetap akan ada di sini”, seakan memujuk perempuan itu menutur kata.

“Kamu janji?”, pantas lelaki ini bersuara.

“Janji!”, dan sepantas itu juga perempuan itu membalas. Senyum sama diukir.

Aneh. Cinta bunga tahi ayam ini memang aneh. Cinta tanpa suara, cinta tanpa kata. Hanya sekuntum bunga tahi ayam setiap hari. Pertemuan yang sentiasa ditunggu dan bunga tahi ayam yang sentiasa dinanti. Bagai ada sesuatu yang mengikat. Dan sudah 3 tahun mereka terikat tanpa sedar.

Cinta bunga tahi ayam. Cinta yang hadir tanpa sedar. 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers

Kenapa pentingnya kacip fatimah kepada wanita?


.

Assalamualaikum


(1) Tajuk
(2) Gambar
(3) Contents

Perkara (1), (2) dan (3) adalah tiada kena-mengena antara satu sama lain. Saudara sedarah sedaging juga bukan. Satu sekolah adalah berkemungkinan walaupun hanya tipis. Ini propa semata. Sekian.


Kemain bersawang lagi laman sesawang ini. Sudah lama tidak dijenguk. Umpama rumah usang yang tuannya sudah berpindah ke banglo di bandar. Sepi. Sesekali hanya terdengar desir angin. Yang kadang-kadang malu mencuri lalu di celahan papan. Suram. 

Puii!

Nafsu dah beralih arah kepada game facebook. Fefeling awek Mark Zuberg Iceberg (haram jadah tak reti nak eja nama dia). Setia yang amat dengan facebook. Blog dijeling hujung mata je tapi nak bukak? No! No! No! Nanti merajuk abang Mark Zuckeberg (eh nape eja tak sama ngan yang atas?) I tau.

Baru lah saya mula paham apa yang dimaksudkan dengan blog bersawang, blog usang andwhatsoever. Dan saya mula dapat fefeling perasaan blogger ketandusan idea dan kehilangan nafsu untuk blogging. Ya its me dear! Yuuuhuuuuuu! Pheeewiiiit!

Jadah!

Well, tak dapat nak nyanyi Coming Home lagi neh incik puan sekalian hoi. Masih lagi berada di Nilai disaat orang lain dah tak tahu berapa kali berjaya berak dalam tandas kat kampung. Hmmmmphh! Tapi takpe, saya akan pastikan saya berjaya berak di USM nanti, biar jeles sebab dorang semua tak mampu.

Hado?

16 July - 19 July ada kat USM untuk Novel Research Innovation Competition. So kepada warga Penang, sila la hadir beramai-ramai ke sana untuk berjumpa blogger kesayangan ramai ini. Follower I dah 668 tau. Haruslah disayangi kan? Eh, katak 666 dah dijumpai ye? Hikhik I loike!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : berjaya up entry..tell the world that i'm coming home!

Cerpen 1 # Kalaulah


.




“Kita putus”, aku.
“Baiklah, kita putus”, dia.
“Ya, itu lebih baik. Paling baik buat kita”, aku.
“Apa agaknya akan jadi nanti?”, dia.
“Entah, aku pun tak pasti tapi aku tahu bahagia itu ada”, aku.
“Dulu, aku sangkakan bahagia itu kau”, dia.
“Kalau bahagia, pasti tidak begini”, aku.
“Mungkin”, dia.
“Maafkan aku atas segala apa yang pernah berlaku”, aku.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku”, dia.
“Hahaha kau bahagia?”, aku.
“Sangat bahagia. Kau?”, dia.
“Satu ketika dulu”, aku.
“Huh! Aku teruk, bukan?”, dia.
“Aku takkan menyintai orang yang teruk”, aku.
“Maafkan aku”, dia.
“Jangan! Aku yang bersalah. Aku yang minta diputuskan”, aku.
“Keadaan memaksa, aku faham”, dia.
“Aku yang memaksa keadaan”, aku.
“Aku tahu kau penat bertahan”, dia.
“Entah”, aku.
“Jom, balik!”, dia.
“Semoga satu hari nanti kita akan bertemu lagi”, aku.
“Dan pastikan kau sudah berbahagia”, dia.
“Itu pasti”, aku.
“Selamat tinggal”, dia.
“Good luck!”, aku.

Masing-masing melangkah, tidak mahu berpaling lagi. Benar ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan tapi hati tetap sakit. Di mana bahagia yang mahu diraih itu? Adakah tertinggal di belakang? Ataupun bakal menjelma di hadapan? Tiada siapa yang tahu.

(i)
(Monolog Aku)
Kenapa kau merelakan? Kenapa kau setuju? Aku sayang kau. Aku sayang hubungan kita. Aku mahu kamu ada. Kau tahu aku rasa sakit bila kau rela kita berpisah? Kau tahu aku rasa pedih bila kau setuju untuk berpisah? Aku bahagia. Aku teramat bahagia bila bersama kau. Tapi sayang, segalanya perlu berubah. Aku mohon, berhentilah melangkah, pandang ke belakang dan aku pasti berlari ke arah kau. Kita bina hidup baru. Kita hentikan segala rasa sakit ini. Kita lupakan segala duka yang pernah menyinggah di tabir hidup kita. Kita jadi orang yang baru. Aku mohon, berhentilah melangkah.

Dengan seribu kekuatan aku berpaling dan berharap kau sedang memandang aku. Tapi rupanya segala kekuatan aku hanya untuk disiakan. Ya, dia masih melangkah tanpa berpaling. Lalu aku akur. Ini akhir sebuah cerita aku. Aku, perempuan yang penuh kisah duka.

(ii)
(Cerita Dia)
Dia yakin satu-satunya perempuan yang dicintai itu tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dia yakin satu-satunya perempuan yang ada dihatinya itu pasti menarik balik kata-katanya. Jadi dia menunggu. Malahan kakinya tidak melangkah meninggalkan tepi tasik yang seakan sudah menjadi tempat rasmi setiap kali mahu memadu kasih, melepaskan rasa rindu. Sesaat. Dua saat. Tiga saat dan tika waktu sudah entah tidak terkira berapa saat lagi, dia masih memandang langkahan perempuan itu. Hatinya mula hancur berkecai. Dia pasti perempuan itu sudah nekad. Dia menggenggam tangan perlahan-lahan dan mula berpaling untuk melangkah. Tuhan, tabahkan hati perempuan itu. Dia tidak mahu ada lagi duka dalam hidup perempuan itu. Dan dia mula melangkah pergi.

(iii)
Kalaulah aku berpaling saat dia sedang menunggu.
Kalaulah dia bersabar menunggu aku berpaling.




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers