Assalamualaikum
"Aku nak kawen dengan anak raja" ( K. Rajagobal, hai!)
Cuti sekolah. Masa bergembira untuk budak-budak sekolah. Masa berehat untuk cikgu-cikgu. Masa bekerja untuk pemain-pemain kompang majlis. Masa berdebar untuk para pengantin.
Ok dah sampai pun ape yang perlu difokuskan. PENGANTIN.
Pengantin mengikut kamus dewan edisi ke 4 ialah seorang individu yang mengikat perhubungan melalui ikatan perkahwinan dengan seorang atau dua orang atau tiga orang individu (bagi lelaki) dan seorang individu (bagi perempuan) melalui akad yang disempurnakan oleh kadi. Tahniah sebab baca dan takziah kalau rasa ditipu sebab kejadahnya aku nak letak maksud dari kamus dewan bagai. Wakakakaka
Ok maafkan saya.
Jadi saya rasa sentap dengan kalimah itu. PENGANTIN. Sangat sentap. Sebab sorang demi sorang kawan saya dah jadi pengantin. Dan makin berkurang jumlah kawan yang lom jadi pengantin lagi. Dan yang belom jadi pengantin itu salah seorangnya adalah saya. Dan saya ialah sedih.
Ok sekian sahaja luahan hari ini. Kbai!
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : Jodoh di tangan Allah. Sabarlah hati.
sy juga ialah sedih.. :(
dah biasa dengar ayat jodoh pertemuan di tangan tuhan kan? oh itu ayat klise... skang ini ayat akak... "suatu hari nanti, kamu akan ke temu dengan khalifah ilahi yang bisa menjaga dan memartabatkan maruah kamu di puncak yg paling suci... dan apabila sampai masa itu kamu jengahi, jangan lupa suatu waktu dahulu, kamu pernah mengeluh kesah, kerana sesungguhnya DIA telah memaktubkan arah dan masa untuk setiap hambanya..."
ps: kalau tak faham...,... boleh tanya akak... hik hik hik...
Jgn stress2 kalau stress express kat blog InsyaAllah hilang stress