Bohsia Diperlukan Segera!


.

Assalamualaikum


Aunty, saya bukan bohsia la!
Eh budak, saya kakak la..bukan aunty =..=


Saya ni dah tua sangat ke?umo sekadar nombor lalala..walo brape pon umo anda,potensi untuk jadi bohsia tu tetap ada..haaa nak jadi bohsia tak?nak?nak?nak tak?adeih,perlu ke tanya berkali-kali cenggini?

Ceritanya berlaku kt fesbuk..ada sorang mamat tu create album bohsia murahan..dalam album tu semua gambar pompuan..haruslah gambar pompuan kan?dah namanya pon bohsia..tapi gambar tu ok je cuma ada la beberapa gambar yang hot sket..yang saya perasan dan yang dikecohkan ialah gambar sorang pompuan pake tudung tapi selak baju tunjuk breast..ok ni adalah ape yang berlaku..

So terkecohla kat fesbuk,jangan add or approve mamat ni kerana dikhuatiri gambar kita akan diupload dalam album bohsia murahan tu..eh gambar korang ada termasuk gak ke?gambar saya?ntah tak sure..kalo ada pon ok ape,terus dapat title bohsia..aku suke..hahahaha..gampangkah diri ini?

Ok itu basic story la..

Reason mamat tu wat gitu?

1# Mungkin dia anti pompuan even pompuan tu comel macam saya
2# Mungkin dia kena hack ngan orang yang tak suka dia
3# Mungkin itu bukan fb dia pon tapi saje orang letak gambar dia

See,semua MUNGKIN kan?sebab kita tak tau pon apa yang sebenarnya berlaku..kita tak kenal dia,kita tak pernah kawan ngan dia dan kita tak tau apape pon pasal dia melainkan dia ada album Bohsia Murahan dalam fb dia..ok jelas kan?

Tapi apa yang kita buat?

Kita share gambar pompuan yang nampak breast tu dalam fb kita,dalam blog kita..yang mana mendatangkan berjuta komen dan ada ke gambar tu menerima pujian?ada ke orang cakap "Eh awak nampak sopan la" "Inilah contoh yang baik tok pompuan muslim"?takde kan?sume mengeji pompuan tu dan kita adalah salah sorang yang menjadikan orang mengutuk pompuan tu..mula-mula tak ramai yang tahu tapi bila kita share,kawan-kawan fb kita sume tahu dan orang mula mengutuk..see nampak kan camne kita menyumbang ke arah traffic dosa kering?

Kita share pasal mamat tu..kita kutuk kaw-kaw dalam fb dan blog kita..macam-macam kita keji dia dan ajak member-member yang lain mengeji dan mengutuk sama..mana la ada yang puji kan?ada takde pon yang cakap gini "B**i la askar ni!"..eh saya pon kutuk dia ek?eh bukan,bukan..itu contoh je..so kita bertindak sebagai penyebar dengan bagi link fb dia dan kutuk dia dalam blog yang mana 1 dunia leh baca,pastu kutukan tu plak mendatangkan hangin pada pembaca blog korang dan dorang pon turut sama berkutukan di blog korang..nampak tak traffic dosa kering tu datang lagi?

Itu yang kita buat..mari saya jelaskan lagi kenapa saya macam baik je,tak kutuk dia tapi dalam masa yang sama tak bekap dia..

Sebab utama saya tak kenal dia..saya tak tau ape sebenarnya yang berlaku..samada memang dia betol-betol create album tu ataupon just kena hack..memandangkan saya tak tahu kebenarannya,maka saya mengambil langkah untuk mendiamkan diri..saya diam-diam je hide story pasal dia dan gambar pompuan yang nampak breast yang di share oleh kawan-kawan fb saya..itu lebih baik kan?

Ramai yang cakap,nak selamatkan agama yang makin rosak,pastu mengeji mengutuk..oh itu tanda korang ada agama yang bagus lah?yang free hair lak dok kutuk pompuan tu,cakap orang pakai tudung pon jahat gak,tunjuk breast..apakata,andaikan rambut korang macam breast tu gak la..sama je kan dosanya?pastu ada gak yang cakap,askar memang perangai sial camtu..hehe Alhamdulillah dia dapat keje askar,halal lagi daripada korang yang tak habis-habis nak menyusahkan mak bapak dengan keje penganggur korang tu kan?

Haha serius nampak saya macam bekap dia kan?saya bukan bekap dia pon tapi saya cuma tego perangai korang-korang..nak membenteras yang salah tu memang patut tapi guna lah cara yang betul dan yang paling terpenting,biarlah kita tahu cerita yang sebenar-benarnya dulu..jangan main tembak je..nak jadi wartawan,kena la dapat info yang betol kan?

Entry ni panjang dan serius kan?tapi ni adalah tanda betapa mualnya saya dengan blogger yang tau nak up traffic je..pikir sebelum tulis..jangan dah tulis nanti,ko yang dapat susah dan termalu sendiri..diam bukan bererti kita tak amek peduli tapi dalam diam tu lah kita dapat berfikir dengan waras..



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : cubalah untuk jadi manusia yang tahu berfikir dengan logik (^_^)

16 Responses to “Bohsia Diperlukan Segera!”

  1. Azzah says:

    he..he..gambar tak senonoh tak de dalam blog azzah,gambar kartun banyakla..:)

  2. rasanya bohsia murahan tu dah diremoved. rmai yg report

  3. fany wany says:

    facebook semakin bahaya :((

  4. yeayeaaa.. setuju ngan cik suha...mgkin org tu kna hack kta tatau kan...




    p/s;sape yg ckp askar cenggitu sebab jeles...

  5. melampau la diaorg ni....tp betoi la kdg2 tu pic tu bukan tuan empunya profile pun publish..ntah di spam dari mana tah...haish

  6. Kazen says:

    macam2 org arini...so kite kene lebih bhati2 ... gmbar pun leh d salah guna kan :)

    Entri terkini | Apa itu dofollow blog?

  7. M Fizan says:

    hehe..huraian akak memang best..insaf2.. baik, tak share dah aib orang..

  8. as salam..
    pakcik sokong. tapi berfikir positif itu lebih baik. huhu..

    erk. memang agak panjang entri ni. tapi bukan penyebab untuk pakcik malas membaca

    =p

    p/s: ada blogger yang up trafik guna tajuk macam ni ke? habaq mai nak tengok sat. bako~ ิฟาน%

  9. suha says:

    @Azzah
    hehe katun sis cumil (^_^)

  10. suha says:

    @Aishah Jahirah(cik aisha)
    yg penting jgn nak sebarkan aib org (^_^)

  11. suha says:

    @M Fizan
    bagus adik akak ni (^_^)