Assalamualaikum
InsyAllah,akan ke sini suatu hari nanti..amin..
SALAH FAHAM MENGENAI SYIAR ISLAM:
KEJAHILAN ORANG ISLAM MENYEBABKAN KEBENCIAN TERHADAP ISLAM?
Insiden penggunaan pembesar suara masjid baru-baru ini adalah satu contoh bagaimana kejahilan umat Islam mengenai Islam telah menimbulkan kebencian orang bukan Islam terhadap Islam. Bagi orang bukan Islam yang menyedari hakikat bahawa sifat Islam tidak boleh diukur berdasarkan sikap orangnya, ini mungkin tidak menjadi masalah. Ia mungkin mengkaji Islam sendiri menerusi sumber-sumber sahih: al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya perangai dan tindak-tanduk orang Islam.
Yusuf Islam pernah berkata, “Jika saya melihat sikap umat Islam untuk memahami Islam, mungkin saya masih tidak menjadi seorang Muslim.” Berikut dikemukakan beberapa contoh:
1# Penggunaan pembesar suara untuk bacaan selain azan: Ini adalah ternyata diharamkan. Namun, bagi umat Islam yang tidak mendalami isu ini berdasarkan kacamata Islam tetapi emosi kebangsaan (keMelayuan, umpamanya) atau membabi-buta menganggap bahawa tindak-tanduk “orang-orang terdahulu” adalah betul, penggunaan pembesar suara untuk melaungkan nasyid, ayat-ayat al-Quran, zikir, dan bacaan semasa solat adalah kononnya syiar Islam dan tentangan terhadapnya adalah tentangan terhadap Islam. Ini ternyata amat menjatuhkan imej Islam;
2# Keganasan (terorisme) oleh orang Islam melibatkan pembunuhan nyawa yang tidak berdosa yang tidak menunjukkan tanda-tanda jelas memerangi Islam. Sudah semestinya orang-orang bukan Islam yang memang sudah membenci Islam akan mengambil kesempatan ini untuk memburuk-burukkan lagi Islam walhal yang bersalah ialah umat Islam sendiri;
3# Serangan segelintir orang Islam terhadap penggunaan kalimah Allah yang kononnya tidak dibenarkan di kalangan orang bukan Islam. Tidak ada nas yang melarang hal ini;
4# Isu babi dan anjing: Segolongan orang Islam menjadi terlalu fobia dengan babi dan anjing malah “obsessive” dengan amalan menyamak apa saja yang tersentuh dengan mana-mana bahagiannya tanpa dalil sahih tindakan tersebut. Hal ini sudah tentu bukan saja menimbulkan bukan saja anggapan bahawa Islam itu adalah agama yang rumit malah mungkin menjadi bahan ketawa!;
5# Kahwin paksa: Anak perempuan berhak menentukan bakal suaminya. Malangnya, ramai ibubapa memaksa anak-anak perempuannya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka. Ia mungkin tidak lagi dianggap sebagai amalan Islam tapi masih berleluasa di kalangan kita.
Banyak contoh-contoh yang tidak perlu dinyatakan di sini bagaimana ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana tertawan dengan sikap orang-orang Islam yang patuh kepada ajaran Islam yang sebenar. Realitinya ialah jangankan orang bukan Islam jahil terhadap Islam, ramai orang Islam sendiri yang tidak memahaminya sehingga berlakulah gejala murtad.
Lebih buruk lagi apabila terdapat orang Islam yang dijelaskan mengenai kesalahfahaman mereka menerusi dalil al-Quran dan as-Sunnah meragui atau menolak dalil tersebut tetapi menafsirkannya tanpa ilmu yang sahih.
Syiar islam bukanlah melaungkan ayat al-Quran menerusi pembesar suara agar didengari di seluruh kampung dan bandar pada 5 pagi, berarak sempena hari jadi Nabi, atau menyamak badan apabila terkena mana-mana bahagian babi atau anjing. Syiar Islam ialah pengamalan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : titipan dari Penghuni Hati (^_^)
"(^.-)"
nice sharing :)
smoga kita lebih memahami Islam :)
@Niena Pengembara Ilahi
(^_^)
aku suka betul baca Penghuni hati ni...
@azam
erk haha (^_^)
@Atiqah Wadiah
insyAllah..islam itu agama yg syumul (^_^)
@Tukang Karut
uik penghuni hati yg mana tu?(^_^)
sokong..p
the best lah kak suha....1st entry kot yg sy dpt baca dgn penuh serius...salu nye, hancus....hahahahha ( gelak jahat )....
@Bro ahmad
Alhamdulillah (^_^)
@munisyhmohd
hahahaha cis!silent reader yg mula bersuare (^_^)
Its a good info. Yg Penting kita ni mestila selalu mencari ilmu dan besederhana dlm sgl hal
@Fitri Senin
sangat setuju..apepon,selamat beramal (^_^)
bagus ni
@Azzah
Alhamdulillah (^_^)