BlogNews : 333,wow!


.

Assalamualaikum



          Nilai,15 Jun 2011 - Dunia blogging sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita pelik yang belum lagi dapat di kaji puncanya hingga kini. Seorang lagi blogger telah bertukar menjadi katak sebaik sahaja memasuki sebuah blog misteri yang menggunakan tarikan katak. Blogger tersebut merupakan mangsa yang ke 333 yang menerima nasib malang itu. BlogNews sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Ben Shaari, blogger no 1 Malaysia, juga telah menjadi mangsa blog misteri itu.

          Menurut saksi yang ditemui, blogger yang dilaporkan telah bertukar menjadi katak itu menggunakan nama Fara Mubin mempunyai blog yang sangat menarik dan menggunakan tema pink seperti kebanyakan blogger wanita lain. Beliau merupakan seorang perempuan yang sangat cantik dan menjadi rebutan di kalangan rakan universitinya. Beliau merupakan salah seorang pelajar Busines Study di UiTM.

          "Blog Fara adalah antara blog yang selalu menjadi pilihan saya ketika blogwalking. Saya amat terkejut dengan berita yang diterima dan sampai sekarang saya rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan beliau sebagai seorang manusia. Tapi atas dasar persahabatan blogger yang dah lama terbina, saya sanggup menerima Fara yang kini telah bertukar menjadi katak", kata seorang blogger yang juga merupakan peminat dalam diam Fara.

          Kejadian misteri ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan blogger-blogger tanah air dan mereka seakan trauma untuk menerima kunjungan mana-mana blog yang bertemakan hijau kerana bimbang turut bertukar menjadi katak. Andai kata ada yang mampu merungkai persoalan ini, diharap dapat menghubungi BlogNews secepat mungkin. Cuma timbul persoalan di sini, perlukah kita membuat aduan tentang perkara ini kepada pihak google supaya blog itu terus di blok? Ataupun,kita biarkan sahaja blogger-blogger lain turut sama menjadi katak sepertimana mereka yang membaca blog ini? Berikan jawapan anda, BlogNews memerlukan pandangan anda. - BlogNews



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : katak-katak ku, bersabarlah dengan sumpahan katak(^_^)

Wordless Wednesday Cara Cik Suha


.

Assalamualaikum
*wordless pon harus bagi salam kan*
(ok,jawab dalam hati tau..shhhhhhh)







Arahan : Tekan right click pada gambar dan open link in new tab (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : rahsia di sebalik gambar katak?mereka adalah Katak Cun yang terpilih

Sesi Interview Bersama Wartawan Blogger


.

Assalamualaikum

wartawan blogger

Lokasi : Kolej Kediaman 1, USIM

Perbualan adalah di antara Wartawan Blogger (WB) dan Cik Suha (CS) di suatu petang yang anginnya telah menggerbangkan rambut Kak Limah yang sedang bermain buai di laman umah Usop Wilcha sambil ditemani Cik Nin

WB : Hai!!Ni CS ek?OMG..akhirnya berjaya gak jumpe
CS  : Erk sape neh?tak semenggah je saya nengok..
WB : Saya WB..awak ni blogger kan?dengar-dengar ade cite hot..tak nak             kongsi ke?
CS  : Hot pekebendenye?tadi time gi kelas,hujan la..
WB : Adeih die ni!ala pasal entry Lelaki Yang Tidak Menaikkan Nafsu..
CS   :Ooo entry tu..dah baca ek?tinggal komen tak?*nada sengaja                       ditinggikan*
WB : Haruslah!kalo tak baca,takdenye nak datang..ingat hadap sangat ke             nak mengadap blogger newbie cam awak ni..harem we all tak layan
CS  : Kekwat giteww..dah saya newbie,nape menyemak gak ke sini?
WB : Hello, kalo bukan sebab Ben Shaari pilih entry tu jadi entry pilihan,             jangan harap dapat diinterview WB
CS  : Kalo dia pilih pon nape?
WB : Maknanya die suke le tu..tolong la berasa bangga sket
CS  : Riak mana boleh bai..
WB : Die siap follow lagi blog tah hape-hape CS tu..tak terangsang ke?
CS  : Terangsang tu macam mana ek?tak pernah tengok video lucah
WB : Eh die ni!sebab Ben promot kat blog dia la,ramai yang follow blog CS
CS  : Gitu ek?
WB : Boleh tak cuba rase beruntung sikit..kemain lagi pengikut Ben komen             kat entry tu
CS  : So?
WB : Ben tu pemes der!
CS  : Pemes emes yang biskut tu tau la..
WB : Sila delete akaun blog anda!!! *berlalu pergi sambil menyepak Kak Limah         sebab terlalu geram*


(Pandang kiri, pandang kanan, pandang depan..erk jangan pandang belakang..sambil meninjau kelibat Wartawan Blogger)

Saya sedang menulis sambil menangis keharuan dan senyum kebanggaan sebab entry yang lebih banyak merapu berbanding merepek itu dah jadi pilihan Sifu Ben..adeih sungguh tak kusangka..patot la bagai terjojol bijik mata bila bukak emel ada banyak komen..dari mane lak dorang neh datang..tengok la kat shoutmix,sekali terbaca "follow after Mr.Ben"..WHAT!!!!Sifu Ben follow saya..OMG!OMG!mata terus memandang follower..baru perasan dah 3++ and 1 of them Ben Shaari..ok fine,pitam jap..erk takleh pitam lama-lama,sebab kalo dah lama dah jadi pengsan..tapi sebab dah tertaip pitam,so kejap je la kan..see dah merapu..

Anda mahu bukti???

Katak Seperjiranan

Wow!Itu la Sifu Ben

Cik Suha di blog Sifu Ben


Bangga sangat ke bila Ben Shaari pilih entry yang dibuat jadi entry pilihan dan difollow oleh dia?

Jawapan senang je,cuba korang buat satu entry dan pastikan Sifu Ben tertarik dan seterusnya dia follow..then baru lah tau camne heaven tak hengat dunia perasaan ini..kepada sesape yang menjelesi saya, senyum bahagia saya hadiahkan..dan kepada musuh Sifu Ben, haruslah saya terangsang ngan perbuatan Sifu Ben ini dan maaflah,anda tak sehebat my only Sifu..kerana baru sekarang saya sedar, dia follower pertama yang buat saya rasa teruja gile..kenapa?kerana dia blogger terhebat di Mesia..
(dan dia follower saya,so saya hebat gak la kan?erk..)


Sifu Ben, you are sooooooooo sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!! (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : tidak mahu jadi sehebat Sifu Ben kerana tarafnya sebagai sifu Cik Suha

Lelaki Yang Tidak Menaikkan Nafsu


.

Assalamualaikum

kaum lelaki : sila isikan muka anda sendiri di ruangan kosong

Amaran keras : ini entry yang mengutuk lelaki secara terlampau

Sering kita dengar or maybe di baca di blog-blog perkara-perkara yang dibuat perempuan dan juga benda-benda yang ada pada perempuan yang boleh menaikkan nafsu lelaki..kebanyakan yang buat entry cenggitu,lelaki la kan..takpela,kita sebagai perempuan yang sentiasa bersangka baik,anggap saja itu sebagai teguran membina..tapi pernah kah kaum lelaki terfikir,yang pada dorang juga ada ciri-ciri yang boleh menaikkan nafsu perempuan dan langsung tidak menaikkan nafsu?tentu tak pernah kan?kan?sila hangguk lelaju sebelum saya majuk!!!

Kalo yang menaikkan nafsu tu saya taknak cite, sebab itu rahsia kami*sambil berkata huh!*..yang akan saya kongsikan ialah lelaki-lelaki yang tidak menaikkan nafsu..kepada readers lelaki,sila cek tentang diri kamu sambil membaca entry ni ye (^_^)

1# Lelaki yang suka kucing

Hakikatnya,lelaki itu ganas dan tidak cenderung ke arah meminati spesis lain selain perempuan..normalnya lelaki akan jeles kepada kucing memandangkan 80% perempuan akan suka kucing..yela kucing jantan free je dapat belaian dan kiss dari pompuan..cuba lelaki kategori manusia yang minta kiss,mau kena potong anu kat situ gak nanti..so,lelaki yang suka kucing ni agak weird la..frankly said,lelaki jenis ini tidak akan menaikkan nafsu kaum pompuan langsung..korang suka kucing?sila jangan bitau awek korang ok..

2# Lelaki yang ingat semua tarikh penting dalam perhubungan

Sifat lelaki yang sukar diubah ialah kemudahlupaan pada tarikh-tarikh penting dalam hubungan bersama awek or isteri..tarikh mula kenal, tarik mula jumpe, tarikh first date pas officially kapel, tarikh lahir awek, tarikh membuat lamaran, tarik merisik, tarikh bertunang, tarikh berkahwin..huuumangghaaii banyak bebenor tarikh nak kene ingat..besday dorang sendiri dorang tak hengat..so amat jarang lelaki yang mampu mengingati semua tarikh-tarikh penting tu dan lelaki yang mampu ingat tu adalah lelaki yang tak menaikkan nafsu pompuan

3# Lelaki yang selalu bagi bunga dan coklat or hadiah

Bunga?what for?coklat?sakit gigi la sayang..hadiah?eh aritu yang i bagi free domain tu ape?..u see this sayang?walopon jarang-jarang sekali kita terjilat jari yang bekas korek hidung tapi kita tetap tau perumpamaan kedekut!taik idung masin!..dan lelaki adalah kategori itu..lelaki kan konon-konon memikirkan masa depan dan bijak berbelanja..jadi kebanyakan lelaki akan berkira sikit tok membeli barangan kegemaran pompuan..jadinya disini,tak ramai la laki yang selalu bagi bunga,coklat dan hadiah dan lelaki kategori ini memang tidak menaikkan nafsu pompuan

4# Lelaki romatik yang cakap I Love U setiap masa

Di awal usia perhubungan,memang mulut lelaki mudah mengungkapkan ayat cenggini dan suku-sakat kaum kerabatnya lah macam I Miss U,I Sayang U and wutsoeva..sampaikan kalo time sms si awek bertanya "Bi,U ngah wat pe ni?"..reply:"I ngah berak I Love U"..OMG!tapi bila usia hubungan merangkak ke arah suku tahun pertama dah memang susah nak dengar..kalo ade pon,"Lar,kan dari dulu lagi I selalu cakap I Love U,tak bosan ke dengar benda sama hari-hari?"..ada la gak kan even dalam nada marah..jarang kan nak jumpe lelaki so romantik dan percayalah,lelaki kategori ini tidak menaikkan nafsu

5# Lelaki yang suka baby

Lelaki selalu jaki ngan baby..y?sebab baby selalu berpeluang menerima belaian,sentuhan malah ciuman kaum pompuan..lagi-lagi kalo baby comel,lelaki ensem idaman gay semalaya pon takkan dipandang walo sedikit jelingan..sungguh,lelaki akan jadi loser bila adanya baby..bagi membalas dendam,lelaki cuba bersifat zalim ngan baby dengan tidak mempedulikan mereka..kalo baby buat-buat manja,lelaki akan buat-buat menyampah..lagi-lagi kalo baby yang suka meraung minta perhatian,jangan terkejut kalo tetiba baby tu meninggal pas minum susu..korang tau la keje sape..tapi ade gak golongan lelaki yang suke baby melampau..suka baby?ok fine,sangat tidak menaikkan nafsu

Persoalan Kajian : Kenapa lelaki dalam 5 kategori ini tidak menaikkan                                       nafsu pompuan?

Sebabnya,bila pompuan jumpe lelaki-lelaki kategori seperti yang dinyatakan,dengan otomatiknya pompuan akan mengecikkan mata, tersenyum kecomelan sambil membulatkan pipi,mengepal kedua-dua tangan dan letak di mulut lantas menjerit dengan mata yang bersinar-sinar
YOU ARE SOOOOOOOOOOOO SWEEEEEEEEEEEEEETTTT!!!!!!!!!!!!!!

Lelaki sweet tidak menaikkan nafsu kan?



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : tapi Cik Suha tak suke ngan lelaki kategori di atas..apakah maksudnya?




Dedah : Kekasih Hati Cik Suha


.

Assalamualaikum


Ada sorang budak hensem tapi pemalu buat contest..siapa dia?yang pasti bukan Cik Suha sebab dah cakap awal-awal budak hensem kan?Cik Suha bukan hensem tapi cantik *sila abaikan*..hadiah dia mahal okei dan sangat baik untuk kesihatan,import dari Jepon..sekarang dia tengah gegatal nak kawen,so gadis-gadis yang join contest dia tu berpotensi la untuk jadi wife die..ini tidak tipu langsung..contest ni sangat sesuai untuk sesape yang suke buat karangan dan contest ini cerdik..yela,kan ade contest yang kena tempek gambar je tapi seriusly contest ni memerlukan korang berimaginasi tinggi..tinggal beberapa hari je lagi before due date,so cepat-cepat la join ye..Cik Suha pon kena join..dipaksa huhu


Memandangkan Cik Suha sedang dalam proses membodek no henpon beliau,maka Cik Suha akan berusaha tok join gak..awek-awek sekalian,ape lagi korang tunggu?sila join contest ni beramai-ramai..yang bukan awek pon join la gak ye..eh lupe lak nak bagi link..kalo nak join sila klik [Cik Suha Mahu Suami Akauntan]..semoga korang berjaya (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s no 1 : Cik Suha takde kekasih hati pon

p/s no 2 : bertabah untuk menerima makian Aimi

p/s no 3 : motif entry?mahu promot contest anjuran Katak Unik Cik Suha