Assalamualaikum
Cerita I
Erk marah ke?
Hikhik mana ada..kan tengah sengih ni (^_^)
Tapi entry tu??
Saya cakap pasal Nasi Ayam Penyet la ~ngee
Ekceli tadi kuar berjemaah ngan kengkawan, 6 orang semuanya..gi serang restoran nasi ayam penyet ape tah kat Giant, Nilai..dah ketagih kot..sedap melampau tapi kat Central Market yang saya makan dulu lagi best..sesaje je pergi since kitorang pon dah nak cuti sem, konon nak mengabdikan kenangan bersama..okeh dah terpoyo (^_^)
Cerita II
Pepagi tadi idea penuh di minda dan tercetuslah Thought Friday..macam nak jadikan fenomena dan dah try iklankan ke seluruh pelusuk dunia blog..ramai yang tinggal komen, cakap setuju ngan idea tu dan menyifatkan ianya sebagai satu pembaharuan yang baik..tapi mungkin kerana saya bukan blogger glamer, apetah lagi hebat so idea saya dipandang sepi..saya terlupa yang saya takkan berjaya mencipta fenomena kerana saya hanya blogger picisan..sungguh saya terlupa..hanya sorang je selain saya yang join gak Thought Friday, itupon kerana dia blogger yang paling rapat dengan saya..bukan saya mahu mencipta nama, tapi saya rasa idea tu boleh menjadikan kita berkongsi sesuatu dengan orang lain, bukan hanya cerita personal kita sahaja..tapi takpelah, mungkin bila saya terus mencuba, benda cenggini akan diterima (^_^)
Notes :
Wordless Wednesday dari Barat lebih menjadi kebanggaan kita berbanding idea Thought Friday yang saya cetuskan hanya untuk kita sama-sama menghayati Islam
Jika ada bloggers yang juga membuat entry berkenaan dengan Thought Friday, sila tinggalkan link di komen ni ye..nak baca yang korang punya
Pautan :
#Thoughtful Friday
Cerita III
Dunia blog kecoh dengan cerita akak Norma, seorang isteri dan ibu yang menderita kanser..kebanyakan blog mula membuat entry pasal akak Norma..Alhamdulillah, bloggers Mesia masih mempunyai nilai keprihatinan yang tinggi dan mereka yang pernah mengecop bloggers dengan pelbagai gelaran yang buruk itu harus segera menarik balik kata-kata mereka..kita bukan menyalak tidak bertempat kan kawan-kawan?..apapun saya harap akak Norma akan berjaya mengharungi kesakitannya dan semoga masih ada sinar harapan untuk dia sembuh..moga ada insan yang prihatin yang mampu menderma bagi tujuan perubatan..ingat, hari ni kita tolong orang, insyAllah satu masa nanti bila kita susah, akan ada orang tolong kita..
Pautan :
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : sedang menunggu Katak ke 444..ada yang spesel untuk anda (^_^)

