Review Movie Baru : Misteri Blog Lama


.

Assalamualaikum


Blog dalam filem?


Filem ini mengisahkan tentang sebuah blog yang dimiliki oleh seorang blogger yang mana dahulu kala sangat beriya buat blog sampai publish entry berentry-entry sehari. Blogger tersebut merupakan seorang student dimana sebaik sahaja beliau bergelar blogger, dia bertukar status. Jika sebelum mempunyai blog, beliau adalah pelajar kaunseling sepenuh masa tapi sejak bergelar blogger, beliau telah mengambil keputusan untuk menjadi blogger sepenuh masa, pelajar separuh masa. Kadang-kadang langsung takde masa untuk jadi student.

Blogger ini berusaha mencari identiti dan akhirnya beliau dikenali sebagai blogger lucah memandangkan tajuk entry merepek meraban yang dipublish adalah berkaitan dengan kelucahan semata. Tapi tidak pada isinya. Mungkin kepada pencari kata kunci lucah, itu sungguh sial sekali. Oh maaf, tiada perkataan makian patut ditulis dalam review ini contohnya sial. Eh makian lagi? Maaf.

Pada waktu kegemilangan blogger tersebut, ramai blog lain yang membuat kunjungan hormat ke blog beliau. Ramai yang meninggalkan komen setiap kali entry di publish. Tahap kerajinan beliau untuk blogwalking terangsang mendadak dan ini menjadikan follower beliau makin bertambah dari hari ke hari. 

Namun, semua itu hanya seketika. Kenapa? 
















































Nak tau tengoklah sendiri filem ni.
Eh bukan!bukan!nak tau tanya lah saya sebab blogger tu adalah saya




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sape cakap subjek psikologi tu senang?meh sini,aku nak sula!

5 Responses to “Review Movie Baru : Misteri Blog Lama”

  1. terbaik la filem ni..dah tayang ke belom haha..cik suha mcm menyepi je skg..

  2. Ca Ezah says:

    subjek psiko mmg susah.tp bab ko psiko orang,kacang je kan? hahahha

  3. ek??? cerita ni betul2 ade ke??

  4. Unknown says:

    subjek psikologi mmg susah tapi kalo nak psiko org senang jekk.. hahaha

  5. M Fizan says:

    haha..intro pun saya dah tau apa motifnya :D