Perbuatan Keji Saya


.

Assalamualaikum


So adorable..geram gile nak kiss katak neh!!!

Mukadimahnya ialah nape pic yang diletak tak sekata ngan tajuk entry?kenapa?mengapa?bagaimana?selepas itu barulah tersedar,oh ini salah saya sendiri rupanya..so tak perlu nak tanya readers kan?tapi takpela,korang baca je la mukadimah ni..dah malas nak backspace..saya memang keji kan dengan mengeluarkan mukadimah cenggini .sigh.

Warning : Entry mungkin menyampahkan sebab ianya terlalu peribadi!

Ok fine,perlu ke nak kena warning bagai?Dalam entry ni,saya dengan tanpa segan-silu nak memperlihatkan kekejian saya yang memang wajib mendapat kutukan juga cemuhan serta komplenan(bahasa damn gile) dari kawan-kawan saya..haa bukan mudah nak mengakui kekejian diri..betapa kudusnya diri ini .double sigh.


Kekejian 1 # Pakai tudung langsung tak match ngan baju

Keji tak?keji tak?sesungguhnya saya langsung tak pernah peduli ngan perasaan baju kurung saya..walopon saya tahu beliau merintih sengsara kerana saya sering memperjodohkan beliau dengan tudung kaler yang tak berapa nak match sangatlah tapi saya hanya membutatulipekakkan mata hati saya..lantak ko la,asal aku tak free hair,itu pon dah cukup tau! .grrrr.


Kekejian 2 # Pakai stokin kartun di saat usia Jubli Perak

Percayalah,saat masuk ke dalam surau,nescaya 90% mata akan terarah kepada kaki saya..lantaran itu,kaki saya terus tersipu-sipu malu sambil menguis-nguis lantai dengan penuh kesayuan..mungkin di kala itu beliau terpikir,kenapakah tuan kaki langsung tidak mahu menjadi sedikit matang..ape salahnya jika beliau disarungkan dengan stokin yang sepatutnya iaitu stokin kaler cekelat yang mampu menunjukkan sedikit kedewasaan encik kaki..eh beliau encik kah? .smile.


Kekejian 3 # Beg sandang pilihan hati

Sungguh,encik telinga sudah terbiasa menerima saranan,perlian,kejian supaya beg sandang yang megah di bawa sehingga kini ditukar dengan beg pompuan yang besar gedabak yang juga dipanggil beg doremon itu..erk doremon pon takde beg ala-ala gitu kot..atau mungkin apa yang dimaksudkan itu adalah poket doremon..ok dah paham tapi malas nak padam ayat yang tersalah kenyataan itu..saya masih mahu setia bersama beg sandang itu walopon saya akan kawen mase stadi .double smile.


Kekejian 4 # Kad matrik sentiasa bergantungan

Kalo saya berteman rapat dengan makgad,pakgad unibersiti,haruslah saya menjadi kebanggaan mereka lantas mereka akan membelanjai saya setiap hari lantaran saya dengan kad matrik boleh diumpamakan sebagai isi dengan kuku,seluar dengan dalam dan suha dengan cantik kerana tidak dapat langsung dipisahkan..perkataan-perkataan yang saya nyatakan juga tidak boleh dipisahkan,rite?walopon saya adalah senior dan kawan-kawan saya akan berkata "lu ape barang pake kad matrik,der!" saya tetap bertabah .sigh.


Kekejian 5 # Kasut sporty

Kalo tadi stokin,lani kasut plak..encik kaki adalah anggota badan yang terpaling sengsara kan?tabahnya beliau melayan perangai tak berapa nak terbetul tuan beliau ini..walopon pemilihan kasut sudah mengalami sedikit perubahan berbanding dahulu tapi sebenarnya takde la nak berubah sangat pon..saya dah bertahun pegi kelas pakai kasut sporty..ianya sangat ohsem..kenapa?kerana di kaki ku ada kasut sporty..ok,memang takde kaitan .double sigh.

Sila la mengeji saya sekarang dek kerana kekejian yang dah sedia mengeji dan terkeji dalam diri saya yang keji..tapi peduli hape,walo dan berpuluh orang membisikkan kata-kata yang bisa meruntun hati saya tapi ada saya kesah?haha i am who i am..phewiit omputeh gitu,kelas ko jah!

(patut la ade orang mengeji blog personal,gaya penulisan mencerita hal diri begini sangat menyampah kan?oh kenapa la leh tertype entry camni?dah malas nak padam ok!nak publish terus neh)



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : keji itu same maksudnya dengan cantik kan? .pitam.

16 Responses to “Perbuatan Keji Saya”

  1. kekejian ko tu buat ko comel jek sejak di zaman poli..hek3..x ubah2 upenye... =)

  2. rindunye zaman study kt universiti awam.. sob..sob..sob... jelesssss yg melampau..!

  3. Bro ahmad says:

    tak keji..yang pandang sinis tu jeless hahahaaa lol

  4. lebih kurang la kita kecuali no 1 dan 4..hehe..

    lantak la dorang nak ckp ape. lain la kalo kita x pakai baju ke..haha

  5. emy|farid says:

    hahaha tak keji pon. tu maknanya personaliti ok

  6. nak kata keji kang, bermaksud cantik... nka kata tak keji pun... erm... sangat la kejinya...

  7. Di mata suha nmpk cantik x? Kalo cantik so ok je..

  8. Fay says:

    no 2 tuh fay buat jugak.. haha

  9. suha says:

    @Tukang Karut
    hahaha cik suha cntik kan?(^_^)

  10. suha says:

    @Fay
    yeay!ada gang!(^_^)