Barisan pihak pencadang : Blogger Otai
Barisan pihak pembangkang : Blogger Baru
Juri-muri : Admin UBM
Pakaian : Sesuka hati *erk perlu ke ini?*
Pertama dan selamanya,salam saya hulurkan buat hadirin pembaca dan penskodeng dan pensilent reader belog saya..yang saya kasihi dan teramat sanjungi,barisan otai-otai blogger yang tidak lagi asing di dunia maya,barisan blogger baru yang seangkatan dengan saya serta admin UBM yang sangat gigih membaca,menilai dan mengambil markah entry ini..
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Skodeng Cik Suha antara nampak
Terus saja follow-followan
Menulisnya saya di sini bukan sekadar hanya menaikkan traffic,bukan sekadar menunggu duit nuffnang meningkat dan bukan sekadar mencari follower beriban..tapi adanya saya di debat perdana UBM ini adalah bagi mewakili barisan blogger baru yang baru sahaja pandai merangkak..ya hadirin,hanya pandai merangkak..tapi tidaklah kalo kami setuju jika dikatakan kami perlu mengipas blogger-blogger otai supaya blog kami juga mampu berada di bloglist utama blogger-blogger lain..saya di sini,adalah untuk menyangkal,menepis dan membuang persepsi bahawa perlunya mengipas otai-otai bagi menaikkan traffic blog kami,blogger-blogger yang merangkak ini..
Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari entry turun ke jari
Lihat sahaja tajuk..keperluan mengipas blogger otai di kalangan blogger baru..benarkah?seawal tadi barisan pembangkang pertama telah mengemukakan hujah-hujah dalam entry beliau,menerangkan dengan lebih lanjut mengenai lanjut ape itu blog,ape itu blogger dan ape yang dilakukan oleh seorang blogger..maka saya,selaku wirawati kedua akan menulis dengan lebih lanjut lagi tentang tajuk yang semakin hangat dibincangkan..
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Biar tiada follower beribu
Asal tidak menerima kejian
Kami di barisan pembangkang,membangkang dengan sekeras-kerasnya akan keperluan kipasan terhadap blogger otai demi mempemes amos kan belog sendiri terutamanya bagi kami blogger yang baru belajar merangkak..seperti yang sedia maklum,blog adalah satu bentuk penulisan..maka apa yang menjadi keutamaan disini adalah dari segi penghasilan entry..jika anda dapat mengipas blogger otai sekalipon tapi jika entry anda cam harem,adakah anda akan berjaya mendapat ribuan follower?bagi saya,anda follow saya maka anda sahabat saya..dan walo di dunia realiti sekalipon,sahabat tidak akan datang jika anda menggunakan cara yang keji..jadi daripada anda membuang masa mengipas blogger otai,ade baiknye anda belajar bagaimana mahu menulis entry dengan baik supaya blog anda lebih bermaruah..
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Kipas si otai sikap terkeji
Jika tersedar harus buangkan
Ingin saya tegaskan lagi,sikap mengipas ini walopon telah menjadi trend tapi tidak terbukti lagi keberkesanannya..tiada lagi tercatat rekod dalam dunia blogger,ada nya sorang blogger yang berjaya-maya hasil dari sikap keji beliau mengipas blogger otai..sebaliknya,ia mungkin merimaskan blogger otai tersebut dan juga blogger-blogger len yang selalu skodeng blog beliau dan seterusnya mereka,mereka dan mereka akan meminggirkan anda..jadilah diri anda,kerana itu adalah lebih mulia dan secara tidak langsung akan mengidentitikan blogger baru itu sendiri..
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Walopon nuffnang mampu membayar
Tapi jadilah blogger sejati
Faktor wujudnya ramai kaki kipas ialah kerana adanya sumber pendapatan melalui blog..nah,mereka menjadi begitu tamak..berusaha mempromot dan provok para otai-otaian supaya traffik meningkat,nuffnang pon menaik..tapi harus diingat,rezeki itu datangnya dari Allah..maka buangkanlah sifat tamak,dan jadilah orang yang menyenangkan hati orang sekeliling..jadi jelas di sini,bahawa budaya kipas-mengipas itu tidak perlu..jadilah blogger yang seadanya,kerana dengan menjadi seadanya anda akan ada di hati para blogger laen dan tidak mustahil jika anda juga mampu berdiri sebaris dengan barisan pencadang,iaitu blogger-blogger otai yang saya hormati..
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Dengan ini berakhirlah entry puteri tengah
Jelaslah kami tidak menyokong aktiviti mengipas otai yang ada
Gunung Daik bercabang tiga
Dengan ini berakhirlah entry puteri tengah
Jelaslah kami tidak menyokong aktiviti mengipas otai yang ada
Sekian sahaja dari saya,Cik Suha selaku puteri tengah dari pihak pembangkang..blogger seterusnya akan meneruskan usul..dan menegaskan lagi pendirian kami berhubung isu keperluan mengipas blogger otai di kalangan blogger baru..
p/s : erk ada ke orang debat cenggini?
haha.. ada ke orang buat debat macam ni?
hee, okies, nak komen je tau, jangan amik hati. pantun, hadis and ada guna nama Allah kan tadi. tu sebenarnya tak boleh dalam bahas. hee. tu memang perkara wajib yang tak boleh dilanggar..
and err pantun tu, hee. sebenarnya bukan hurf yang sama bhgian akhir tu, tapi rima yang sama , cuba tengok pantun yang inche vampire and the lady buat..
tapi entry best je! layan.. hee,,not bad huh.. alamak..cam kalah je nanti =,='
@Inche Vampire
hahaha ni namenye debat men hentam sbb seumur hdup xpenah msuk debat n xpenah tau rules debat hehehe
pastu pntun 2 pon lg la hentam..cik suha memg suke hentam2 hehe..
tq tok komentar =) korng punye lg hebat k