Assalamualaikum dan selamat malam
Tadi merayap jap kat FB pastu terjumpa la satu post yang sangat menarik dan lantas terus berkata "Ye,saya akan kongsikan di blog"..poyo sesangat la kan kalo saya berkata sedemikian rupa kan..ok saya tidak mahu membebel panjang*dah panjang pon*..maka ini lah dialognya..enjoy reading =)
..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
p/s : dah tau camne nak cakap kat my future hubby nanti..erk future boyfren pon takde,camne leh ade future hubby lak neh huhu
aku nk amek post ni. hahahaha. jgn marah
@S a y a D a n D i a
hahahahahaha okeh