Disaat mulai klimaks


.

Assalamualaikum


Terus je teringat entry Mr. Freaky : Tajuk kucing, entry lembu

Pastu nanti Mr. Rozami akan menkomen seraya berkata "Tajuk nak hot je"

Tapi Princess Katak senyum bersahaja


Ya, ini pengakuan berani-mati-hambek-ko-kena-kutuk..saya sedang klimaks dan sedang menikmati saat-saat klimaks..saya tahu saya klimaks terlalu awal sedangkan bagi orang lain, ini baru je nak terasa ghairah dan tidak perlu kepada klimaks lagi..tapi manusia itu berbeza kan?ada rasa yang tersendiri..dan saya bangga untuk mengatakan saya sudah pon klimaks 

Kenapa saya klimaks awal?

Ini satu yang korang harus faham betul-betul..saya klimaks terlalu awal kerana saya tidak terlalu merangsang dan saya hanya biarkan diri saya dirangsang..mungkin klimaks awal akan mendorong perasaan ketidakpuasan tapi ianya bukan jaminan bahawa klimaks lambat akan memuaskan

Bagaimana saya tahu tentang puas?

Puas bagi setiap orang itu berbeza dan hanya kita yang mampu menilai diri kita..ada yang berusaha untuk merangsang tapi kepuasannya tetap zero dan ada yang dirangsang seperti saya dan kepuasannya adalah di tahap maksima..kita yang mengawal kenikmatan itu sebab kita yang mengawal permainan

Or in other words :

Saya tak ping blog saya kat merata tempat seperti korang-korang yang saya sayang-sayang..blog dan fb bagi saya adalah dua dunia yang berlainan..ping blog kat fb adalah merangsang tapi saya tidak melakukannya..saya hanya dirangsang..dirangsang disini membawa maksud, blog saya dijejaki melalui bloglist bloggers lain..perkara ini saya dapat tahu melalui rujukan pautan yang diberikan oleh Nuffnang..

Jadi kenapa saya berasa begitu puas?padahal followers saya belum cecah 1000, komen belum ratusan?ini kerana saya tahu setakat mana usaha saya..di awal pembabitan saya dalam blog, saya memperkenalkan diri saya kepada bloggers lain melalui penyertaan segmen..lama-kelamaan saya mulai kurang menyertai segmen dan lebih menumpukan pemfokusan identiti..saya cuba mencari identiti sendiri walopon sebenarnya ianya bukanlah terlalu beridentiti..bunyi je cam havoc bagai

Alhamdulillah, blog Princess Katak ini mula diterima ramai dan mulai kelihatan di bloglist blogger lain yang saya kira mereka lebih hebat dari saya..terima kasih kerana meletakkan saya di blog korang walopon blog saya hanya blog picisan..perbuatan korang membuatkan saya terharu juga terangsang, lantas klimaks..terlalu awal kan untuk merasai perasaan ini?seperti saya katakan kita berbeza..

Manis yang saya rasa sepanjang berblog :

1# Blog pertama yang menjadikan saya blog pertama di bloglist : Nazif

2# Bro Ben memilih entry saya : Lelaki yang tidak menaikkan nafsu

3# Followers meningkat dengan mendadak hasil tempias Bro Ben

4# Entry paling mendapat sambutan : Sembang Seks

5# Saya mula berada di bloglist beberapa blog bloggers hebat


Saya di blog mereka :



Kenapa saya poyo sebegini rupa?

Ini adalah pengabdian kata-kata dan perasaan terharu serta kesyukuran saya..saya sedar saya tidak se gah blogger yang lain tapi percayalah saya sentiasa cube menapak ke hadapan, bukan untuk menyaingi mereka tetapi supaya ada yang sedar tentang kehadiran saya dalam dunia blogging ini, walaupun hanya seorang

Dan disaat mulai klimaks, saya terpaksa berundur seketika dari permainan ini..bukan bermaksud mahu mengucapkan selamat tinggal tapi suatu masa nanti saya akan kembali..tiada siapa yang dapat meramal masa hadapan..saya akan mulai berehat bermula 8 Julai dan kembali menyemak di blog pada 12 September

Mungkin juga saya akan mempublish entry dalam tempoh tersebut dan seperti yang saya katakan, saya tidak mampu meramal malah tidak mahu berjanji..saya akan merindui segalanya yang pernah saya rasai dan nikmati, kepuasan yang tiada tolak bandingnya..sungguh, saya rasa blog sangat menyeronokkan..dengan baki masa yang cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya akan cuba untuk berblog tapi mungkin ada sedikit kekangan final exam..apepon, saya akan cuba yang terbaik


Notes klimaks :

Kalo ada yang menglistkan saya di dalam bloglist tapi tidak saya sebut namanya dalam entry ini, sila nyatakan dalam komen..anda perlu berbangga.. 
(^_^)



"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : terima kasih kerana tidak menguap semasa membaca (^_^)

36 Responses to “Disaat mulai klimaks”

  1. Luqeem™ says:

    hehe. tq sebab listkn sy :)

    og fnal exam eh? wish u all the best!

  2. iPai says:

    wah .. kenapa ..? kenapa ??

    saya baru je nak stat baca ...

    lamanya hilang ..

  3. Shila says:

    cik suhaaaa...

    xlama lagi bertambah2 glamor laa yuuuu...

    weewit..!!

  4. lamanya cik suha menghilang pasni ...

    rindu laa 6t nak godek2 kat sini bace ntry.. huhu

  5. pasni jrgla terima komen ag kan..

  6. cik suha,
    saya klimaks everytime followers meningkat...heee...

  7. kAmu tak poyo lah!

  8. lamanya menghilang cik suha... haha entri ni sangat lawak dan best dibaca. haha adoii

  9. Azzah says:

    cik suha baru jer kat bloglist saya.rasa berbaloi masukkan cik suha kat situ..bangga dak?

  10. suha says:

    @Luq At Your Words™
    awk menglistkan cik suha, so cik suha menglistkan awk (^_^)


    tq 4 de wish

  11. suha says:

    @iPai
    kenapa?kenapa bru nk baca?hehehe


    (^_^)

  12. suha says:

    @missSenget
    adeih..glamor tu ape?kueh ke?(^_^)

  13. suha says:

    @CikMiMiey
    saje nk soh korang rndu bertubi-tubi (^_^)

  14. suha says:

    @gedek!
    hehehe tenkiu uncle (^_^)

  15. suha says:

    @Freaky
    entry ni serius!



    hahahahaha (^_^)

  16. suha says:

    @Azzah
    cik suha bangga bertubi-tubi smpai lubang hidung dh xleh nk kempis ~ngee (^_^)

  17. waaahh. entryy. suka yang ni. macam penghargaan plak kat blogger lain. nice cik suha :)

  18. suha says:

    @Myra Arshad (:
    hehe cik suha menghargai sume org di sekeliling cik suha (^_^)

  19. Unknown says:

    nak kemana pulak menghilang tu...baru nak berkenalan...

  20. suha says:

    @Khairil
    hehe cik suha cuti sem la (^_^)
    kat umah xleh nk online

  21. ooo cuti sem ingat nak g perhimpunan clean... td 9 Julai...tp gaya penulisan suha amat saya suke...;)

  22. bestlah suha nie... hihihihi

  23. Unknown says:

    ben tu memang punca trafik betul.. nk kalahkn dia satu hari nanti

    jom try ni :D
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/grapevine-saya-budak-hingusan.html

  24. Anonymous says:

    hmm.. nak komen apa ya

    oh ya. aku dah tgk mcm2 blogger naik dr bawah sampai atas lalu ada yang digelar retis...

    kalau ko berjaya sampai atas... kat atas tu lg 'terkongkong' sebenarnya. hehe

  25. suha says:

    @harrazdani
    cik suha tak mahu melibatkan diri dlm politik..mahu jd behind de scene je (^_^)


    erk terima kasih krna menyukai

  26. suha says:

    @saiazuan
    haha semoga berjaya (^_^)

  27. suha says:

    @Kapten Atok
    cik suha tak pernah mahu ke atas, cukuplah sekadar memijak rumput di bawah (^_^)

  28. kah!!!! klimaks awal!!kahkahkah! kahkahkah! ok.tak kelaka klimaks awal.serius spoil. :(

  29. suha says:

    @Headmaster
    haha second round maybe?
    tapi kena tggu bulan september (^_^)

  30. Unknown says:

    pearghhhhhhhh orang glemerrr..femes emes lah kaw..lepas tuh boleh lah promot aku pulak..<--- sadis betol ayat..hakhakhakhak

  31. suha says:

    @♥ ..cik jenab a.k.a fieza ..♥
    erk glemer tang mana tu?takde maknanya (^_^)

    promot?ko dah ade kat bloglist aku syg..kalo nak aku tempek name ko kat entry,insyAllah boleh..

    tu pon kalo ade orang baca entry aku haha