Sawan Si Blogger


.

Assalamualaikum


Hoi bloggers!(warm greeting sangat la kan?)..dah lama rasanya tak hupdate benda-benda yang merapu mahupun melucah di blog tak berapa nak ilmiah neh..kalo tak,dizaman dahulu kala,cuba korang search keyword macam sembang seks ke maria ozawa ke,haru uols!terus gugel kejadah ni bagi link blog saya yang suci murni ini..diskriminasi..lol!(cam harem lak rasanya guna word cenggini)..

Waa kagumnya baca mukadimah sendiri..terasa macam blogger otai tahap tak ingat dah..kata dah hampir setahun blogging..eh ni dah bulan 3 kan?rasanya dulu stat blogging bulan 3 la..yela kot,malas nak cek pasai ngah menaip ni..kahkahkah ok,tak lawak pon!tapi since dah setahun blogging neh,macam-macam jenis sawan yang dah terkena kat saya ni..erk biar betul sawan sebab blog???nape?tak caya?ok fine,meh saya list kan satu-satu..

**kata ganti diri yang digunakan ialah haku** 
(kata nak bukak buku sejarah blogger,harus guna bahase nostalgik..paham?)


1# Sawan Entry

Di zaman kemunculan awal berblog,entry beratus sehari memang tipu la..tapi ada la dalam 2,3 empat  entry sehari..even takde orang baca,haku tetap istiqamah dalam mengeluarkan entry..langsung tak tergugat dan tak tersentap walopon haku tau takde orang nak baca..haha serius time tu tak reti nak cari kawan or lebih keji lagi nilai estetikanya dengan menamakan kawan itu sebagai follower..hoi,haku bukan gila follower la!!!tapi time tu noob gile..umpamanya budak tadika baru pindah tadika dan memang langsung takde kawan..pandang je kawan-kawan lain bersembang tapi pastu terus tunduk dan conteng-conteng kertas yang cikgu bagi..dramatik tak perumpamaan haku?


2# Sawan Follower

Haa ko!memula buat macam muka semedang je up entry takde orang baca tapi setiap kali masuk blog orang laen,intai-intai tang follower tu,terus cemberut muka sebab bandingkan dengan blog sendiri yang takde follower..pastu mula buat muke tebal gi follow orang situ sini..kejenya time ni,entry dah kurang,tapi task baru ialah berhijrah dari blog ke blog sambil menekan butang follow..ok perumpamaan kat sini ialah ejen insurans di mana encik ejen insurans akan bergerak dari rumah ke rumah or pejabat ke pejabat untuk mencari mereka yang berpotensi menjadi penginsurans..erk kalo kat sini follower la maksudnya..kata nak follower,konsepnya terang dan jelas ok..ko nak orang follow ko,ko harus follow orang..


3# Sawan Segmen

Segmen tu sama angakatan dengan GA n contest..eh sekarang dah jarang ek orang nak buat GA..kalo haku buat,korang layan tak?bagi belacan seketul dua..ops!well,memang sawan yang ni perlu kot masa awal berblog..yela,time join segmen ni la orang berkoyan-koyan datang ke blog..so haku tanpa segan silu join la a few segmens (main taram je tambah "s" walopon ejaannya dalam bm) yang mana mengakibatkan jumlah follower naik mendadak..tambah-tambah lagi segmen Pokcik Ben buat..mau kena buat sujud syukur sebab follower naik mendadak..entry haku Pokcik Ben pernah pilih up dalam entry dia tau..ko hado?


4# Sawan Reader

Ok,sawan ini datang bersama-sama unsur riak kuasa doblas..mana tak nya,haku bagi satu entry..berkepuk orang komen..up entry lagi,berkepuk masuk komen..up lagi,berkepuk lagi..eh brape kali nak ulang??itu belum lagi yang sumbat blog haku dalam bloglist dorang..uih glemer uols!di zaman ni,follower memang tak dikisahkan sangat,yang penting tuan dan puan readers sekalian..betapa diri ni terasa dihargai dan disayangi oleh tuan dan puan bloggers yang lain dan semangat pembloggeran itu meletup-letup disegenap nadiku..mahu muntah baca ini?silakan...


5# Sawan Idea

Cuba korang rerajinkan klik entry-entry di zaman silam..kalo taknak cari entry zaman jahiliah dulu pon takpe sebab tujuan haku nak korang baca entry lama ialah nak menunjukkan betapa haku di zaman silam tak pernah kering dari idea..sebab tak kering idea la yang selalu merepek dan melucah tak ketahuan tu..kalo korang bace entry-entry pada suatu ketika itu,pasti korang akan terkagum sendiri dengan penulisan yang panjang membunuh itu..entah korang bace ke tak kalo panjang-panjang cenggitu kan?tentu baca intro then komen je kan?kan?kan?kahkahkah sesaje nak berprasangka buruk..


Tapi,itu dulu
Itu suatu ketika dulu
Kerana,hadirnya waktu
Dan masa pon pantas berlalu


Maka, sawan entry sudah terubat..entry sekali seminggu pon dah nasib baik ada..kalo tak kompem-kompem kat bloglist yang sumbat blog saya dalam blog saya ni akan tertulis "2 weeks ago" or more

Maka, sawan follower sudah terubat..follower nak bertambah hamboi kemain susah lagi..sangkaku benda paling lembab kat dunia ni adalah berukben celcom (maaf termengutuk) tapi rupanye kenaikan follower lagi la lembab

Maka, sawan segmen sudah terubat..takde dah nak beriya join segmen kemende..tapi kekadang kalo dah takde idea tapi nafsu nak wat entry meluap-luap,terjoin la gak segmen Pokcik Ben

Maka, sawan reader sudah terubat..sesi blogwalking pon dah terpaksa dikurangkan berikutan kekangan masa yang terlampau..so kalo dah tak beriya baca blog orang,potensi blog dibaca pon dah kurang

Maka, sawan idea sudah terubat..idea makin kurang day by day sejajar dengan umo yang dah tak berape nak semenggah sangat..urat saraf dah banyak putus barangkalidarabbahagi




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : fuhhh..akhirnya panjang gak entry saya hikhik

3 Responses to “Sawan Si Blogger”

  1. Azzah says:

    panjang bebeno..jenuh gak nak cari info dicelah2 ayat blogger masa skarang ni..

    apapun hapdet seminggu sekali pun ok..kan kita dah otai.:p

  2. Ca Ezah says:

    setakat ni sawan entry aku xde lagi..mmg sokmo xde idea..hahah

  3. Hahaha...Silent reader. Congrats Suha...