Katak 444 Berbunyi Ong Gedek Gedek


.

Assalamualaikum


Sayurlemak.blogspot.com


=====================================




====================================




====================================

Sekarang tiba sudah masa pengumuman

Siapakah blogger ke 444 yang sudah disumpah menjadi katak?

Adakah dia akan kembali menjadi manusia?

Persoalan yang belom lagi ada jawapan

Dan blogger yang menjadi mangsa ialah

maidaribendang


Kalo korang-korang yang saya sayang-sayang perasan la kan, katak yang mendominasi nombor pilihan tu adalah pompuan tapi tradisi itu berjaya di pecahkan oleh Mr. Khairil ni..adakah beliau Putera Katak yang saya nantikan selama ini?itu saya tidak pasti..tapi silalah right click pada Katak 444 : Mr. Khairil dan pilih open in new tab..tengok,betapa saya mahu korang bukak page tu sehinggakan saya sanggup membazir masa memberikan tutorial yang korang sendiri dah lama tahu..saya selalu bajet bagus kan?


Ini buktinya (^_^)

Maka, dengan ini Princess Katak dengan berpeluh di ketiak serta jari yang baru sahaja selesai mengorek hidung mengumumkan bahawa Bloglist Katak Pilihan akan di buka khas untuk mengabdikan katak-katak yang bernombor comel yang menjadi pilihan hati Princess Katak..talian rayuan untuk katak-katak lain bermukim di bloglist ini adalah tidak akan di buka memandangkan ianya bergantung kepada tuah semata..sesungguhnya, Princess Katak sayang katak-katak semua (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : menunggu Katak 555 sambil memotong kuku kaki biawak belaan lalala

Terlanjur??Jangan panik,ada cara nak cover!


.

Assalamualaikum


Alamak!dah terlanjur..camne neh?huhu

Yang pertama sekali kena buat, sila bertenang..tarik nafas, hembus nafas tapi please jangan kentut..sebab saya ada tips apa yang korang perlu buat bila dah terlanjur..saya tau ramai yang akan memandang sinis kat saya bila saya bagi tips tok mereka yang terlanjur tapi biarlah..kita harus bersangka baik kan?ok jangan buang masa, mari sini saya kongsikan cara nak cover bila dah terlanjur..jom pakat-pakat baca


1# Terlanjur tido sampai tertinggal solat subuh

Ni masalah normal terutamanya di kalangan student..dah malam tu kan pakat-pakat stay up (padahal layan blog), pastu mulalah tidak ketahuan solat subuhnya..kol 12 baru nak bangun *sila bersangka baik dengan saya*..jadi ape nak buat?qada' la solat subuh tu..tapi janganlah niat nak qada' je hari-hari, sila berusaha untuk bangun pagi ye kawan-kawan sekalian


2# Terlanjur tak pergi kelas

Dah bangun pon lambat, so kelas pagi kompem burn..normally hari isnin la yang jadi gini..hari yang susah untuk mendapat penyesuaian masa memandangkan dah terlebih over ngan weekends..ala-ala jetlag (eh ada kaitan kah?)..bila dah terlanjur tak pergi kelas ni, jangan la tak reti-reti nak mintak notes ngan kawan yang lain..sila la rasa bersalah ngan diri sendiri


3# Terlanjur bershopping

Kadang-kadang ianya disengajakan terutamanya di kalangan pompuan..mana tak nya, list barang nak beli dah berjela tetiba dah sampai kat mall, buat-buat terlupa list tu campak ke mana sebab dah nampak perkataan SALES..pompuan ngan sales memang tak dapat dipisahkan..kalo saya, nampak stuff katak je terus terlanjur bershopping..so apa nak buat?sila lah amalkan puasa sunat tok cover balek duit akibat keterlanjuran itu


4# Terlanjur berblog

Ini hanya terjadi di kalangan bloggers macam kita-kita la kan..berblog ni bagus, dapat tambah pengetahuan am tanpa baca paper..dapat tambah kawan tanpa perlu bersengih di stesen bas..dapat tambah pengikut tanpa perlu jadi wakil rakyat..dapat tambah income tanpa perlu bekerja keras hingga gugur bulu ketiak..so bila dah terlanjur berblog tu, rajin-rajin la blogwalking sambil tekan butang follower serta komen entry


5# Terlanjur berdosa dan melakukan maksiat

Korang baca kat sini : Bro Naimul Firdaus

Blogger Naimul Firdaus ngah buat segmen sekarang ni dan ada hadiah misteri..sila la join beramai-ramai dan meriahkan segmen tu..dah terlanjur baca iklan saya ni, sila la terus join..apa yang pasti, blog beliau blog ilmu..sume ilmu ada; ilmu akhirat, ilmu blog..

Nak join segmen klik sini : Segmen Bro Naimul Firdaus



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : dah terlanjur baca entry neh, so sila la komen (^_^)

Penyetlah ko!!!


.

Assalamualaikum

Cerita I


Erk marah ke?


Hikhik mana ada..kan tengah sengih ni (^_^)

Tapi entry tu??


Saya cakap pasal Nasi Ayam Penyet la ~ngee

Ekceli tadi kuar berjemaah ngan kengkawan, 6 orang semuanya..gi serang restoran nasi ayam penyet ape tah kat Giant, Nilai..dah ketagih kot..sedap melampau tapi kat Central Market yang saya makan dulu lagi best..sesaje je pergi since kitorang pon dah nak cuti sem, konon nak mengabdikan kenangan bersama..okeh dah terpoyo (^_^)


Cerita II

Pepagi tadi idea penuh di minda dan tercetuslah Thought Friday..macam nak jadikan fenomena dan dah try iklankan ke seluruh pelusuk dunia blog..ramai yang tinggal komen, cakap setuju ngan idea tu dan menyifatkan ianya sebagai satu pembaharuan yang baik..tapi mungkin kerana saya bukan blogger glamer, apetah lagi hebat so idea saya dipandang sepi..saya terlupa yang saya takkan berjaya mencipta fenomena kerana saya hanya blogger picisan..sungguh saya terlupa..hanya sorang je selain saya yang join gak Thought Friday, itupon kerana dia blogger yang paling rapat dengan saya..bukan saya mahu mencipta nama, tapi saya rasa idea tu boleh menjadikan kita berkongsi sesuatu dengan orang lain, bukan hanya cerita personal kita sahaja..tapi takpelah, mungkin bila saya terus mencuba, benda cenggini akan diterima (^_^)


Notes : 

Wordless Wednesday dari Barat lebih menjadi kebanggaan kita berbanding idea Thought Friday yang saya cetuskan hanya untuk kita sama-sama menghayati Islam

Jika ada bloggers yang juga membuat entry berkenaan dengan Thought Friday, sila tinggalkan link di komen ni ye..nak baca yang korang punya


Pautan :


#Thoughtful Friday

Cerita III

Dunia blog kecoh dengan cerita akak Norma, seorang isteri dan ibu yang menderita kanser..kebanyakan blog mula membuat entry pasal akak Norma..Alhamdulillah, bloggers Mesia masih mempunyai nilai keprihatinan yang tinggi dan mereka yang pernah mengecop bloggers dengan pelbagai gelaran yang buruk itu harus segera menarik balik kata-kata mereka..kita bukan menyalak tidak bertempat kan kawan-kawan?..apapun saya harap akak Norma akan berjaya mengharungi kesakitannya dan semoga masih ada sinar harapan untuk dia sembuh..moga ada insan yang prihatin yang mampu menderma bagi tujuan perubatan..ingat, hari ni kita tolong orang, insyAllah satu masa nanti bila kita susah, akan ada orang tolong kita..


Pautan :



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sedang menunggu Katak ke 444..ada yang spesel untuk anda (^_^)

Thought Friday #1


.

Assalamualaikum


Inikah keghairahan manusia? Jika begitu, dimana letaknya iman?



Entry Berkaitan : Sembang Seks




Apakah yang dimaksudkan dengan Thought Friday?




Katak-katak sekalian, jom cetuskan fenomena Thought Friday!
Princess Katak sudah mulakan, korang bila lagi?





"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : mencari sezarah pahala dalam debuan dosa (^_^)






Thought Friday : A New Trend


.

Assalamualaikum


Inikah keghairahan manusia? Jika begitu, dimana letaknya iman?


Thought Friday #1
=========================================================

Note :

Thought Friday diwujudkan bertujuan supaya bloggers, muslim terutamanya, dapat bertukar-tukar fikiran tentang Islam..samada mahukan gambar sebagai madah bicara ataupon mungkin juga sedikit entry yang menerangkan kembali kegelapan hati dengan potongan hadis atau terjemahan Quran, ianya bergantung kepada kreativiti bloggers..tiada kekangan, memandangkan ianya sekadar perkongsian..blog juga boleh di jadikan medan dakwah, am i right?

Jika sebelum ini kita bermegah dengan Wordless Wednesday dan yang terbaru Spontaneous Thursday, jadi apa kata kita bermain kata pula dengan Thought Friday?Jadikan ini fenomena, ikhlaskan hati dengan segala info dan insyAllah bekalan akhirat itu pasti bertambah (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : Cik Suha sudah mulakan langkah, katak-katak sekalian bagaimana?