Petua Sebelum Minum Tongkat Ali


.

Assalamualaikum


Erk ade selera tak minum dalam cawan cenggini?

Hai kawan-kawan di luar sana,selamat datang ke blog saya (greeting baik punye)..sila lah terpesona dengan kelembutan dan kemesraan saya ini..oh gampang punye mukadimah betol la *sigh*

Korang-korang tau pasal tongkat ali dan kebaikan tongkat ali kan?kan?so tak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut..yela,takut gak nak explain lebih,karang ada yang masuk tido awal lak malam ni..erk apekah maksud ayat ini?

So,bagi tidak membuang masa korang-korang yang dah memang terbuang pon,jadi saya tidak akan merepek dengan cemerlang..so marilah saya kongsikan petua sebelum minum tongkat ali yang saya dapat masa berguru ngan Tok Batin (sila percaya)


1# Tuangkan sepeket tongkat ali ke dalam cawan

2# Masukkan air panas yang mana punca airnya dari sumber halal

3# Kacau hingga sebati

4# Cium aromanya yang memikat hati

5# Baca Bismillah (ini penting!)

Haa,then korang minumlah..silalah enjoy secawan tongkat ali korang dengan sepenuh hati (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : resah tanpa Kacip Fatimah!

Wordless Wednesday : Hati Sedang Tersenyum


.

Assalamualaikum




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : hanya mahu senyum (^_^)






Entry Tanpa Kuasa Kacip Fatimah


.

Assalamualaikum


(^_^)


Hari ini tarikhnya bagus..11/10/11..cantik kan?terus terasa macam nak bertunang haha..(takde calon,sobs!)..dan hari ni hari yang sangat ceria..sungguh,saya sedang menikmati bahagia (^_^)

Well,tadi kawan saya mekapkan saya..realy cam shit but tak tau nape they was so teruja ngan saya..hehe yela,saya bukan manusia yang suka mekap..even bedak pon saya tak pakai,ape lagi benda-benda laen kan?so leceh la..ehem3 sesungguhnya saya mampu menjimatkan ekonomi keluarga (promot diri neh)

Gambar?saya upload di entry seterusnya andai ada permintaan..jika mahu saya upload gambar mekap bagai tu,sila la request dalam komen..hahaha kelas ko jah!request gambar lagi tuuuuu..bajet retis segala!

Oh lupe nak bitau,ini just a quick update..Cik Tia pon cakap entry saya mendatar..wait ye guys,i will come up with unforgettable entry nanti,macam dulu-dulu hahahaha (gelak pasrah)..erk sila abaikan kesalahan ayat ini..eh korang,try klik sini..hehe blog ni pon list kan blog saya dalam bloglist dia..tenkayu!



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : langsung tak gersang buat entry cenggini,apetah lagi baca kan?kan?

Hey!Ko ingat ko blogger glemer?!!?


.

Assalamualaikum


Nape die ni ensem sangat?*fall in love wif diz frog*

Saya blogger,full time blogger part time student (haha)..saya ada gaya penulisan saya sendiri (konon!)..blog saya bukan blog ilmiah,juga bukan blog lucah walopon kebanyakan tajuk entry berbaur lucah dan sila anggap ianya sebagai trademark saya..saya suka menulis tentang diri saya dan suka kaitkan dengan isu di sekeliling saya..saya lebih banyak merapu berbanding merepek..blog saya blog katak kerana saya gilakan katak dan anda-anda adalah katak saya..nampak kan di sini bahawa saya memang ditakdirkan untuk menjadi Puteri Katak?

Saya ada akaun nuffnang tapi percayalah jumlah kutipan langsung tak memberangsangkan..saya tak kisah pon since saya bukan reti sangat pasal nuffnang..kalo cakap pasal SEO,BE and wutsoeva lagi la saya tak reti pape..sungguh,saya berblog kerana saya hanya mahu menulis dan saya tak pernah pedulikan asas-asas blog yang laen (blogger sejati kan?)

Saya selalu bukak akaun nuffnang saya..bukan amaun yang saya tengok,tapi yang menjadi tarikan ialah rujukan pautan..saya mahu tahu,dari manakah pengunjung-pengunjung blog saya datang..biasanya katak-katak yang dah lama memanggil hujan memenuhi ruang rujukan pautan tu..tapi tadi bilamana saya bukak,saya melihat ada link blog yang saya tak kenal pon..

Then,saya pon jadi la stalker (haha)..pegi menskodeng blog-blog yang disenaraikan dan sungguh saya merasa terharu..terharu kerana mereka menyenaraikan mereka dalam bloglist mereka..ianya sesuatu yang patut diterharukan kan?(ayat apekah ini?)..blog saya tidak menarik,blog saya bukan kaler pink,blog saya tiada gambar cantik (since saya pon tak cantik),blog saya tiada gosip artis,blog saya tiada cerita yang best..tapi nape ade yang still senaraikan saya dalam bloglist mereka?oh terharu!sobs..


Tak caye?klik la page dorang :-







"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : lubang idong sedang kembang-kuncup (^_^)

Artis Terkenal Jual Ikan???


.

Assalamualaikum


Katak yang bekerja sebagai fishmonger 


(gambar yang langsung tiada kaitan dengan isi kandungan entry)

Aktiviti self-audit (muhasabah diri) ini adalah satu aktiviti yang bagus bertujuan untuk mengenalpasti segala kelebihan dan kekurangan diri dan dalam pada masa yang sama, meningkatkan kelebihan serta memperbaiki segala kekurangan yang didapati dalam diri individu. Borang self-audit yang disediakan adalah ringkas namun hakikatnya, ia sangat sukar untuk di isi memandangkan ianya memerlukan tahap kejujuran yang tinggi.

Aktiviti ini sangat menguji dan banyak memberi kebaikan kepada saya. Ini kerana secara tidak langsung saya dapat menilai diri saya dan terbukti di sini bahawa dalam kehidupan, saya lebih banyak melakukan amalan yang wajib berbanding amalan sunat. Sepanjang tempoh memuhasabah diri ini, saya mulai sedar bahawa saya hanya menitikberatkan amalan-amalan yang wajib sahaja.

Saya menganggap aktiviti ini sebagai satu hikmah yang mana telah memberikan kesedaran kepada saya tentang kekurangan dalam hidup saya selama ini. Dimana kekurangan ini juga merupakan satu punca tekanan berlaku dan Alhamdulillah saya mulai dapat mengawal tekanan itu.

Saya berpendapat bahawa aktiviti ini patut diteruskan dan dipraktikkan setiap hari sehingga setiap amalan sunat yang disenaraikan mulai menjadi satu kewajipan untuk ditunaikan oleh diri saya sendiri. Saya juga akan mencuba untuk sentiasa memuhasah diri bagi memperbaiki segala kelemahan diri yang ada.

(kandungan entry yang langsung tiada kena-mengena ngan tajuk)

Notes Ikan : ekceli,ni reflection paper yang saya kena wat..tapi yang susahnya,tiap kali nak wat mesti asek terbukak blog..sudahnya saya type je kat blog..setel keje..patutnya in english tapi madam tu bagi optional,in bahasa pon boleh..so i chosed de optional (^_^)


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sudah lama membawa diri,sudah jauh kaki melangkah..namun di saat nadi berdenyut,kenapa dia masih di hati?