Assignment 2 UBM: Sunnah Nabi di dalam hidup kita


.

‎"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka dia mencintaiku. 
Barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersama-samaku di dalam syurga"



Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya.

Ini lah assignment yang harus di-setel-down-kan oleh mahasiswa/i UBM..hehehe bagus kan esemen ni...boleh diibaratkan macam 3B : berbelog,beramal dan berkongsi ilmu..jadi dengan aktiviti-aktiviti yang cenggini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa blog ni adalah salah satu aktiviti lagha dan membuang masa..ehem3 macam bagi kuliah subuh lak hehe

Sebenarnya terdapat banyak sunnah Nabi saw yang seharusnya diamalkan oleh sekalian umat Islam seantero dunia..tapi saya hanya kupas 3 sahaja(prof nak 3 je kan) iaitu :-


(1)Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)



Tapi yang kita buat :

Bukan setakat terjaga malah stay up sampai ke pagi(dah memenuhi syarat neh)tapi malangnya buka untuk tujuan tahajud melainkan tok update blog,twitter,fesbuk dan chatting..malahan yang lebih teruk kalo stay up sampai ke pagi untuk mengumpat pasal blog cik suha yang tak meriah langsung

=========================================================

(2) Jaga Solat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. 

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Tapi yang kita buat :

Udoh malamnye tido sampe ke pagi,idok la awok boleh bangun pagi kan??nampok benor nipunye kalo cakap leh bangun dalam waktu dhuha tu..itulah pentingnye english edukesyen*tetibe*...so akibat 'tahajud' kite yang melampaui batas di malam hari itu, maka kite dah terlepas tok berusaha ke arah mencari rezeki yakni yang sebenar-benar rezeki kerana sesungguhnye solat sunat dhuha itu adalah pembuka pintu rezeki..rezeki nuffnang pon tak masuk tau (^_^)

=========================================================

(3) Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. 

Firman Allah yang bermaksud :“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)



Tapi yang kita buat :

"Emm bulan neh bil berukben rm78~OMG~..pastu nak kena beli mouse baru neh,dah hancoq leboq sebab asek dok mengkliksana-mengkliksini,beli yang mahal sket ler baru nampak berkaliber..pastu ala baru ingat janji ngan Kak Limah Balik Rumah nak g pc fair,haruslah beli d3100 kan supaya boleh upload pic tak-hengat-dunia kat blog..emm lagi,lagi,ape ek?emm",seorang akak bermonolog di dalam hati.

Tibe-tibe...jeng jeng jeng...

Adik kutip derma : Akak,nak minta derma RM10 untuk buat bangunan asrama anak yatim..moga Allah balas jasa baik akak

Akak yang bermonolog di dalam hati : Erk maaflah dek,akak student lagi..hari-hari makan megi..nanti akak dah keje,akak derma..sekarang akak doakan semoga adik dapat kutip derma yang banyak jek..doa pon dikire sedekah gak kan dik?*tersenyum bagi menunjukkan keyakinan yang jitu kepada kata-kata beliau*

=========================================================


Inilah realiti,inilah hakikat..sunnah yang semakin ditinggalkan dek arus kemajuan..sunnah yang semakin dilupakan kerana kita semakin alpa..dan sunnah yang tidak dipandang sebagai suatu kepentingan lagi kerana kita seakan terlupa bahawa kita kita adalah makhluk yang berTuhan..Allahuakbar!


p/s : sekadar renungan bersama...selamat Berblog,Beramal dan Berkongsi ilmu (^_^)



24 Responses to “Assignment 2 UBM: Sunnah Nabi di dalam hidup kita”

  1. mboi..dia da join dulu... :(

    *kakak poo, aku cdgkan ko wat pop-up la komen nie+jgn letak word verification (nie org yg nasihatkan aku dulu..huk3.. ) :)

  2. suha says:

    haha tah la,aku me hentam jek join...xtau la memenuhi syarat die ke tak..lalalala

    ok,done wif pop-up!tq 4 ur suggstion =)

  3. suha says:

    Tq..sekadar tok renungan bersama =)

  4. aslann says:

    suka dengan huraian cik suha ^^,

  5. suha says:

    tq ye cik aslann...
    sebenarnye dush!dush! kena kat diri sendri hikhik..rerajin la ye berkunjung ke page ni ye cik aslann

  6. nice entry . . :)
    singgah dari UBM :)

  7. suha says:

    tq cik puteri
    (^_^)

  8. UBM says:

    TAHNIAH! entry ini dipilih sebagai entry ke3 terbaik assignment ke2 dari UBM. Check it out!

    http://ubmalaysia.blogspot.com/2011/04/pengumuman-assignment-terbaik-sunnah.html

  9. hana says:

    erm..
    betol2..
    tu mmg realiti kehidupan..
    kene ubah la pasni..=D

  10. suha says:

    @UBM
    erk..saya sangat merapu pon leh jadi yang terbaek?waaaa..tq UBM =)lebiu

  11. suha says:

    @hana
    hehe berubah ke arah kebaikan

  12. pearghhh pooo..hebakkk mu deh..okeii aku jeles..hahhahahha

  13. suha says:

    @♥ ..cik jenab a.k.a fieza ..♥
    hehe sile jeles bebanyak..aku rase aku la paling simple wat..tah ape yg ok pon aku taktau hehehe

  14. tahniah poo..ops..suha..cewah..geli jek panggil suha..nak poo jugak... :P

  15. suha says:

    @♥CiK DuYuNG [Ca]♥
    hahahahahahahaha tq ca..erk geli gak..nak dayang gak haha

  16. yes2! kita jd org kedua nie di dunia blog...kah3..weh, ko tak jawab soalan aku! grr...nie yg nak cepuk nie...

  17. suha says:

    @♥CiK DuYuNG [Ca]♥
    hahaha aku lupe aku takde kedit =p
    actualy aku pon tatau..tp rasenye ikut trafic hehe

  18. tahniah cik suhaaaa !!! heheehe =)