Assalamualaikum w.b.t
Minggu yang memenatkan, ye saya baru sahaja kuar dari zon bizi nak mampos. Emm macam tak yakin jek ngan kata-kata itu, Ok,fine! Actually ade 3 report lagi yang memerlukan kepada pensubmittan yakni 1 report by diz end of this week utk menscarykan lagi or ari Jumaat ni la kan and other 2 reports by next week la and yang paling x menghepikan ialah wujudnye satu lagi presentation pada ari Jumaat next week..Business planning tu der,wa bukan dak bisnes wak cakap lu! Tapi memandangkan itu subjek wajib universiti so nak tak nak or in arabic la budda, i have to take dat subject*nak tunjuk hebat dlm 3 bahase ke der*. Pastu ditambah plak ngan mende coral speaking arabic tu, hadui semacam PM sahaja saya ini ye bizinye. PM lg bizi kot (+_+)
Tak mengapalah kalau bizi kan. Cuma hari ni nak membazirkan sedikit masa terluang ini ngan hapdet belog ini. Actually nothing to say hehehe pastu ape ko nak tulis nk cik suha oi??kataku kepada diri sendiri. Saya sangat penat neh, ari lak ujan tapi saya xsuke tido petang so tahan je la rase ngntok ini. Nak stadi kompem tak masok*alasan*. Sebut pasal stadi ni lagi la rase nak sedih. Setengah purnama saje lagi, saya akan exam. Waa scary gile! Belajau tah hape-hape tetibe nak kena pegi exam. Gimana tu ya??
=========================================================
-iklan berbayar-
::saya nak donlod antivirus tapi sangat memeranjatkan ialah mr.tenet mengatakan pada saya "opening in 38 days"..ko!gile hape nak donlod sebegitu lame..mr.tenet,ko ni sgt sewel kan sampai begitu skali tahap lembab ko!haru tol nak tggu ko donlod smpai sebulan lamanye::
=========================================================
Memandangkan saya dah nak exam, jadi adalah baeknye saya berkongsi cara-cara belajar dengan cemerlang dalam usaha mendapatkan result yang cemerlang juga *cara cakap cam chekgu jek rasenye*
Ni ada beberapa tips yang boleh diikut n dijamin tidak akan membawa kepada kesesatan hakiki
1. Belajar secara berkumpulanBelajar berkumpulan dapat menjadikan kegiatan belajar menjadi lebih mudah kerana pelajar ditemani rakan-rakan yang mungkin lebih memahami sesuatu perkara. Malah, pelajar juga dapat menjadikan ia sebagai satu proses latih tubi dengan membantu rakan yang tidak memahami topik terbabit. 2. Rajin Membuat Catatan Intipati PelajaranBahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di atas kertas atau buku kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar mengingati perkara-perkara penting. 3. Membuat Jadual Waktu Yang BaikAda baiknya pelajar membuat jadual belajar dalam menguruskan waktu agar pelajar tidak bosan dengan apa yang dikerjakan. Sebaiknya, tempoh belajar adalah dari 20 minit ke 40 minit dengan pertukaran mata pelajaran yang berlainan. Boleh juga diselang-selikan dengan kerja atau waktu santai. Apa yang penting, pelajar perlu elakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. 4. Disiplin Dalam BelajarApabila pelajar telah membuat jadual belajar maka ianya harus dijalankan dengan baik. Contohnya seperti belajar menepati waktu dan lakukan serius tidak sambil main-main. Jika waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi. Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum tamat. Bermain dengan rakan-rakan atau game dapat merosakkan mood belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game sebaiknya pilih game yang lebih mendidik dan tidak melalaikan atau mempunyai tahap(level) yang boleh mengakibatkan keseronokan melampau. 5. Menjadi Aktif Bertanya dan DitanyaJika terdapat perkara yang belum jelas, maka tanyakan kepada guru, teman atau orang tua. Jika pelajar bertanya biasanya pelajar akan ingat jawapannya. Jika bertanya, bertanyalah secukupnya dan jangan bersifat menguji orang yang ditanya. Tawarkanlah pada rakan untuk bertanya kepada pelajar hal-hal yang belum mereka fahami. Semakin banyak ditanya maka pelajar dapat semakin ingat dengan jawapan dan apabila pelajar juga tidak tahu jawapan yang benar, maka pelajar dapat membahasnya bersama-sama dengan rakan-rakan. Pengajar garang dan cengil? Itu adalah satu proses dalam mendidik pelajar menjadi lebih berdaya saing. Untuk ilmu, pelajar seharusnya tabah dan jadikan ia satu dorongan kerana pengajar yang garang mahukan yang terbaik untuk pelajarnya. 6. Belajar Dengan Serius dan TekunKetika belajar di kelas dengarkan dan catat apa yang guru sampaikan. Cuba catitkan perkara yang penting kerana kadang kala hal tersebut tidak ada di dalam buku yang mungkin keluar dalam ujian. Ketika ada waktu terluang baca kembali catitan yang telah dibuat tadi dan hafalkan sambil cuba fahami maksudnya. Jika pelajar sudah merasa bersedia dengan suatu pelajaran maka ujilah diri sendiri dengan soalan latih tubi. Setelah itu periksa jawapan dengan kunci jawapan. Pelajari sebab-musabab mengenai soalan yang didapati salah. Ingat, latih tubi akan membiasakan diri para pelajar dengan pelbagai bentuk soalan. 7. Hindari Belajar Hingga Larut MalamJika waktu ujian sudah dekat biasanya pelajar akan panik kerana belum cukup bersedia. Jalan pintas yang sering dilakukan oleh pelajar yang belum bersedia adalah dengan belajar hingga larut malam. Sebaiknya ketika menjelang ujian, pelajar perlu tidur awal kerana jika tidak tidur semalaman akan mengakibatkan pelajar terlewat bangun dan semestinya akan membawa kesan buruk kepada kesihatan. 8. Jujur Dalam Mengerjakan Soalan Dan UjianHindari meniru ketika sedang mengerjakan soalan atau ujian. Meniru merupakan satu kesalahan serius kerana pemahaman yang kurang dalam sesuatu perkara boleh mengakibatkan kecederaan serius pada orang lain. Misalnya seorang pengimpal yang lalai boleh mengakibatkan kimpalan yang tidak kukuh yang mana pada bila-bila masa akan membahayakan pengguna. Tengok, saya sangat jitu dan ikhlas dalam menyampaikan maklumat ini hingga saya sanggup bersusah berpayah menukar warna font kepada warna-warna yang cantik dan terang dan boleh dibaca dengan gembira...except for de last iaitu no delapan. Saya dengan sengaja mencorakkan warnanye dengan tidak begitu terang kerana saya tau ramai yang memandang enteng sahaja saranan itu. Ok baeklah sangat tidak elok untuk bersangka buruk pada orang. I'm sorri (versi Amir raja lawak) *harus ke uol???* Selamat bertabah tok final ye wahai :- |
Post a Comment