I'm Desperado


.

Assalamualaikum


Terjemahan :

Ada sorang profesor yang mengajar bahasa inggeris buat lawak bodoh dalam kelas..pangkatnya dah tahap profesor, sikit lagi nak dapat pangkat compressor tapi still nak ajar benda-benda remeh..cuba la dia ajar benda yang mencabar minda sikit kan?ini tak, di ajar gak pasal cara-cara meletakkan punctuation ataupon dipanggil gak tanda baca..konon nak tunjuk hebat la kan, abstrak gitu..pastu ditulisnya kat papan putih tu "A woman without her man is nothing"..ni nak cakap sikit pasal penggunaan papan putih..dunia dah maju la beb, cuba la canggih sikit..takyah dah nak tulis kat papan putih, papan kelabu, papan hijau dan segala papan lagi tu..cuba la sediakan powerpoint masa nak mengajar tu..belajar dah tahap tinggi, tak reti-reti lagi nak menggunakan teknologi..adeih susah la ini punya worang!dipendekkan cite walopon dah panjang saya taip, profesor tu pon suruh la pelajar-pelajar tu letak tanda baca pada ayat tersebut..

"Hek eleh, benda senang je kot", kata salah sorang pelajar lelaki..dia ialah manusia yang paling bajet ensem dalam kelas walo hakikat sebenar, kalo dia paling ensem maka takdelah manusia hodoh..paham tak?kalo tak paham, sila buat-buat paham sambil angguk serta mencungkil taik idong yang ada kat tepi-tepi lubang idong..bukan setakat bajet ensem, tapi dia bajet genius gak..so dia pon angkat la tangan, nak jawab soalan dari profesor tadi tu..dia memang yakin dia dapat jawab sebab nak letak tanda baca ni umpamanya kita nak lastik bontot ayam..aim betol-betol dan lastikan akan mengena dengan tepat..so dia dah bayangkan dia nak guna cara ni la untuk letak tanda baca pada ayat tu walopon dia pon tak sure, ape maksud ayat tersebut selepas diletak tanda baca..selepas dia aim betol-betol dan dapatlah ayat ni "A woman, without her man, is nothing"..sekali terdengar sorakan "this best bro!" dari kaum lelaki yang lain

Seketika suasana bertukar hening..sebelum tiba-tiba sorang pelajar pompuan bangun sambil menghentak-hentak kaki..lantas pompuan tu berkata "SPM ko mesti dapat 9G kan bahasa melayu?" tanpa dia menyedari hakikat bahawa soalan yang dilontarkan juga lintang-pukang ayatnya..lagi pula, ayat yang profesor tu bagi kan dalam english, so ape kaitan ngan bahasa melayu lak?tapi dia wat selamba hypo je terus ke depan dan tanpa rasa kemaluan yang mendalam terus memadam segala tanda baca yang dibuat oleh lelaki terdahulu..ape yang ditulis?"A man: without her, man is nothing"..lelaki itu terkedu,sambil memerhatikan pompuan tu berjalan masuk..sebenarnya memerhatikan bontot pompuan tu..adakah itu  maksud sebenar ayat pompuan tu?


Kesimpulan :

Manusia, lelaki dan pompuan, adalah saling memerlukan..tiada kurangnya melainkan saling melengkapi antara satu sama lain..sepertimana seorang isteri mampu melengkapi kehidupan seorang suami, begitu juga suami mampu menyempurnakan kekurangan isteri..

Adeih, tetibe cakap pasal laki bini ni, apo kono eh jang?hahaha macam dah terpesong dari identiti sebenar tapi itulah hakikat..maka sepanjang hampir seminggu lamanya, saya dan kawan-kawan pompuan saya berusaha gigih menyiapkan cerita pendek bersama-sama kawan-kawan lelaki..lelaki itu kreatif, ianya hakikat, tapi tak bermaksud pompuan itu buta seni..dan kami antara yang mampu mendalami apa itu seni (^_^)




"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : ada sesiapakah yang mahu melengkapi hidup Cik Suha?

Tanda-tanda Keperempuanan Selain Dara


.

Assalamualaikum


Gagah lelaki pada terunanya
Hebat perempuan pada malam pertama

Dia perempuankah?ye,dia perempuan dan dibuktikan oleh suaminya..takde cara lain ke?karang ada plak kes macam Mohd Ashraf, susah gak..so camne nak kenal perempuan?ape bukti dia itu perempuan?

1# Pink 

Blog perempuan biasanya kaler pink..pink ngan pompuan umpama lubang idong ngan taik idong, langsung tidak dapat dipisahkan..kalo terpisah, kosonglah kehidupan..bagi pompuan, pink itu makhluk yang comel sampaikan kalo ade laki yang pake baju kaler pink, dia boleh menggelumpur keseronokan dan menganggap laki itu sangat so sweet..

2# Gambar 

Kalo pompuan itu datang dengan pakej yang cantik serta cute, yang memang terbukti dan sudah dibuktikan. maka dia akan terasa bertanggungjawab untuk menempelkan segala bentuk posisi gambar di blog..gambar baru bangun tido, gambar tanpa mekap, gambar marah, gambar pake shawl baru, gambar pake lense baru wutsoeva la..pastu komen kompem beratus "awak comel la", "awak cute la walo taik mata menempek lagi", "awak beli kat mane shawl tu wak"..

3# Widget

Kalo masuk blog yang ada widget yang huru-hara, banyak dan kadang-kadang tidak tersusun, maka yakinlah itu blog pompuan..pernah tak tengok hand bag besar yang bese pompuan bawak?atau lebih dikenali sebagai beg doremon..teknik mencari barang dalam beg tu, korang masukkan tangan dan cuba raba sambil cekau ape yang patut..gitu gak yang kena praktik dalam blog pompuan..korang masuk sambil melilaukan mata dan tekan-tekan je ape yang patut sebab nanti macam-macam jenis hantu yang akan follow cursor 

4# Personal

Kebanyakan blog pompuan akan lebih ke arah personal..sebab konon-konon blog ini adalah diari..besenya diari adalah berbentuk peribadi tapi dorang menulis diari di sini dan publish tok tatapan umum dan bila ade orang kutuk "Ni blog ittew, suke ati ittew lar"..ada blog pompuan yang berinformasi tapi tak banyak la..kadang-kadang keterpesonalan nye melampau sangat dan inilah blog pompuan..anggap sahaja ianya identiti..lagipon tak pompuan la kalo tetiba cakap pasal harga minyak

5# Entry

Kalo masuk blog yang tetiba je ada entry segmen @ GA @ contest (akan ditulis "segmen" sahaja) lebih banyak dari entry yang len, maka terbuktilah ianya blog perempuan..banyak alasan mereka join segmen; mahu sokong bloggers lain, mahu cuba nasib tapi yang paling utama ialah mahu menambahkan bilangan follower kerana bagi mereka, blog yang gah itu ialah blog yang ramai follower..gigih sangat mencari follower melalui segmen hingga terlupa untuk mencari identiti sendiri dalam penulisan entry..ye, itulah perempuan


Cik Suha dan faktanya :
1# Suka kaler hijau
2# Tidak menempekkan gambar sendiri (tidak cantik kah)
3# Tiada widget melampau (sedikit kemas)
4# Cerita personal dikaitkan dengan isu semasa
5# Cuba mencipta entry dengan identiti sendiri (kurang join segmen)

Cik Suha sedikit berbeza, perempuankah?



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : apa pula tanda keterunaan?(^_^)


Entry Bajet Sibuk


.

Assalamualaikum


Reason kenapa saya sibuk sesangat hari ni :







Note : right click pada tulisan hijau and tekan open link in new tab 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : time kasih kerana memahami

Hakikat Memang Lelaki Itu Hipokrit


.

Assalamualaikum


Lelaki hipokrit?sentap hati lelaki mendengarkan statement minta penampar ni kan?tapi jangan cepat melatah ye katak-katak sekalian..saya ada bukti!

1# Part menangis bila tengok cite hindustan

Perempuan : Akan menangis bila melihat part-part sedih romantik seperti part di mana Karena Kapoor memeluk Hrithik Roshan ketika mereka berjumpa selepas dipisahkan oleh Shah Rukh Khan iaitu ayah mereka.,Shah Rukh Khan kan dah jadi datuk..sesuai la jadi ayah

Lelaki : Akan menangis bila mengenangkan nasib mereka yang tak sebertuah Hrithik Roshan yang boleh dipeluk sepenuh hati oleh Karena Kapoor yang mantap itu dan tertanya-tanya nape lah bini mereka bukan Karena Kapoor, hanya sekadar cicak berak kapur


2# Senyuman ketika shopping

Perempuan : Senyum penuh kebahagiaan dilemparkan sebelum bershopping, semasa bershopping dan selepas bershopping..bertambah-tambah senyuman bila si lelaki sanggup mengeluarkan segala perbelanjaan..bertambah manis senyuman itu, bila terserempak ngan kengkawan yang masih single dan shopping pon secara single sebab dapat menunujuk-nunjuk

Lelaki : Senyum penuh kesengsaraan dilemparkan sebelum bershopping, semasa bershopping dan selepas bershopping..bertambah-tambah senyuman saat mengeluarkan perbelanjaan di saat membayangkan yang akan membalas dendam ketika kawen nanti..bertambah manis senyum itu, bila terserempak ngan kengkawan kepada awek dorang yang shopping secara single, terus dalam hati berkata "Hai awak!jom kapel"


3# Perasaan sunyi bila ditinggalkan kekasih

Perempuan : Sunyi kerana tiada lagi manusia yang akan diganggu 24 jam sehari..sunyi kerana tiada lagi manusia yang akan membawanya ke mana sahaja yang diingini..sunyi kerana tidak lagi mendengar bisikan cinta yang indah..sunyi kerana tiada lagi manusia yang dapat sponsor 100% ketika shopping..sunyi kerana tidak..sunyi kerana tiada lagi manusia yang boleh di maki hamun ketika senggugut menyerang..

Lelaki : Sunyi kerana tiada lagi manusia yang akan topup saat di beritahu kredit abes..sunyi kerana tiada lagi manusia yang boleh menaikkan nafsu bila masanya tiba..sunyi kerana tiada lagi kedengaran rengekan manja yang menggetarkan iman..sunyi kerana tiada lagi sentuhan penuh kelembutan serta cubitan kemesraan..sunyi kerana tiada lagi tangan untuk digenggam..sunyi kerana tiada lagi dapat menatap bahagian yang biasanya menjadi habuan nafsu mata..


Cik Suha :

1# Mahu menangis kepenatan pergi shooting kat Dengkil
2# Mahu senyum kegembiraan sebab pagi esok leh bangun lambat
3# Sunyi kerana tidak dapat berblogwalking seperti kebiasaan



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya bukan anti lelaki, harap maklum..sekian (^_^)

Tips Untuk Jadi Pengarah Filem : Oleh Hasan Mutalib


.

Assalamualaikum


Siapa Hasan Mutalib?Dia anak kepada mak dan ayah dia, adik kepada abang dan kakak dia, abang kepada adik-adik dia, suami kepada isteri dia dan ayah kepada anak-anak dia..jawapan yang tepat tapi sengal tahap wajib kena sula!saya tau ramai yang dah kenal ngan Hasan Mutalib..saya bagi clue paling simple; Hantu Kak Limah Balik Rumah..dia adalah pengarah filem yang boleh mengundang gelak tahap tercirit..eh korang tak pernah ek gelak gila-gila sampai tercirit?haha Aimi pernah (^_^)

Tentu ramai yang berminat or berangan or perasan dia boleh mengarah filem seperti Hasan Mutalib kan?tapi saya rasa Azroy memang dah boleh mengarah filem basah,kompem box office..tapi kepada mereka-mereka yang nak tau tips untuk menjadi pengarah filem yang hebat macam Hasan Mutalib, saya ada tips nya..ini petua takde tipu-tipu tau..saya jujur orangnya..tak caya?tanya la Wuming(tolong sokong Cik Suha)

1# Kena sentiasa bawak tisu

Menjadi pengarah memerlukan korang jadi pembeli tisu yang setia..apape tisu pon jadi termasuklah tisu jamban..pastikan dibawa ke set penggambaran..kalo malas nak bawak sendiri sebab malu ngan artis yang bajet retis kerana hanya mampu beli tisu jamban, korang suruh la assistant korang bawa..takpon korang wujudkan satu jawatan, yang kejenya hanya bawa tisu korang..

Kenapa?

Kerana dengan menjadi pengarah, korang secara automatiknya mengaktifkan kelenjar perpeluhan korang..bila dah aktif, mula la peluh keluar mencurah-curah tanpa dapat di tahan-tahan lagi..bila bukak baju, pastikan korang perah baju tu..mungkin air cukup sebaldi..leh peram sebulan, kompem jadi garam..jadi, untuk mengelakkan kejadian sebegini rupa, bawa la tisu dan lap la di tempat-tempat yang sepatutnya..


2# Bekalan air yang melimpah ruah

Saya suka teh ais..erk tetiba..minta maaf ye sebab interframe jap..kata Hasan Mutalib, air mesti cukup..no water, no life..mana taknya, air penting dalam kehidupan manusia tak kira la pengarah ke, pengirih ke, penguruh ke *ada ke pekerjaan cenggini*..takde air mati beb..nak basuh berak pon susah, nak basuh tangan bekas korek hidung pon payah..haku kalo tak bercakap pasal taik memang tak sah..air sangat diperlukan lebih-lebih lagi kalo kita mengarah pelakon baru..yang tak berapa nak baru tu tak memerlukan air yang banyak sebab dah terbiasa..

Kenapa?

Life seorang pengarah hanya sebut tiga perkataan; Light Camera Action..kalo cakap sekali je takpe tapi sebagai pengarah yang memang hobinya cakap benda tu berkali-kali so memang berkali-kali la dia cakap tanpa pernah jemu..pelakon baru yang ngoi lagi la korang kena Light Camera Action berkali-kali kan..kalo yang artis yang memang dah bajet tunggu nak hantar surat perletakan jawatan je tu memang tak perlu nak jerit perkataan tu berkali-kali..so di sini air sangat memainkan peranan yang penting la kan?kering kontang tekak korang nanti, pastu memang pasti sangat yang anak tekak juga akan menggigil cam kena demam malaria tapioka kalo tak cukup air


3# Minyak urut

Pentingkah dalam proses pengarahan?ye!jangan lupe menyediakan minyak urut dalam 5,6 botol walopon first aid kit dah ada..erk gitu ke eja dia?abaikan..pastikan juga minyak urut ni ada berdekatan dengan korang..jangan berjauhan, kelak diri merana..untuk kesan yang lebih mantap, bawak la tukang urut tradisional dari kampung..kesan memuaskan hati..effect extra tak diperlukan lagi dah..tugas pengarahan akan berjalan dengan lancar selancar-lancarnya..

Kenapa?

Proses pengarahan yang berlanjutan dari siang ke malam amat memerlukan kepada minyak urut..kalo dah lenguh-lenguh, cepatla sapu..karang lenguhnya makin melampau..memang seluruh anggota badan, sendi-sendi dan rongga-rongga yang terdapat si sekeliling tubuh korang akan merasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh..jadi kita dah nampak di situ akan kepentingan minyak urut kan?sekali lagi ditekankan di sini, ianya adalah minyak urut..bukan minyak masak, minyak lintah ataupon minyak pengasih..jelas?

=========================================================

Itulah yang sempat dikongsi oleh Hasan Mutalib dalam angan-angan saya tadi..saya terpaksa menjadi pengarah untuk cerita pendek kelas saya..awesome kan?awesome waklu!penat okei dan saya amat-amat memerlukan 3 benda tu sepanjang sesi pengarahan..sekarang ni dah lenguh-lenguh segala sendi sampai lubang idong pon rasa tak bermaya je..shooting la kejenya sekarang..well, director la katakan..esok nak kena gi shoot lagi..napelah kaum adam makin pupus..disebabkan masalah kepupusan tu la saya terpaksa jadi director sebab budak laki director asal tu pun kena berlakon gak..pasni jangan sampai mimpi meracau One Two Three Action dah lah..haru jadinya..

Cik Suha; Blogger Yang Bakal Setaraf Hasan Mutalib 
(sesuai tak headline cenggini kalo nak kuarkan kat BlogNews?)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : nak petua camne nak dapatkan anak laki..anyone??(^_^)