Terangsang kerana rabun?


.

Assalamualaikum


Hey,people!

Wah greeting bak penjajah gitu..kelas mak nok!(tak paham kenapa harus wat intro cenggini)

Cube peratikan picca katak cute pake spek kat atas tu..perati betol-betol dari segi kaler spek,bentuk spek,kenapa spek tu ada kat situ bukan kat sini,patutkah spek tu ade kat situ..mungkin boleh gak difikirkan apa bahan-bahan buat spek,perlukah pembuatan spek dan logikkah katak yang comel menggila khinzir tu pake spek..sila perhatikan betul-betul..

Tentu korang dah baca sekali imbas je kan perenggan kat atas tu..kan?kan?apepon saya cuma nak bitau yang saya sekarang akan kembali aktif berblog (macam ada yang kisah je) tapi disebabkan beberapa sebab musabab,masih tak mampu menghasilkan entry gersang yang mampu merangsang korang untuk baca blog saya..dan spek tu adalah tanda bahawasanya saya tetiba bertukar menjadi silent reader kepada blog kekatak yang lain tanpa berkomen apepon tapi hanya membaca sampai rabun (silent reader yang obses kan?)..dan..ye ada dan lagi..dan pelis jangan jadi katak saya yang curang..

Saya nak tag semua follower saya *tetibe*


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : sumpah, ini entry terteruk!dare to leave your comment?

Just Married


.

Assalamualaikum


Just married?saya kakwin kah?saya lama mendiamkan diri sebab saya kahwin?sape yang jadi Putera Katak itu?oh, malangnya nasib beliau..ok,ini dialog kalo saya betul-betul kahwin..tapi saya belom kawin pon lagi..so kepada lelaki-lelaki di luar sana, jangan kecewa..saya masih available..

Bila bercakap tentang kahwin, apa yang sebenarnya yang diperlukan selain duit?dulu saya sangat setuju kalo ada yang berkata, untuk kahwin kita perlukan cinta..ianya sinonim kan?tapi bila umo makin meningkat, saya sedar bahawa cinta sudah menjadi perkara kedua sebelum memulakan suatu perkahwinan..

BERANI..ye,keberanian adalah perkara utama yang diperlukan selepas duit..bukan lagi cinta..kenapa saya katakan begitu?sebab tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan..ceewah hehehe ayat dalam filem ni..kalo anda bukan seorang yang berani, walo bercinta bertaun pon anda takkan dapat kawen..

Kita perlu berani untuk berjumpa kelurga pasangan, kita perlu berani untuk bagitau kelurga tentang pilihan hati kita, kita perlu berani untuk membuat keputusan berkahwin, kita perlu berani untuk mengeluarkan perbelanjaan perkahwinan, kita perlu berani untuk hidup sebagai orang yang berkahwin, kita perlu berani untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar..kita perlu berani untuk segalanya..dan cinta juga perlukan keberanian..am I right?

Cik Suha juga punya keberanian, tapi belom ada yang berani meminang..oh, sangat menyedihkan (ayat minta simpati)


Notes Berani : Entry ini di taip di saat penulis sedang memikirkan sudah ramai kawan seusia yang sudah berkahwin dan penulis adalah antara mereka yang belum berkahwin atau istilah yang lebih baik, BUJANG..



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : berani tapi takde calon pon payah gak kan?



Katak Terhebat


.

Assalamualaikum


Cute kan?

Korang ingat lagi tak gambar kat atas tu ada kaitan dengan ape?kalo yang dah lama menyinggah ke sini, mungkin dah tahu..tapi kalo nak tahu lebih lanjut, sila tekan [Suha Cun] sambil memintal bulu kaki (^_^)

Kalo anda anda beratus follower sekalipun, ianya bukan satu jaminan yang contest yang di anjurkan mampu mendapat ratusan penjoin..apapon, saya sangat teruja sebab tetap ada yang sudi menghantar borang penyertaan walopon bukan ada borang yang perlu dihantar..apapon, mereka adalah Katak Terhebat..mahu lihat hasil karya mereka?ok jom!







SILA TERJAH BLOG DORANG DAN BACA SAMPAI HABIS..INI ARAHAN!!!
(menggunakan kuasa veto sebagai Princess Katak)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : mereka sume pemenang, tiada pengalah (^_^)

Miss Desperado


.

Assalamualaikum


Rayuan Si Katak


Amaran keras : Entry ini berbaur paksaan dan menjengkelkan!


Suatu ketika dahulu, ketika zaman kegemilangan saya sebagai seorang manusia yang menyambut Hari Raya, ianya merupakan hari yang sangat menyeronokkan..keseronokannya akan bermula sebelum Hari Raya di mana posmen tanpa segan silu akan berkunjung ke rumah saya setiap hari..kenapa?untuk menghantarkan kad raya..ianya merupakan satu moment yang sangat indah dan mengujakan..

Namun, tahun berganti tahun, keadaan semakin berubah..tiada lagi posmen yang datang menjengah dan sambutan Hari Raya berlalu dengan keseronokan yang semakin berkurang..ianya tetap hari yang indah tapi keterujaannya mulai hilang..indahkah Hari Raya tanpa sekeping kad raya?benar sms boleh di hantar namun percayalah, hati tidak akan berbunga riang sepertimana sewaktu membaca kad raya..

Atas sebab itu, saya dengan rasa keharuannya ingin memaklumkan bahawa saya terlalu menginginkan kad raya untuk tahun ini..rakan blogger bagi kad raya?wah, ianya sangat heaven kan?oleh yang demikian, janganlah korang-korang yang saya sayang-sayang bersegan bagai untuk menghantar kad raya kepada saya barang sekeping dua..Miss Desperado ini juga menyertakan alamat bagi memudahkan urusan tersebut..ini alamat betul tau..semoga mendapat perhatian korang-korang semua (^_^)


Nurul Suhada Juraimi
Rumah Guru Sk. Kg. Bharu Tok Dor,
Kg. Bharu Tok Dor,
22020 Jerteh,
Terengganu



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya sudah gila..am i rite?


Bercakap Tentang KEMALUAN


.

Assalamualaikum


Shy-shy Nyet (not Cat)

Mahu berpeluk cium dengan Princess Katak?ayok!!rindu yang amat ni dengan kamu-kamu sekalian (sedang berfikir panjang sebelum meneruskan ayat selepas ini)..lama tak menulis,terasa otak dan tangan ni kejang plak hehe..apapon untuk entry ni, saya mahu melupakan sejenak tentang contest yang dah pon berakhir..walopon tak ramai yang menghantar borang penyertaan tapi saya happy sangat sebab at least ada gak yang sudi membazirkan masa menjoinkan diri..untuk itu, terima kasih (^_^)

Erk mukadimah langsung tidak memperlihatkan perasaan malu lantaran terus berbicara tanpa mempedulikan tajuk yang tak semenggah itu..buat mereka yang baru menjenguk blog yang dan mula menunjukkan sawang ini, jangan terus close ye..blog ini bukan blog ilmiah dan dijamin juga bukan blog lucah lalala saya suci murni ok

Apakah sebenarnya yang membuatkan saya termalu seketika ini?hikhik ekceli aritu I ada tulis love letter kat sorang blogger lelaki ni..memang penuh kesyahduan dan penuh kasih-sayang lantaran kecintaan yang melebihi tahap infiniti..memang terserlah la betapa cintanya I kepada dia..tapi I sangat tak sangka yang dia akan kongsikan love letter I tu kat public, dia buat satu entry lagi tu tau..sumpah, I terharu..tapi baru je terasa nak terharu, tetiba baru perasan pasal perenggan yang last..adeih, tak leh ke dia edit sket before publish?terus je tak romantik lagi surat tu tau..apapon kalo Uol nak baca, sila la klik [Surat Cinta Untukmu]

Satu yang saya tak paham tentang perenggan atas ni, nape tetiba kata ganti diri tetiba jadi I?Apapon saya akan berusaha untuk berblogwalking seperti biasa walopon saya pasti akan mendapat tentangan hebat dari anak asuhan saya..saya babysitter ok (sambil kembang hidong)..luv ya!


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s no 1 : Kapten, pesal tak edit tang minta komen blog neh?adeih bikin malu

p/s no 2 : Masih lagi memegang title Ibu Tunggul (^_^)