“Kita putus”, aku.
“Baiklah, kita putus”, dia.
“Ya, itu lebih baik. Paling baik buat kita”, aku.
“Apa agaknya akan jadi nanti?”, dia.
“Entah, aku pun tak pasti tapi aku tahu bahagia itu ada”,
aku.
“Dulu, aku sangkakan bahagia itu kau”, dia.
“Kalau bahagia, pasti tidak begini”, aku.
“Mungkin”, dia.
“Maafkan aku atas segala apa yang pernah berlaku”, aku.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku”, dia.
“Hahaha kau bahagia?”, aku.
“Sangat bahagia. Kau?”, dia.
“Satu ketika dulu”, aku.
“Huh! Aku teruk, bukan?”, dia.
“Aku takkan menyintai orang yang teruk”, aku.
“Maafkan aku”, dia.
“Jangan! Aku yang bersalah. Aku yang minta diputuskan”, aku.
“Keadaan memaksa, aku faham”, dia.
“Aku yang memaksa keadaan”, aku.
“Aku tahu kau penat bertahan”, dia.
“Entah”, aku.
“Jom, balik!”, dia.
“Semoga satu hari nanti kita akan bertemu lagi”, aku.
“Dan pastikan kau sudah berbahagia”, dia.
“Itu pasti”, aku.
“Selamat tinggal”, dia.
“Good luck!”, aku.
Masing-masing
melangkah, tidak mahu berpaling lagi. Benar ini bukan pengakhiran sebuah
kehidupan tapi hati tetap sakit. Di mana bahagia yang mahu diraih itu? Adakah
tertinggal di belakang? Ataupun bakal menjelma di hadapan? Tiada siapa yang
tahu.
(i)
(Monolog Aku)
Kenapa
kau merelakan? Kenapa kau setuju? Aku sayang kau. Aku sayang hubungan kita. Aku
mahu kamu ada. Kau tahu aku rasa sakit bila kau rela kita berpisah? Kau tahu
aku rasa pedih bila kau setuju untuk berpisah? Aku bahagia. Aku teramat bahagia
bila bersama kau. Tapi sayang, segalanya perlu berubah. Aku mohon, berhentilah
melangkah, pandang ke belakang dan aku pasti berlari ke arah kau. Kita bina
hidup baru. Kita hentikan segala rasa sakit ini. Kita lupakan segala duka yang
pernah menyinggah di tabir hidup kita. Kita jadi orang yang baru. Aku mohon,
berhentilah melangkah.
Dengan seribu kekuatan aku
berpaling dan berharap kau sedang memandang aku. Tapi rupanya segala kekuatan
aku hanya untuk disiakan. Ya, dia masih melangkah tanpa berpaling. Lalu aku
akur. Ini akhir sebuah cerita aku. Aku, perempuan yang penuh kisah duka.
(ii)
(Cerita Dia)
Dia yakin satu-satunya perempuan
yang dicintai itu tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dia yakin satu-satunya
perempuan yang ada dihatinya itu pasti menarik balik kata-katanya. Jadi dia
menunggu. Malahan kakinya tidak melangkah meninggalkan tepi tasik yang seakan
sudah menjadi tempat rasmi setiap kali mahu memadu kasih, melepaskan rasa rindu.
Sesaat. Dua saat. Tiga saat dan tika waktu sudah entah tidak terkira berapa
saat lagi, dia masih memandang langkahan perempuan itu. Hatinya mula hancur
berkecai. Dia pasti perempuan itu sudah nekad. Dia menggenggam tangan
perlahan-lahan dan mula berpaling untuk melangkah. Tuhan, tabahkan hati
perempuan itu. Dia tidak mahu ada lagi duka dalam hidup perempuan itu. Dan dia
mula melangkah pergi.
(iii)
Kalaulah aku berpaling saat dia
sedang menunggu.
Kalaulah dia bersabar menunggu
aku berpaling.
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : juga disiarkan di Secret 7 Writers
eh eh eh die da update blog la huuu mmm kalau mmmm cam ne erk...ada ilmu disebalik cerpen ni :D
sedih pulak baca kisah nie.. adakah masing2 melepas dek kerana ego masing2?
wuhuhu sedih....harap-harap bukan cerita akak. akak tulis la novel. saya beli :)
dua2 x nak bepisah tp ego. berat sgt beban perpisahan tu kan..sy dpt rasakannya..cewah haha
cerpen ni ada jiwa. akak suka. pic tu sgt padan dengan jalan cerita...
saya rasa diri saya dalam cerita *menyibuk je saya ni haha*
btw, thanks sebab komen kispen "Sarah" kat s7w :)
kerana 'kalau'....tiada makna lagi... :(