Penyetlah ko!!!


.

Assalamualaikum

Cerita I


Erk marah ke?


Hikhik mana ada..kan tengah sengih ni (^_^)

Tapi entry tu??


Saya cakap pasal Nasi Ayam Penyet la ~ngee

Ekceli tadi kuar berjemaah ngan kengkawan, 6 orang semuanya..gi serang restoran nasi ayam penyet ape tah kat Giant, Nilai..dah ketagih kot..sedap melampau tapi kat Central Market yang saya makan dulu lagi best..sesaje je pergi since kitorang pon dah nak cuti sem, konon nak mengabdikan kenangan bersama..okeh dah terpoyo (^_^)


Cerita II

Pepagi tadi idea penuh di minda dan tercetuslah Thought Friday..macam nak jadikan fenomena dan dah try iklankan ke seluruh pelusuk dunia blog..ramai yang tinggal komen, cakap setuju ngan idea tu dan menyifatkan ianya sebagai satu pembaharuan yang baik..tapi mungkin kerana saya bukan blogger glamer, apetah lagi hebat so idea saya dipandang sepi..saya terlupa yang saya takkan berjaya mencipta fenomena kerana saya hanya blogger picisan..sungguh saya terlupa..hanya sorang je selain saya yang join gak Thought Friday, itupon kerana dia blogger yang paling rapat dengan saya..bukan saya mahu mencipta nama, tapi saya rasa idea tu boleh menjadikan kita berkongsi sesuatu dengan orang lain, bukan hanya cerita personal kita sahaja..tapi takpelah, mungkin bila saya terus mencuba, benda cenggini akan diterima (^_^)


Notes : 

Wordless Wednesday dari Barat lebih menjadi kebanggaan kita berbanding idea Thought Friday yang saya cetuskan hanya untuk kita sama-sama menghayati Islam

Jika ada bloggers yang juga membuat entry berkenaan dengan Thought Friday, sila tinggalkan link di komen ni ye..nak baca yang korang punya


Pautan :


#Thoughtful Friday

Cerita III

Dunia blog kecoh dengan cerita akak Norma, seorang isteri dan ibu yang menderita kanser..kebanyakan blog mula membuat entry pasal akak Norma..Alhamdulillah, bloggers Mesia masih mempunyai nilai keprihatinan yang tinggi dan mereka yang pernah mengecop bloggers dengan pelbagai gelaran yang buruk itu harus segera menarik balik kata-kata mereka..kita bukan menyalak tidak bertempat kan kawan-kawan?..apapun saya harap akak Norma akan berjaya mengharungi kesakitannya dan semoga masih ada sinar harapan untuk dia sembuh..moga ada insan yang prihatin yang mampu menderma bagi tujuan perubatan..ingat, hari ni kita tolong orang, insyAllah satu masa nanti bila kita susah, akan ada orang tolong kita..


Pautan :



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sedang menunggu Katak ke 444..ada yang spesel untuk anda (^_^)

Thought Friday #1


.

Assalamualaikum


Inikah keghairahan manusia? Jika begitu, dimana letaknya iman?



Entry Berkaitan : Sembang Seks




Apakah yang dimaksudkan dengan Thought Friday?




Katak-katak sekalian, jom cetuskan fenomena Thought Friday!
Princess Katak sudah mulakan, korang bila lagi?





"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : mencari sezarah pahala dalam debuan dosa (^_^)






Thought Friday : A New Trend


.

Assalamualaikum


Inikah keghairahan manusia? Jika begitu, dimana letaknya iman?


Thought Friday #1
=========================================================

Note :

Thought Friday diwujudkan bertujuan supaya bloggers, muslim terutamanya, dapat bertukar-tukar fikiran tentang Islam..samada mahukan gambar sebagai madah bicara ataupon mungkin juga sedikit entry yang menerangkan kembali kegelapan hati dengan potongan hadis atau terjemahan Quran, ianya bergantung kepada kreativiti bloggers..tiada kekangan, memandangkan ianya sekadar perkongsian..blog juga boleh di jadikan medan dakwah, am i right?

Jika sebelum ini kita bermegah dengan Wordless Wednesday dan yang terbaru Spontaneous Thursday, jadi apa kata kita bermain kata pula dengan Thought Friday?Jadikan ini fenomena, ikhlaskan hati dengan segala info dan insyAllah bekalan akhirat itu pasti bertambah (^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : Cik Suha sudah mulakan langkah, katak-katak sekalian bagaimana?


Sejuknya malam ni..jom sembang seks


.

Assalamualaikum


Eh da malam la..sejuk plak sebab siang tadi hujan and mendung je..hmmm jap lagi dah nak kena tido kan?jangan mimpi basah dahla..karang kena mandi wajib lak..alang-alang dah sejuk ni, jom kita sembang sex, leh la rasa hangat-hangat sikit..ala taknak ke?pelis jangan malu..sembang sex la best..sembang je pon, bukan buat betol..boleh la..jom!

"Pake bra saiz ape?"
"Pake bra ke tak?"
"Nak tengok batang tak?"
"Pernah onani tak?"
"Breast kecik ke besar?"

Sampah!serius sampah campur bangkai!kalo nak tau, itu la topik budak-budak muda chatting zaman sekarang..memula stat sembang lagi dah tanya soalan-soalan cenggitu kalo tau korang pompuan or id yang korang guna tu memang melambangkan keperempuanan..dan sah-sah la yang bertanya tu laki..benci gila, macam takde benda lain yang nak disembangkan, dahla melayu..kalo melayu, kompem la Islam kan?

Saya suka chatting..dari dulu sampai la ke tahap dah tua ganyut ni..chatting adalah hobi tapi sejak kebelakangan ni, budak-budak tak tau agama tu menggunakan chatting sebagai medan melepaskan nafsu..alasan dorang senang je "Ala, kita bukan jumpa pon" or "Kita webcam, takyah tunjuk muka, tunjuk barang je" and satu lagi "Sembang je pon, bukan buat ape..I kat luar bukan cenggini"..damn kan?sangat damn!damn 15 ratus kali!

Mula-mula terasa nak menyalahkan lelaki 100% tapi kalo ikut logik, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..maksudnya kat sini kalo tak wujud pompuan yang dah gatal celah kangkang nak berlaki, isu camni takkan timbul..disebabkan ada pompuan melayan la, dorang makin berleluasa..bosan gila kalo masuk chat..dulu chatting adalah hobi tapi sekarang chatting tu macam..tahlah..menci!

Memandangkan saya ni suka chatting, so mari saya kongsikan beberapa tips menghadapi benda-benda cenggini kalo ignore list korang dah penuh..tips ni bagi pompuan je tau..ada ke laki yang di goda oleh chatters pompuan ngan benda-benda cenggitu?takde kan?so lelaki tak perlukan tips..
=========================================================

Situasi 1# Kalo di offer batang

Reply : "I tak layan batang murah..batang murah ni, bangla pon boleh bagi"

=========================================================

Situasi 2# Kalo di tanya bra saiz ape

Reply : U tanya adik U punye la

=========================================================

Situasi 3# Kalo diajak onani bersama

Reply : Ala I jauh, U ajak mak U je la

=========================================================

Kenapa dikaitkan ngan isu keluarga?sebab dorang akan tersentap dan mula rasa marah bila kita kaitkan dengan famili dorang..bila dah mula marah, dorang akan bertindak agresif dan disaat tu korang stopkan chatting..kalo tak marah pon, dorang akan terasa insaf jap..kalo yang terasa insaf ni, makhluk yang kategori baik sket, yang menggedik nak menggatal dalam chatting je padahal kat luar tak

Tapi kalo dorang ajak sembang seks, saya jawab cenggini je :-

Maaflah ye..saya ni Islam, tuhan saya Allah..Allah saya marah sembang benda-benda cenggini..Allah saya maha melihat,mendengar even dalam chatting..saya tak tau awak Islam ke tak tapi saya pasti tuhan mana-mana agama pon marah..maaf sebab saya mention nama tuhan saya 



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : saya terlampau tua kah bila menyifatkan mereka muda?



Wordless "Hari Tanpa Beg Plastik" Wednesday


.

Assalamualaikum


Gambar besar gedabak sebagai tanda wordless wednesday

=========================================================

Sekarang dah masuk phase laen, talkative wednesday lak..bijak tak?bijak tak?hehe hakikatnya saya malas nak melayan Wordless Wednesday tu..kakak tua ni kan hobinya suka membebel, so takde maknanya nak Wordless Wednesday bagai..tapi bagus ape?orang laen sibok bagai buat benda Wordless Wednesday tu, saya dengan bangganya membebel..terus jadi blog yang tetiba je mendapat ramai pembaca..yela,dah kalo pergi blog orang laen korang dapat tengok gambar je kan?naluri membaca korang mesti dah gersang habis..bijak tak?bijak tak?erk apekah??

Hari Tanpa Beg Plastik
(tetap nak merapu pasal ni gak walopon bukan hari Sabtu)

Kalo dulu, hari paling heaven nak gi shopping ialah hari Sabtu..right?sebab kalo pergi hari Ahad, cam malas sikit pasal Isnin dah nak kena gi sekolah..tapi tu dulu la, masa kerajaan Malaysia tak prihatin sangat dengan isu ni..sekarang lak kalo gi shopping hari sabtu, masa nak bayar barang tu mesti sumpah diri-sendiri sambil cakap damn 50 belas kali sebab terkeluar shopping di hari sabtu..takde beg plastik tu der..

Cuma yang saya konpius, adakah ia sebenarnya Hari Tanpa Beg Plastik ataupun Hari Beg Plastik Berbayar 20sen?cecite cecite..setakat ni yang saya pergi, kedai buku Popular je betol-betol tak sediakan beg plastik (berat kot bawak novel aritu)..adakah ini isu lapuk?peduli hape lalala




"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : patot wujudkan Hari Tanpa Peperiksaan tok selamatkan pokok (^_^)