Artis Terkenal Jual Ikan???


.

Assalamualaikum


Katak yang bekerja sebagai fishmonger 


(gambar yang langsung tiada kaitan dengan isi kandungan entry)

Aktiviti self-audit (muhasabah diri) ini adalah satu aktiviti yang bagus bertujuan untuk mengenalpasti segala kelebihan dan kekurangan diri dan dalam pada masa yang sama, meningkatkan kelebihan serta memperbaiki segala kekurangan yang didapati dalam diri individu. Borang self-audit yang disediakan adalah ringkas namun hakikatnya, ia sangat sukar untuk di isi memandangkan ianya memerlukan tahap kejujuran yang tinggi.

Aktiviti ini sangat menguji dan banyak memberi kebaikan kepada saya. Ini kerana secara tidak langsung saya dapat menilai diri saya dan terbukti di sini bahawa dalam kehidupan, saya lebih banyak melakukan amalan yang wajib berbanding amalan sunat. Sepanjang tempoh memuhasabah diri ini, saya mulai sedar bahawa saya hanya menitikberatkan amalan-amalan yang wajib sahaja.

Saya menganggap aktiviti ini sebagai satu hikmah yang mana telah memberikan kesedaran kepada saya tentang kekurangan dalam hidup saya selama ini. Dimana kekurangan ini juga merupakan satu punca tekanan berlaku dan Alhamdulillah saya mulai dapat mengawal tekanan itu.

Saya berpendapat bahawa aktiviti ini patut diteruskan dan dipraktikkan setiap hari sehingga setiap amalan sunat yang disenaraikan mulai menjadi satu kewajipan untuk ditunaikan oleh diri saya sendiri. Saya juga akan mencuba untuk sentiasa memuhasah diri bagi memperbaiki segala kelemahan diri yang ada.

(kandungan entry yang langsung tiada kena-mengena ngan tajuk)

Notes Ikan : ekceli,ni reflection paper yang saya kena wat..tapi yang susahnya,tiap kali nak wat mesti asek terbukak blog..sudahnya saya type je kat blog..setel keje..patutnya in english tapi madam tu bagi optional,in bahasa pon boleh..so i chosed de optional (^_^)


"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : sudah lama membawa diri,sudah jauh kaki melangkah..namun di saat nadi berdenyut,kenapa dia masih di hati?

8 Responses to “Artis Terkenal Jual Ikan???”

  1. nak komen tak berkenaan dengan entry...

    gambar atas tu... Owh... Apakah?

  2. Bigdaddyz says:

    p/s ...tu bahaya nya...:)

  3. M Fizan says:

    haha..tajuk sekali lagi memancing ikan..

    p usik s :: itulah CINTA.. kenapa dinafikan?

  4. suha says:

    @Bigdaddyz
    hehehe besela..ati susah dimengerti (^_^)

  5. suha says:

    @M Fizan
    sebab cinta itu tak semestinya dimiliki (^_^)