Assalamualaikum
Kehadapan bakal suamiku yang disayangi, moga kamu sihat sentiasa disamping kehidupanmu. Aku di sini juga sihat bersama kehidupanku yang ada kalanya membosankan dan ada waktunya penuh dengan keceriaan..terkadang aku mengharap adanya kamu di sisi tapi aku cuba bersabar.
Bakal suamiku yang di kasihi,
Aku tidak pernah menduga akan menjadi surimu di saat kita berjumpa di suatu pertemuan. Pertemuan itu bukan rancangan kita, sebaliknya ketentuan Tuhan. Disaat kita sama-sama terpaku, aku memandang sekeliling. Seketika aku merasa begitu rendah diri dan berasakan pandangan dan lirikan matamu itu bukan untuk aku. Tapi aku silap, aku lah yang terpilih itu.
Bakal suamiku yang disayangi,
Maaf kerana aku tak punya apa. Aku bukan Lisa Surihani tapi sebaliknya Suhada Juraimi. Aku tidak punya kecantikan sperti gadis lain, cukup sekadar sejuk mata memandang tatkala kau memandangku. Aku tidak punya bentuk tubuh menawan, tapi tubuhku ini mampu bertahan untuk menjalankan segala pekerjaan surirumah. Aku tidak punya citarasa yang tinggi dalam berpakaian, kerna bagiku cukup sekadar menutup aurat yang mana hanya layak menjadi santapanmu.
Bakal suamiku yang dihormati,
Aku tahu di saat akad dilafazkan, aku dibawah kuasamu. Namun izinkan aku untuk terus menjadi isteri yang taat kepada ibu bapaku, juga ibu bapamu. Izinkan aku untuk terus menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adik ku kerna mereka tidak punya kakak selain aku. Izinkan aku untuk menjadi ibu yang baik dan terbaik. Jikalau tidak keberatan, izinkan aku menjadi surirumah supaya nanti aku boleh menyediakan segala keperluan rumahtangga dengan sempurna.
Bakal suamiku yang di cintai,
Benar, isteri perlu bekerja untuk membantu suami. Tapi aku teringin sekali membantumu dari rumah. Menyediakan masakan di pagi hari sebelum kamu pergi bekerja. Menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, dan mengajar mereka mmebaca Quran. Menyediakan menu tengahari juga kuih di waktu petang sambil menunggu kau pulang dari kerja. Akan ku sambut kau di pintu dengan senyuman, bagi menghilang segala tekanan selepas seharian mencari rezeki. Jika impianku ini di anggap kolot, maka aku rela menjadi isteri yang kolot demi rumahtangga kita.
Bakal suamiku yang teristimewa,
Jika kau meyakini bahawa aku bakal menjadi isteri terbaik, aku berterima kasih untuk itu. Tpi jika ada keraguan di hatimu, luahkanlah ia. Aku sekalipun tidak mahu ianya menjadi duri dalam hubungan kita kerna aku mahu kita menjadi pasangan yang paling bahagia dan ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita. Terima kasih kerna sanggup mengangkat aku sebagai wanita paling istimewa di hatimu selepas ibumu. Sayangi dan cintailah aku seadanya, dan jangan ditangisi andai aku pergi dahulu sebelummu. Kerna aku pergi membawa bersama cintamu. Ianya abadi, sayangku.
Yang menyintaimu tanpa ragu,
Bakal isterimu (^_^)
"Blogger is my self, blogging is my life"
p/s : ada sesiapakah yang mahu membalas surat ni?
baca jugak =p
rasa macam nak balas tapi ...lain kali ahh...hehe
@niena shopping2u
eh awk katak cun..xleh bace (^_^)
jd kes lesbo lak nnti hahaha
@Bigdaddyz
adeih..xnk kena serangn mommy (^_^)
hihihi bestnye baca :D
blh buat org tergoda baca
santapan.fuuuuuuuuuuuuu
as salam..
hehe~
menarik~
tapi pakcik tak reti jiwang2. so kalau balas, silap haribulan jadi surat kiriman rasmi
=p
ni mana datang idea ni? dah samapai seru ke?? ha~ cepat2! jemput pakcik
;)
entri baru tak baru la pakcik punya~
Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah
bace jugak! hihihi.. ;p
baca tapi x boleh nak balas lahh.. hahahh
alamak dah 'terrrr' baca lah..aiyakkk...haha..
gegurl ini ter-baca jugak hehe -->
btw, nice lah surat nyh, saya x perlu blas, t jd laen, hehe
sy nak bls surat ni tp nanti kak suha kata sy les pulak..haha
nak jugak baca....hehe
harap2 ada lelaki yg balas
nk tengok apa jpwnnyer...hehe
alamak..saya baca dulu sebelum bakal suami akak..^_^
teringin sangat nak balas!!!
kena readykan diri dlu nih. ayah dah bagi greenlight utk kawen lom? :D
@Freaky
sila baca tanpa perasaan ye (^_^)
@Roza Ami Nanomiya
sdg menggoda awk le ni (^_^)
@Headmaster
ekceli nk tulis "santapan mata" (^_^)
@Подтверждаю
wslm (^_^)
ala,baru berangn nk soh pkcik reply hehe
seru?adeih calon pon xde lg pkcik
@Fay
haha seb bek tak balas (^_^)
@Teenager Housemaid
awk lelaki ek?(^_^)
@emeera asnary
haha bagus2 (^_^)
@Eera Shera
cik suha tidak mau di tuduh lesbo (^_^)
@zarazueyin
tak mungkin ada,cik suha tahu(^_^)
@M Fizan
adikku,suamiku?oh no!!!!
hahaha jgn balas tau surat neh (^_^)
@ASaDa RyutaRo
teringin tu lagu shima kan?(^_^)
bukn stkt green light tp siap torch light lg lalala
perghhhh.. deep... deep..
@Mawar Berduri
from my deepest heart (^_^)
moga dapat bakal suami yang soleh+anak yang hormat ibu bapa+gentleman+handsome+berilmu.
amin
:)
@chemay
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn (^_^)