Tanda-tanda Keperempuanan Selain Dara


.

Assalamualaikum


Gagah lelaki pada terunanya
Hebat perempuan pada malam pertama

Dia perempuankah?ye,dia perempuan dan dibuktikan oleh suaminya..takde cara lain ke?karang ada plak kes macam Mohd Ashraf, susah gak..so camne nak kenal perempuan?ape bukti dia itu perempuan?

1# Pink 

Blog perempuan biasanya kaler pink..pink ngan pompuan umpama lubang idong ngan taik idong, langsung tidak dapat dipisahkan..kalo terpisah, kosonglah kehidupan..bagi pompuan, pink itu makhluk yang comel sampaikan kalo ade laki yang pake baju kaler pink, dia boleh menggelumpur keseronokan dan menganggap laki itu sangat so sweet..

2# Gambar 

Kalo pompuan itu datang dengan pakej yang cantik serta cute, yang memang terbukti dan sudah dibuktikan. maka dia akan terasa bertanggungjawab untuk menempelkan segala bentuk posisi gambar di blog..gambar baru bangun tido, gambar tanpa mekap, gambar marah, gambar pake shawl baru, gambar pake lense baru wutsoeva la..pastu komen kompem beratus "awak comel la", "awak cute la walo taik mata menempek lagi", "awak beli kat mane shawl tu wak"..

3# Widget

Kalo masuk blog yang ada widget yang huru-hara, banyak dan kadang-kadang tidak tersusun, maka yakinlah itu blog pompuan..pernah tak tengok hand bag besar yang bese pompuan bawak?atau lebih dikenali sebagai beg doremon..teknik mencari barang dalam beg tu, korang masukkan tangan dan cuba raba sambil cekau ape yang patut..gitu gak yang kena praktik dalam blog pompuan..korang masuk sambil melilaukan mata dan tekan-tekan je ape yang patut sebab nanti macam-macam jenis hantu yang akan follow cursor 

4# Personal

Kebanyakan blog pompuan akan lebih ke arah personal..sebab konon-konon blog ini adalah diari..besenya diari adalah berbentuk peribadi tapi dorang menulis diari di sini dan publish tok tatapan umum dan bila ade orang kutuk "Ni blog ittew, suke ati ittew lar"..ada blog pompuan yang berinformasi tapi tak banyak la..kadang-kadang keterpesonalan nye melampau sangat dan inilah blog pompuan..anggap sahaja ianya identiti..lagipon tak pompuan la kalo tetiba cakap pasal harga minyak

5# Entry

Kalo masuk blog yang tetiba je ada entry segmen @ GA @ contest (akan ditulis "segmen" sahaja) lebih banyak dari entry yang len, maka terbuktilah ianya blog perempuan..banyak alasan mereka join segmen; mahu sokong bloggers lain, mahu cuba nasib tapi yang paling utama ialah mahu menambahkan bilangan follower kerana bagi mereka, blog yang gah itu ialah blog yang ramai follower..gigih sangat mencari follower melalui segmen hingga terlupa untuk mencari identiti sendiri dalam penulisan entry..ye, itulah perempuan


Cik Suha dan faktanya :
1# Suka kaler hijau
2# Tidak menempekkan gambar sendiri (tidak cantik kah)
3# Tiada widget melampau (sedikit kemas)
4# Cerita personal dikaitkan dengan isu semasa
5# Cuba mencipta entry dengan identiti sendiri (kurang join segmen)

Cik Suha sedikit berbeza, perempuankah?



"Blogger is my self, blogging is my life"


p/s : apa pula tanda keterunaan?(^_^)


34 Responses to “Tanda-tanda Keperempuanan Selain Dara”

  1. Jo Qusary says:

    Saya membantah usul No.1# sekeras-kerasnya... maka dgn ini warna pink harus dikenakan tindakan berat atas menghina citarasa mahkamah stylo di atas perintah Hakim Qusary... (ketuk gavel - tuukkk!)

  2. haha huwaaa cakap la keperempuanan pada blog.. =_=

  3. suha says:

    @Jo Qusary
    yang arif di pihak yg benar (^_^)

  4. suha says:

    @Freaky
    abeh tu keperempuanan ktne?lalala (^_^)

  5. sy perempuan tp blog sy x warna pink...hehehe

  6. err,, adakah ini sbnya ramai org ingat blog kb blog laki?? errr...

  7. suha says:

    @kotak bulat
    sila wat kajian (^_^)

  8. keterunaan = mampu menahan keTEGANGAN.

    double meaning kalau kau paham

  9. hehe.. cik suha2.. tpi btul lah, erm.. tdi msa BW ada jgak jmpa blog katak sorang..

  10. suha says:

    @Headmaster
    adeih suklan tak sesuai ditanya ek? (^_^)

  11. M Fizan says:

    akak memang ada identiti penulisan entri..tak dapat dinafikan lagi..hehe..blog perempuan biasanya tak macam akak..adakah akak nie 70% lelaki dan 30% perempuan?? ^_^

  12. suha says:

    @niena shopping2u
    hehe cik suha pernah jumpe gak 2,3 blog yg guna tema katak (^_^)

  13. wah memg tepat fakta di atas dlm mengenali keperempuanan..tapi rasanya jk 'wanita' tidak semua begitu..sudh rmai pndai memilih warna2 lain..hehe cth nya...blog sy warna coklat coz i likeeeee cklt gelap...toink toink..yg lain2 tu agak tepat rsanya..hehehe ..kajian yg agk mantap...

  14. suha says:

    @M Fizan
    identiti akak ialah lebih bnyk merapu brbnding merepek..eh itukah identiti?

    100% perempuan ok (^_^)

  15. suha says:

    @HASNORWANI ...
    kerana sy juga perempuan (^_^)

  16. Ooo barru ku tau... hehehe

  17. suha says:

    @Huszaini
    hehehe ape lg yg nak diketahui?(^_^)

  18. Unknown says:

    klu slain ni? hehe

  19. Areyoudys says:

    as salam..
    yeah! itu la identiti suah yang pakcik nampak. isu semasa dalam hal personal untuk difikirkan. hehe. merapu ada isi. hehe~

    =)

    semua fakta2 tu..ada asas.sepanjang pakcik berblog, begitu la.
    apa2 pun..pakcik tengok je la~

  20. Suha memang spisis 'rare'

    bes!

  21. cik suha, blog sy xde gmbr pki shawl ngn widget..hehe..sy suka pink, blog sy mmg pink (sy kn pompoan) tp sy x suka laki pakai pink..x SWEET la..jambuuuu...cik suha, dah puas kenakan laki, skrg pompoan pulak la ek?hehe...nice one cik suha!

  22. Anonymous says:

    tak ada 1 pon fakta tu berkaitan dengan chemay.
    so chemay bukan perempuan ke?
    -.-

  23. Anonymous says:

    sah ko bukan perempuan sejati
    haha

  24. suha says:

    @saiazuan
    shhhh itu rhsia (^_^)

  25. suha says:

    @Подтверждаю
    hehe merapu si ikan kerapu (^_^)

    time kasih kerana sntiase mmbaca dan mengomen hehehe

  26. suha says:

    @gedek!
    adeih..rare camne tu uncle?(^_^)

  27. suha says:

    @Eera Shera
    kalo selalu kutuk laki,karang org ingt cik suha anti laki lak (^_^)

  28. suha says:

    @chemay
    same la kita chemay (^_^)

  29. suha says:

    @Roza Ami Nanomiya
    kalo bukn pompuan sejati,aimi sudi tak jadikan isteri?*sambil kerdip-kerdip mata*

    (^_^)

  30. anismelon says:

    sy juge perempuan and meminati pink..tp blog sy warna biru gitu..ngeee..

    tp btl la nie melambang kan pompan..heeee..

  31. suha says:

    @anismelon
    setiap org ade minat sendiri (^_^)

  32. suka no 5....kiut sangat...hehe

  33. suha says:

    @Bigdaddyz
    erk cute cmne tu?cik suha memang cute(^_^)