Miss Desperado


.

Assalamualaikum


Rayuan Si Katak


Amaran keras : Entry ini berbaur paksaan dan menjengkelkan!


Suatu ketika dahulu, ketika zaman kegemilangan saya sebagai seorang manusia yang menyambut Hari Raya, ianya merupakan hari yang sangat menyeronokkan..keseronokannya akan bermula sebelum Hari Raya di mana posmen tanpa segan silu akan berkunjung ke rumah saya setiap hari..kenapa?untuk menghantarkan kad raya..ianya merupakan satu moment yang sangat indah dan mengujakan..

Namun, tahun berganti tahun, keadaan semakin berubah..tiada lagi posmen yang datang menjengah dan sambutan Hari Raya berlalu dengan keseronokan yang semakin berkurang..ianya tetap hari yang indah tapi keterujaannya mulai hilang..indahkah Hari Raya tanpa sekeping kad raya?benar sms boleh di hantar namun percayalah, hati tidak akan berbunga riang sepertimana sewaktu membaca kad raya..

Atas sebab itu, saya dengan rasa keharuannya ingin memaklumkan bahawa saya terlalu menginginkan kad raya untuk tahun ini..rakan blogger bagi kad raya?wah, ianya sangat heaven kan?oleh yang demikian, janganlah korang-korang yang saya sayang-sayang bersegan bagai untuk menghantar kad raya kepada saya barang sekeping dua..Miss Desperado ini juga menyertakan alamat bagi memudahkan urusan tersebut..ini alamat betul tau..semoga mendapat perhatian korang-korang semua (^_^)


Nurul Suhada Juraimi
Rumah Guru Sk. Kg. Bharu Tok Dor,
Kg. Bharu Tok Dor,
22020 Jerteh,
Terengganu



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya sudah gila..am i rite?


18 Responses to “Miss Desperado”

  1. selamat hari raya.....duk jertih ker...boleh by hand jer kot..hahaha

    http://harrazdani.blogspot.com/

  2. Loooo nk kad ry... Sempat lg ke nk smpai. Slm kenal

  3. setem mahal skang... hik3~

  4. HAHAHA lama aku tak jenguk sini. serius.

    pergh, siap letak alamat. rileks2...taun ni kau bagi kad raya kat orang, tahun depan baru ada kad raya tuk kau. menanam lah orang tua2 cakap...kahkahkah

  5. alamak... sempat lagi ke nak pos ni? takut lepas raya haji baru dapat...

  6. waahhh..siap ngan alamat..hohoho~~ mmg desperado tuh..kot 6ti bukan kad raye yg sampai, rombongan meminang kott..hehehe

  7. msred pon nak kad raya...skang ni da tak penah dapat dah....

  8. CikMiMiey says:

    laaa ... ciksuha ni ore ganu ko ? heee

  9. hahaha ciannye.. kalo antar skang smpat lgi tak agak2?

  10. suha says:

    @harrazdani
    hehehe slmt ari raya (^_^)

  11. suha says:

    @haikalblank
    haha malas nk bagi orang lala (^_^)

  12. suha says:

    @cahye sempurne
    hikhik kalo betol,bagus gak (^_^)

  13. suha says:

    @Niena Pengembara Ilahi
    hahaha memng perlu dikasihani (^_^)