Cantik Itu Objektif, Bukan Subjektif


.

Assalamualaikum


Cantik tak? (^_^)


Stigma masyarakat mengatakan cantik itu subjektif..ape maksudnya?maksudnya dalam bahasa kampung saya "beauty is in the eye of beholder"..jadinya cantik pada saya tak semestinya cantik pada korang..bergantung pada si penglihat, samada rabun atau tidak..ok saya rabun..tapi tetap boleh melihat

Tapi saya sangat tidak setuju dengan statement ini!saya membantah kerana pada pendapat saya, cantik itu adalah objektif, bukan subjektif..saya yakin sangat yang cantik itu okjektif, langsung tiada sangsi ataupon ragu or doubt..kenapa?

Kerana, bila objektif, kita akan betul-betul teliti..akan betul-betul menjaga supaya tiada cela walopon sikit..penuh ketelusan dan ketulusan..andai terpamer noda, terus sahaja di bersihkan..penjagaan amat penting di sini..berbeza dengan subjektif..terlalu sukar untuk mempamer kecantikan..terkadang ada noda dan noda itu tidak mampu ditanggalkan..cela?akan jelas terlihat..bagaimana cantik itu seharusnya subjektif?

Kalo borang jawapan objektif kotor, susah untuk mesin terima dan jika berhadapan soalan subjektif, sila tengok kertas jawapan..memang berani jamin, pelbagai contengan akan ditinggalkan..tiada kertas jawapan subjektif yang akan secantik kertas jawapan objektif..kan?jadi jelas di sini cantik itu objektif, bukan subjektif!

Saya benci soalan subjektif!


Notes si cantik :

Terharu ngan Mr.google lebiu lebiu sebab bagi link blog saya untuk carian "Blog Yang Seronok Di Baca"..haha padan muka si pencari sebab blog yang di suggest oleh google ini langsung tak menyeronokkan..sila bertabah wahai si pencari!



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : esok last paper dan ianya adalah objektif! (^_^)

Kenapa Katak Itu Namanya Katak?


.

Assalamualaikum


Ada tak yang mahu buatkan cupcakes cenggini tok Cik Suha?


Hai kekatak sekalian..petang-petang neh buat ape je?saya sedang merehatkan diri daripada stadi atau ayat betulnya sedang melarikan diri dari stadi..adeih dah lama sangat tinggal arabic, memang tak paham la apa yang tertulis dalam buku..umpamanya sorang budak kecik yang comel umo 2 tahun 5 bulan sedang membaca buku yang mana dia tak tau sepatah harem pon..cuma bezanya, saya adalah budak besar yang tak comel dan berumor 25 tahun (saya bold kan)

Saya dengan panjang lebarnya dah bercerita pasal pemergian saya buat seketika yang langsung takkan ditangisi oleh mana-mana bloggers dalam entry [Disaat mulai klimaks]..ye, saya akan menghilangkan buat seketika sebelum kembali beraksi..ok ayat ini sangat menjengkelkan..tapi katak-katak sekalian, jangan ingat Princess Katak korang ni akan membiarkan korang berkeliaran lantas kembali ke alam manusia..itu mustahil!

Jadi, supaya katak-katak sumpahan ini tidak terlepas lantas di cium oleh Mak Jemah ataupon Mail Lambung, maka saya berkira-kira untuk membuat contest supaya kekatak ini tetap akur untuk berada di dunia Princess Katak..see, otak saya mampu bergerak dengan laju kan?di saat sebahagian otak bertungkus-lumus menghafal patah perkataan di dalam buku Fiqh, sebahagian lagi masih mampu berpoya-poya memikirkan tentang blog..adeih anti klimaks tol la!

Bagi saya masa untuk berfikir tentang bagaimana saya mahu menjadikan contest tu lain dari yang lain..apa yang lain?takde yang lain melainkan yang lain-lain belaka..erk?tapi tok permulaan ni, saya nak tanya, korang rasa teruja tak kalo hadiah contest ni ialah seperti gambarajah di bawah :


Bear Keroppi


Bantal Keroppi

Erk ini sekadar display sahaja, harap maklum..ini adalah kepunyaan dan kesayangan saya, maka mustahil untuk saya jadikan ianya sebagai hadiah..tapi saya akan berusaha untuk mencari yang sebijik sebontot seperti display dan jika tidak ketemuan, saya akan mencari katak yang rupanya lain sedikit tapi masih bertemakan bear dan bantal katak..saya sama sekali tidak akan menggunakan bantal binatang lain sebagai hadiah terutamanya oink oink atau bahasa sopannya babi

Untuk makluman, hadiah akan ditambah bergantung kepada penyertaan..makin ramai, makin banyak hadiahnya..dan makin kopak lah beg duit tuan blog yang menganjurkan contest ini..adeih harus ganti puasa awal la ye tahun depan (^_^)

Sementara saya berfikir sedalamnya tentang contest ini, ape kata korang join contest dan segmen yang dibuat oleh katak-katak saya terlebih dahulu :-



Oh sebelum terlupa, sila rujuk entry di atas..sebenarnya ia adalah teka-teki dan bukan sekadar tajuk bersuka-sukaan

Dan ini jawapannya :  

Kenapa katak itu namanya katak adalah disebabkan katak itu adalah katak..kalo katak itu adalah lembu, maka namanya akan ditukar kepada lembu
(^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : adeih bertambah satu lagi benda nak kena pikir..sempooooottt!




Disaat mulai klimaks


.

Assalamualaikum


Terus je teringat entry Mr. Freaky : Tajuk kucing, entry lembu

Pastu nanti Mr. Rozami akan menkomen seraya berkata "Tajuk nak hot je"

Tapi Princess Katak senyum bersahaja


Ya, ini pengakuan berani-mati-hambek-ko-kena-kutuk..saya sedang klimaks dan sedang menikmati saat-saat klimaks..saya tahu saya klimaks terlalu awal sedangkan bagi orang lain, ini baru je nak terasa ghairah dan tidak perlu kepada klimaks lagi..tapi manusia itu berbeza kan?ada rasa yang tersendiri..dan saya bangga untuk mengatakan saya sudah pon klimaks 

Kenapa saya klimaks awal?

Ini satu yang korang harus faham betul-betul..saya klimaks terlalu awal kerana saya tidak terlalu merangsang dan saya hanya biarkan diri saya dirangsang..mungkin klimaks awal akan mendorong perasaan ketidakpuasan tapi ianya bukan jaminan bahawa klimaks lambat akan memuaskan

Bagaimana saya tahu tentang puas?

Puas bagi setiap orang itu berbeza dan hanya kita yang mampu menilai diri kita..ada yang berusaha untuk merangsang tapi kepuasannya tetap zero dan ada yang dirangsang seperti saya dan kepuasannya adalah di tahap maksima..kita yang mengawal kenikmatan itu sebab kita yang mengawal permainan

Or in other words :

Saya tak ping blog saya kat merata tempat seperti korang-korang yang saya sayang-sayang..blog dan fb bagi saya adalah dua dunia yang berlainan..ping blog kat fb adalah merangsang tapi saya tidak melakukannya..saya hanya dirangsang..dirangsang disini membawa maksud, blog saya dijejaki melalui bloglist bloggers lain..perkara ini saya dapat tahu melalui rujukan pautan yang diberikan oleh Nuffnang..

Jadi kenapa saya berasa begitu puas?padahal followers saya belum cecah 1000, komen belum ratusan?ini kerana saya tahu setakat mana usaha saya..di awal pembabitan saya dalam blog, saya memperkenalkan diri saya kepada bloggers lain melalui penyertaan segmen..lama-kelamaan saya mulai kurang menyertai segmen dan lebih menumpukan pemfokusan identiti..saya cuba mencari identiti sendiri walopon sebenarnya ianya bukanlah terlalu beridentiti..bunyi je cam havoc bagai

Alhamdulillah, blog Princess Katak ini mula diterima ramai dan mulai kelihatan di bloglist blogger lain yang saya kira mereka lebih hebat dari saya..terima kasih kerana meletakkan saya di blog korang walopon blog saya hanya blog picisan..perbuatan korang membuatkan saya terharu juga terangsang, lantas klimaks..terlalu awal kan untuk merasai perasaan ini?seperti saya katakan kita berbeza..

Manis yang saya rasa sepanjang berblog :

1# Blog pertama yang menjadikan saya blog pertama di bloglist : Nazif

2# Bro Ben memilih entry saya : Lelaki yang tidak menaikkan nafsu

3# Followers meningkat dengan mendadak hasil tempias Bro Ben

4# Entry paling mendapat sambutan : Sembang Seks

5# Saya mula berada di bloglist beberapa blog bloggers hebat


Saya di blog mereka :



Kenapa saya poyo sebegini rupa?

Ini adalah pengabdian kata-kata dan perasaan terharu serta kesyukuran saya..saya sedar saya tidak se gah blogger yang lain tapi percayalah saya sentiasa cube menapak ke hadapan, bukan untuk menyaingi mereka tetapi supaya ada yang sedar tentang kehadiran saya dalam dunia blogging ini, walaupun hanya seorang

Dan disaat mulai klimaks, saya terpaksa berundur seketika dari permainan ini..bukan bermaksud mahu mengucapkan selamat tinggal tapi suatu masa nanti saya akan kembali..tiada siapa yang dapat meramal masa hadapan..saya akan mulai berehat bermula 8 Julai dan kembali menyemak di blog pada 12 September

Mungkin juga saya akan mempublish entry dalam tempoh tersebut dan seperti yang saya katakan, saya tidak mampu meramal malah tidak mahu berjanji..saya akan merindui segalanya yang pernah saya rasai dan nikmati, kepuasan yang tiada tolak bandingnya..sungguh, saya rasa blog sangat menyeronokkan..dengan baki masa yang cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya akan cuba untuk berblog tapi mungkin ada sedikit kekangan final exam..apepon, saya akan cuba yang terbaik


Notes klimaks :

Kalo ada yang menglistkan saya di dalam bloglist tapi tidak saya sebut namanya dalam entry ini, sila nyatakan dalam komen..anda perlu berbangga.. 
(^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : terima kasih kerana tidak menguap semasa membaca (^_^)

Jom Join Bloglist Wacanaku


.

Wacanaku

Berminat nak menggedik join cam Cik Suha?sila la klik banner (^_^)


Alasan kenapa menggedik join :-

1# Nak terasa glamer umpama retis bila bermukim di blog blogger glamor

2# Bro Wacana pon dah lama di sumpah jadi Katak Otai saya

3# Terasa kesunyian dan kegersangan nak join segmen


Saya mahu tag : Cik Katak Eera Shera



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : moga terpilih (^_^)

Blogger yang kakinya cagu


.

Assalamualaikum


Kaki ada cagu ye kak? (^_^)

Cagu akan menyebabkan bau busuk dan menjejaskan kredibiliti seorang manusia mahupon biawak..jangan tak tau, biawak juga ada yang kakinya cagu..tak caya?sila tonton biawak di zoo..kaki saya bukan kaki cagu..sila bersangka baik dengan saya..

Ada pelbagai jenis blog di dunia blog ni begitu juga dengan katak-katak saya..walopon saya lom jumpa lagi dengan mereka tapi saya tahu mereka kaki cagu ke tak..mana saya tau?sebab saya kan Princess Katak mereka, harus lah saya tahu pasal mereka..mereka kaki cagu jenis ape?



1# Kaki cagu banyak idea

Bloggers kategori ni memang banyak entry, kadang-kadang sampai 14 ratus entry dalam sehari dan bukan entry kosong ye..entry dorang sume bermaklumat dan seronok di baca..ada ilmu di dalamnya yang boleh kita jadikan panduan




2# Kaki cagu entry mengalahkan novel

Yang ni plak memang imaginasinya superb!kalo bab mengarang entry memang mencecah kerak bumi tapi satu yang pasti, sangat seronok dibaca..ada bakat tok mengeluarkan novel dan menandingi penulis picisan yang asek nak keluarkan novel pasal cinta pastu guna nama yang canggih-canggih tak hengat dunia

Contoh : Kapten, Nadh



3# Kaki cagu merepek pasal diri sendiri

Blog personal itu best kalo kita tidak syok sendiri cerita pasal kita..bagaimana mahu menentukan best ke tak best cerita kita?cuba kita type entry yang cita pasal kita, pastu kita imagine kita baca ape yang kita tulis tu kat blog orang laen..kalo kita rase menyampah, then sila lah beranggapan orang laen pon menyampah gak..tapi blog kaki cagu ni, memang hal personalnya menarik tok di baca




4# Kaki cagu pembaca berita

Bloggers kategori ni memang berbakat jadi wartawan, takpon pembaca berita takpon ketua editor syarikat newspaper..sebab entry dorang kebanyakannya bersumberkan newspaper, banyak berita yang dikongsi membuatkan saya tak perlu lagi beli paper or akses newspaper secara online..pemalas kan saya ni?tapi terima kasih untuk bloggers yang cenggini




5# Kaki cagu suke memasak

Korang nak masak?tapi tak tahu ape nak di masak selain air dan megi?so ade bloggers yang menjadikan blog mereka sebagai dapur..mereka memasak serta berkongsi resepi itu dengan orang lain..entry nya ade gambar yang boleh mengkecurkan segala air liur yang ade dalam mulut ni..harapnya dorang akan kongsi bermacam-macam lagi resepi di bulan puasa




6# Kaki cagu misteri

Penulisannya misteri..perlu kepada pemikiran dan sangat sesuai tok mereka yang suka berfikir..bagi otak kanak-kanak macam saya ni, memang rase macam "oh apelah yang dia nak bitau" tapi tu identiti bloggers ni..ada kalanya, kita perlu berfikir dan mereka antara yang mampu membuatkan kita jadi pemikir yang hebat..harus dapat Nobel dorang neh

Contoh : Republic, Ghost



7# Kaki cagu islamik

Dakwah itu ada pelbagai cara padanya dan perlu berhemah..dan ada bloggers yang tak ketinggalan untuk berdakwah melalui blog mereka..ianya terbaik bukan?andai kata kita rasa hati kosong dan perlu kepada ketenangan juga perkara-perkara yang boleh memberi cahaya pada kegelapan hati, blog islamik adalah pilihan yang terbaik




8# Kaki cagu sempoi gile

Sempoi teras utama blog mereka..baca tanpa perlu berfikir tapi ada pengisian padanya..sesuai tok mereka yang tak menjadikan membaca sebagai hobi kerana entry mereka tersangat pendek dan ada antaranya hanya menjadikan gambar sebagai entry..tapi percayalah, ianya sangat menarik

Contoh : Gedek, Daddy, Jo, Azroy



9# Kaki cagu pemberi tutorial

Bloggers ni memang terhebat dalam bab tutorial tok blog..dorang akan menyediakan banyak tutorial bagi mereka yang teringin nak memperhebatkan lagi blog..saya?saya amek tutorial yang penting je memandangkan blog saya ni simple je..korang?terpulang pada korang camne korang nak memperindahkan blog korang..apepon cantik itu subjektif




10# Kaki cagu berhati jiwang

Mahu dapatkan bait-bait kata yang terindah untuk si dia?mahu mencari blog yang memberikan fokus kepada cinta?dalam dunia blog, sume genre ada..bloggers juga perlu cinta dan ada yang berhati jiwang..tak salah pon dan catatan mereka sangat seronok di baca..kenapa?kerana kita juga punya cinta



Itulah mereka, bloggers kaki cagu dengan blog mereka..eh mereka kaki cagu ke?sila la ke blog mereka dan tanya mereka sendiri..hanya mereka yang ada jawapannya lalalala



Notes kaki cagu :

Selamat belajar kembali wahai My 6th Bro..all de best!

Eera Sheera : Tenkiu sebab memilih blog Cik Suha (^_^)




"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : korang kaki cagu kategori mana? (^_^)