Bahagia : Satu Nikmat Terindah


.

Assalamualaikum


Bahagia..satu perkataan yang sangat ringkas tapi penuh dengan pengertian..bahagia adalah satu perasaan..bahagia itu lahir dari satu sudut di dalam hati..bahagia akan menzahirkan senyuman..bahagia itu pengubat lara..

Pernah ada yang bertanya,mengapa bahagia sukar digapai?tersenyum diri ini mendengarnya..dan padanya kuterangkan,sesungguhnya bahagia itu adalah pilihan..kita yang harus memilih untuk merasa nikmat bahagia itu kerana hanya kita yang memahami erti sebenar kebahagiaan kita..

Ooo sepenuh hati korang menhayati ayat puitis-muitis itu ye..amacam?kalo Cik Suha tulis novel,market tak?hikhik..maafla ye sebab dah mengharukan hati korang ngan mukadimah itu sampaikan Azroy pun dah pegang tisu..hahaha..eh jap,nape haku selalu je mention name Azroy dalam entry haku neh?damn!dah terminat kat dia ke?homaigad..never!huhu tapi kalo korang tak caya,cek la dalam entry ni dan entry ini..psstt jangan kecoh-kecoh kat Azroy tau..malu la I (^_^)

Back to our topic..korang pernah tak rase bahagia?mestila pernah kan?tipu la kalo tak pernah hehehe tapi macam telah diberitahu di awal entry tadi,perasaan bahagia tak mungkin sama antara kita..jadi bahagia tu hanya kita-kita yang rasa tapi bila kita dah menunjukkan yang kita bahagia kepada orang sekeliling,percayalah bahawa mereka juga turut merasa bahagia itu..tak caya?sila la cakap korang percaya sebelum saya merajuk dan menoktahkan terus entry ni..erk nape macam mengugut je ni...lalalala

Dah ready nak mengembara bersama Cik Suha?ye seperti biase Cik Suha akan membawa anda belayar bersama entry yang panjang nak mampos dan segala ayat yang ditulis ialah maen taram je...so teruskan pembacaan ye..kalo korang lari,siapla!!*ugutan adalah perlu*


1# Bahagia dan Makanan


Korang akan bahagia bila dapat makanan yang sedap-sedap..waaa heaven gile!saya memang berani cakap "ko menipu la" kalo ade yang cakap dia tak suka kepada benda yang namanya MAKANAN..haaa see i siap bold plus caps lock lagi u..cuba kita bawak makanan ni tok geng-geng kat Palestin sana,percayalah yang korang akan lihat satu kebahagiaan yang teramat nikmat..ianya boleh diumpamakan seperti korang ada kelas stat kol8 pagi sampai la kol 2 non-stop!korang secara automatik akan menjadi rakyat Mesia berjiwa Palestin..

Namun korang tidak akan bahagia sekiranya makanan yang dihidangkan itu umpama menghantar bantuan makanan ke Palestin tapi sebahagiannya di rampas oleh rejim zionis,maka tinggallah sebahagian sahaja dan yang sebahagian itulah yang perlu dibahagikan kepada sekalian rakyat Palestin..haru tak?itu contoh kalo korang gi mana-mana majlis makan la..takpon kesengsaraan masa berpantang..waaa camne saya nak menghadapinya nanti?


2# Bahagia dan Shopping


Korang akan rasa bahagia bila dapat shopping barang-barang yang korang nak ataupun korang tak bajet pon nak tapi korang tetap beli gak..perasaan ini biasanya akan dirasai oleh kaum-kaum gugurl yang macam tak boleh dipisahkan lagi..kebahagiaan yang mendalam bila wang yang dikeluarkan bukan dari poket korang sebaliknya poket orang yang menolong mengiringi serta membawa barang korang sekaligus..heaven gila bila dapat beli barang feberet korang kan?saya pon suke bila dapat beli keroppi lalala

Namun korang tidak akan bahagia dengan shopping sekiranya watak korang dalam aktiviti shopping itu ialah sebagai pengeluar cash or kad debit or kad kredit..ianya adalah tersangat terrible kan?kebahagiaan itu mula melebur bila korang bayangkan segala hutang yang belom lagi sempat nak disetelkan..harap golongan minoriti ini sanggup berkorban dan mengikhlaskan segala harta yang dah terpakai itu..chill k (^_^)


3# Bahagia dan Cuti


Korang akan rasa bahagia sekiranya bos tempat korang keje meluluskan cuti yang dah bertahun korang apply dan itu pun hanya 2 hari..fine la kan dari tak dapat cuti langsung..kebahagiaan jelas terasa bila korang lantas plan nak balek kampong time tu gak,pastu cepat-cepat gi shopping untuk bawak balek kat orang kampung..takpon korang plan gi pulau pangkor..waaa bahagia gitu..memang akan jelas terserlah la selepas penat ngan keje dan stadi pulun gile macam esok dah nak mati..de fact is,takde orang yang tak suke bercuti

Namun korang tidak akan rasa bahagia sekiranya time dapat cuti ialah bukan time dapat gaji..bercuti di rumah la ye..yang tak syok,segalanya tak dapat di buat..nak tengok AF,astro dah kena potong..nak layan blue,tenet dah lama kena potong..nak membaca,korang memang bukan kaki beli majalah or paper..nak turun lepak warung Mak Limah Janda,takde duit..lepak lelama pon sekadar nak order air kosong,bikin malu je beb..dahla anak die 36-24-36..erk?apepon cuti itu tidak akan membahagiakan sekiranya fulusnya enggak ada ya pak (^_^)

4# Bahagia dan Family


Korang akan rasa bahagia sekiranya korang mempunyai family yang sempurna,yang tiada cacat celanya..kebahagiaan yang nyata jika mempunyai ayah yang bertanggungjawab,ibu yang memahami,kakak yang penyanyang,abanh yang mengasihi dan adik yang sekepala..waaaa lengkapnya kehidupan..kan?kan?family adalah salah satu kebahagiaan yang tiada taranya di dunia ni..

Namun korang tidak akan rasa bahagianya sekiranya family korang tidak sesempurna family yang laen..ayah dan ibu masing-masing membawa haluan sendiri tanpa memikirkan kepentingan anak..kakak dan abang yang tak pernah ada untu korang..adik yang memilih untuk hidup dalam dunianya sahaja..ape pilihan yang korang ada selain rase menderita dan tertekan?


5# Bahagia dan Kejayaan


Korang akan rasa bahagia sekiranya korang berjaya dalam setiap benda yang korang buat..tak kira la apepon  samada benda baek or buruk..ye bahagia bila berjaya..korang akan rasa bahagia bila korang berjaya lastik kucing kesayangan Mak Eton,korang akan rasa bahagia kalo korang dapat mengendap anak Pak Bilal,korang akan rasa bahagia bila dapat curi cekelat kat kedai Itah..apatah lagi kalo korang dapat stadi sampai degree,berjaya dapat keje yang ohsem dan berjaya menjadi antara yang terhensem di opis even..sedarlah setiap kejayaan mendatangkan senyuman dan senyum itu adalah tanda bahagia (^_^)

Namun korang tidak akan rasa bahagia sekiranya kejayaan itu is nothing..kadang-kadang,kita memerlukan seseorang untuk berkongsu kegembiraan tapi jika di saat korang nak berkongsi kejayaan tu,takde sorang pon di sisi..so?korang takkan rasa bahagia pon kan?jadinya kejayaan itu takkan mngundang rasa kebahagiaan walo sikit pon..how sad!
==========================================================
Itulah apa yang saya dapat simpulkan tentang bahagia..ingat,bahagia itu kita yang pilih..kita berhak merasa bahagia dengan setiap apa yang kita miliki walopon ianya bukan kebahagiaan bagi orang lain..kita berhak untuk rase bahagia setiap kali memakan megi ayam disaat orang laen menikmati burger ayam..kita berhak untuk rase bahagia bila bershopping bundle disaat orang lain sedang bershopping di pavilion..kita berhak untuk rase bahagia bila bercuti di opis disaat orang lain sedang sibuk membooking tiket nak bercuti sambil tengok MU maen..kita berhak untuk rase bahagia mempunyai family yang seadanya disaat orang laen membanggakan tentang family mereka yang hipokrit..kita berhak untuk rasa bahagia dengan pointer 2.1 disaat orang lain berbangga dengan pointer 4 flat..

Ya,kita berhak..percayalah..bahagia itu hak kita selamanya dan cubalah berbahagia dengan ape jua yang kita miliki sekarang..hanya dengan adanya keikhlasan untuk menerima,mendatangkan nikmat kebahagiaan..ianya adalah nikmat terindah..maka berbahagialah (^_^)



Ya,Cik Suha sedang berbahagia..kenapa?kerana Cik Suha memilih untuk rasa bahagia..seseorang yang pernah Cik Suha panggil Mun telah kembali..dia bukan sesiapa,dia hanya kawan YM..setahun waktu memisahkan kami tanpa sebarang khabar dan hari ni,Allah tetapkan supaya kami bertemu lagi..setahun itu bukan satu tempoh yang singkat tapi tak semudah tu untuk melupakan segala kenangan yang pernah kami cipta..sekali lagi Cik Suha tegaskan,Cik Suha bahagia (^_^) 



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s no : Putus cinta juga kadang-kadang membahagiakan

8 Responses to “Bahagia : Satu Nikmat Terindah”

  1. kebahagiaan dalam perpisahan - shahir

  2. suha says:

    @Headmaster
    ya,itu juga kebahagiaan(^_^)

  3. mykhalis says:

    saat bahagia.. semasa ia hadir segalanya jadi indah..kan kan?

  4. suha says:

    @mykhalis
    sangat betol(^_^)

  5. M Fizan says:

    patut lar tulis entri..tgh bhagia rupanya :P

    tp stuju lar..bhagia bila dpt cuti..sbb doc mmg pyah nk dpt cuti nt..v_v

  6. suha says:

    @M Fizan
    hehe so sile bercuti dengan seenaknye wahai adikku (^_^)

    nikmatilah sepuasnye

  7. Unknown says:

    Baa~ CAK!!

    Alar.. Xleh nk geli-geli dgn suha lagi dh lps ni. Wuu~ :(

  8. suha says:

    @Azroy Kassim
    cik suha tetap nak geli-geli ngn roy lagi..roy,jom geli2 (^_^)