I'm Desperado


.

Assalamualaikum


Terjemahan :

Ada sorang profesor yang mengajar bahasa inggeris buat lawak bodoh dalam kelas..pangkatnya dah tahap profesor, sikit lagi nak dapat pangkat compressor tapi still nak ajar benda-benda remeh..cuba la dia ajar benda yang mencabar minda sikit kan?ini tak, di ajar gak pasal cara-cara meletakkan punctuation ataupon dipanggil gak tanda baca..konon nak tunjuk hebat la kan, abstrak gitu..pastu ditulisnya kat papan putih tu "A woman without her man is nothing"..ni nak cakap sikit pasal penggunaan papan putih..dunia dah maju la beb, cuba la canggih sikit..takyah dah nak tulis kat papan putih, papan kelabu, papan hijau dan segala papan lagi tu..cuba la sediakan powerpoint masa nak mengajar tu..belajar dah tahap tinggi, tak reti-reti lagi nak menggunakan teknologi..adeih susah la ini punya worang!dipendekkan cite walopon dah panjang saya taip, profesor tu pon suruh la pelajar-pelajar tu letak tanda baca pada ayat tersebut..

"Hek eleh, benda senang je kot", kata salah sorang pelajar lelaki..dia ialah manusia yang paling bajet ensem dalam kelas walo hakikat sebenar, kalo dia paling ensem maka takdelah manusia hodoh..paham tak?kalo tak paham, sila buat-buat paham sambil angguk serta mencungkil taik idong yang ada kat tepi-tepi lubang idong..bukan setakat bajet ensem, tapi dia bajet genius gak..so dia pon angkat la tangan, nak jawab soalan dari profesor tadi tu..dia memang yakin dia dapat jawab sebab nak letak tanda baca ni umpamanya kita nak lastik bontot ayam..aim betol-betol dan lastikan akan mengena dengan tepat..so dia dah bayangkan dia nak guna cara ni la untuk letak tanda baca pada ayat tu walopon dia pon tak sure, ape maksud ayat tersebut selepas diletak tanda baca..selepas dia aim betol-betol dan dapatlah ayat ni "A woman, without her man, is nothing"..sekali terdengar sorakan "this best bro!" dari kaum lelaki yang lain

Seketika suasana bertukar hening..sebelum tiba-tiba sorang pelajar pompuan bangun sambil menghentak-hentak kaki..lantas pompuan tu berkata "SPM ko mesti dapat 9G kan bahasa melayu?" tanpa dia menyedari hakikat bahawa soalan yang dilontarkan juga lintang-pukang ayatnya..lagi pula, ayat yang profesor tu bagi kan dalam english, so ape kaitan ngan bahasa melayu lak?tapi dia wat selamba hypo je terus ke depan dan tanpa rasa kemaluan yang mendalam terus memadam segala tanda baca yang dibuat oleh lelaki terdahulu..ape yang ditulis?"A man: without her, man is nothing"..lelaki itu terkedu,sambil memerhatikan pompuan tu berjalan masuk..sebenarnya memerhatikan bontot pompuan tu..adakah itu  maksud sebenar ayat pompuan tu?


Kesimpulan :

Manusia, lelaki dan pompuan, adalah saling memerlukan..tiada kurangnya melainkan saling melengkapi antara satu sama lain..sepertimana seorang isteri mampu melengkapi kehidupan seorang suami, begitu juga suami mampu menyempurnakan kekurangan isteri..

Adeih, tetibe cakap pasal laki bini ni, apo kono eh jang?hahaha macam dah terpesong dari identiti sebenar tapi itulah hakikat..maka sepanjang hampir seminggu lamanya, saya dan kawan-kawan pompuan saya berusaha gigih menyiapkan cerita pendek bersama-sama kawan-kawan lelaki..lelaki itu kreatif, ianya hakikat, tapi tak bermaksud pompuan itu buta seni..dan kami antara yang mampu mendalami apa itu seni (^_^)




"Blogger is my self, blogging is my life"

p/s : ada sesiapakah yang mahu melengkapi hidup Cik Suha?

22 Responses to “I'm Desperado”

  1. lu memang suke part-part macam ni kan?Gua anti genderism.ade ke bende name macam nih?

  2. suha says:

    @Headmaster
    erk ade kot (^_^)
    cik suha bukan anti lelaki lalala

  3. wauuu...soalan tu x blaaaa ye haha

  4. haha
    suka dgn quote tu ;)

  5. best ayat dalam entri ni.. memang laki dan perempuan saling memerlukan.. kalau x de 1 tu, 1 lagi tu pun x dapat nak hidup

  6. Anonymous says:

    stail hentak2 kaki memang style ko. hahaha


    cc Boneka Tak Sakit

  7. WuMing says:

    Ada kaa Bontot pula dia nak tengok....Pervert....(Pura-pura baik... Harap-harap Suha juga faham..Kih..Kih..Kih..)

  8. tanpa perempuan tidak wujudla lelaki & tanpa lelaki tidak wujudla perempuan...kedua-dianya saling melengkapkan

  9. hnya mampu wat muka katak jer (@.@)

  10. K says:

    nice!!

    lelaki dan perempuan saling memerlukan XD

  11. suha says:

    @Freaky
    sangat2 setuju..so xperlu la nk gaduh nk buktikan saoe lg hebat kan?(^_^)

  12. suha says:

    @Roza Ami Nanomiya
    comel kan?(^_^)


    erk nape ade cc Boneka Tak Sakit?dia ade baca ke?

  13. suha says:

    @WuMing
    cik suha sntiase memahami (^_^)

  14. suha says:

    @Golden Rose
    absolutely rite (^_^)

  15. suha says:

    @niena shopping2u
    dh memang katak pon (^_^)

  16. Areyoudys says:

    as salam..
    haha! suka tajuk entri ni! dan juga isinya~

    tanpa lelaki, perempuan sehari suntuk mahu nangis je? hehe. entah.
    perempuan pun pelik. haha. tu pasla kot ramai yang masih bujang.

    =p


    Entri Terbaru Pakcik :

    Tapai di Fatwakan Haram? argh!! Hilang Satu Nikmat!!

  17. suha says:

    @Подтверждаю
    erk komen pkcik berbaur kutukan..ini tidak adil!!!(^_^)

  18. M Fizan says:

    haha..profesor tu memang suka menimbulkan pertelingkahan...sepatutnya macam nie lar.. "a woman without, her man is, nothing"..hahaha..

    akak dah jadi orang seni..tahniah3 :)

  19. suha says:

    @M Fizan
    hahaha meaningless (^_^)