Thoughtful Friday #Sebelum Azan


.

Assalamualaikum


Benarkan Hanya Azan di Pembesar Suara

Prof. Madya Mohd Asri Zainul Abidin
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM, & bekas Mufti Perlis
(Disunting untuk tujuan ringkasan )
2011/1/15

Ramai orang bukan Islam keliru antara azan & bacaan-bacaan menerusi corong pembesar suara sehingga menyangka ia adalah azan yang disuruh oleh Islam lalu bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama sedangkan azan tidak lebih dari lima minit.

1. Hanya AZAN yang disyariatkan untuk diangkat suara

Selain itu, tiada nas menyuruh kita menguat suara hingga mengganggu ketenteraman awam malah ditegah islam. Ketenteraman awam wajib dipelihara melainkan yang diizinkan syarak.

Bacaan al-Quran & zikir adalah baik tapi orang lain tidak boleh dipaksa mendengarnya. Mungkin ada yang ingin membacanya sendiri, yang sakit, bayi tidur, tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam & lain-lain.

Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

"Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf, baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan Nabi sedang berada di tempat ibadahnya. Lalu baginda mengangkat langsir & bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini:

"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).”

Jika mengangkat suara di dalam masjid sehingga mengganggu konsentrasi jamaah masjid dilarang, apa lagi menggunakan melalui pembesar suara hingga menggangu mereka di luar masjid.


2. Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

"Mereka itu jika menyakiti orang-orang di sekeliling mereka, mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi ada yang telah solat, perlu tidur & berehat, mungkin dia sakit & terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula & anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

"Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang penduduknya berbilang agama yang seperti Malaysia?


3. Tipu daya iblis

Ulama silam Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) berkata:

"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur-adukkan azan dengan peringatan, tasbih & nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan & nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara tinggi lalu menghalang orang tidur & mengganggu bacaan orang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama di zaman tiada pembesar suara. Bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?


"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : titipan dari seorang sahabat (^_^)

12 Responses to “Thoughtful Friday #Sebelum Azan”

  1. suha says:

    @Eera Shera
    sekadar tok info bersama (^_^)

  2. Freaky says:

    menarik info yang dikongsi dan sangat bermanfaat

  3. Waqheh says:

    gua dah baca info ni..tq sebab gua dpt baca sekali lg..

  4. suha says:

    @Waqheh
    dh baca berkali2,kompem tak lupe(^_^)

  5. gedek! says:

    setuju dengan dr. maza

  6. M Fizan says:

    emm..nice topic akak..betul jugak.....